Fitnah 'Beli' Adun: Anifah, anak-anak saman fitnah Jannie Lasimbang, Portal Borneo Today
23:07 Jul 23, 2020  |  By SabahKini2
Fitnah 'Beli' Adun: Anifah, anak-anak saman fitnah Jannie Lasimbang, Portal Borneo Today

Anifah Aman bukan lagi Menteri, MP malah tidak punya jawatan Anifah tetapi terus dituduh oleh pemimpin Warisan. Mengapa? Isu kerajaan Warisan bergolak Anifah juga jadi mangsa. Kini Anifah dan anak-anak saman fitnah kepada YB Jannie Lasimbang..

Bekas menteri luar, Dato’ Sri Anifah Aman tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undanag terhadap Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Negeri Sabah, Jannie Lasimbang dan beberapa yang lain atas tuduhan anak-anaknya terlibat dalam urusan ‘Jual beli’ adun di negeri itu.

“Saya akan saman mereka yang terlibat (memfitnah dirinya dan anak-anak),” kata Anifah memetik laporan Malay Mail.

Ini merupakan respon segera terhadap dakwaan Jannie Lasimbang mendakwa dirinya sebagai dalang pertukaran kerajaan negeri Sabah dengan tawaran wang dan jawatan.

Tuduhan Lasimbang

Dalam sidang media Jannie mendakwa didatangi tiga lelaki di kediamannya pada pukul 6 petang semalam kononnya mewakili anak Dato' Sri Anifah Aman untuk menyampaikan tawaran itu.

“Saya bukan katak. Saya langsung tidak tanya apa tawaran mereka kerana saya langsung tidak berminat.

“Mereka kata mewakili anak Anifah Aman dan dua lelaki lagi memperkenalkan diri dengan nama Jack Sukmin serta William Liew,” katanya.

Lasimbang membuat laporan polis atas kejadian itu.

Notis saman anak-anak Anifah

Sementara itu Peguam bagi pihak anak-anak Anifah, Ahmad Firdauss, Ahmad Zachry dan Mohammad Azzidyn mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf terhadap Jannie Lasimbang dan portal berita Borneo Today atas dakwaan dan laporan berkaitan.

“Kami telah diarahkan oleh anak-anak Dato’ Sri Anifah Aman untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya atas kenyataan berunsur fitnah yang dinyatakan oleh Lasimbang semasa mengadakan sidang media semalam dan laporan berita oleh Borneo Today yang bertajuk ‘Kami Bukan Katak, ADUN Kapayan dan ADUN Elopura Lapor Polis’ yang telah melibatkan klien kami.

Pelanggan kami menafikan bahawa mereka terlibat dalam sebarang cara dalam usaha untuk mendorong para Adun untuk menukar parti politik.

"Mereka juga tidak melantik ejen untuk membuat tawaran kepada Adun tersebut atau anggota dewan undangan negeri yang lain untuk menukar parti politik," kata para peguam tersebut.

"Kami sebelumnya telah mengirim notis undang-undang untuk menggesa menarik balik kenyataan yang melibatkan pelanggan kami dan untuk menerbitkan permohonan maaf yang sesuai dengan terma dan syarat yang akan dipersetujui oleh pelanggan kami.

"Jika kami tidak menerima balasan yang baik dalam dua hari bekerja, kami mempunyai arahan tegas untuk mengajukan injunksi dan tindakan atas fitnah," demikian kenyataan peguam yang mewakili anak-anak Anifah, Tetuan Ansari & Co.

Terima notis

Sementara itu Jannie Lasimbang mengesahkan penerimaan notis undang-undang tersebut.

"Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang dari peguam parti buat masa ini sebelum membuat sebarang kenyataan," katanya.

Pergolakan politik di Sabah kini semakin memuncak apabila bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman dikatakan telah mendapat sokongan majoriti wakil rakyat di negeri itu, dan sedang berusaha mendapatkan sokongan wakil rakyat Warisan, PKR, DAP dan Upko.

Keadaan ini menjadikan Ketua Menteri Sabah sekarang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam keadaan tidak selamat dan berusaha menyelamatkan kerajaan Warisan termasuk menghubungi Adun terkait malah menyembunyikan mereka daripada terdedah kepada perundingan.

Mei lalu dilaporkan Kerajaan Warisan bakal tumbang susulan beberapa negeri telah berjaya ditawan oleh PN.

[ARTIKEL BERKAITAN- Lebih 30 SD sokong PN! Warisan akan tumbang dalam tempoh terdekat?]

Susulan daripada itu Shafie Apdal sering mengadakan pertemuan dengan para Adun dan MP PH Warisan UPKO bagi terus mengukuhkannya

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie bertemu Adun, MP Sabah bimbang Kerajaan Warisan UPKO PH tumbang? ]

Bukan kali pertama Anifah dituduh

Anifah bukan Menteri, Ahli Parlimen, Ahli DUN malah bukan pengerusi mana-mana GLC namun kekal diserang oleh jentera Warisan.

Jun lalu Anifah menyindir Shafie Apdal dan pemimpin Warisan menuduhnya mempengaruhi Datuk Mohammaddin Ketapi menyokong PN.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terima kasih Shafie Ketua Menteri masih ingat nama saya- Anifah

Kejahatan 'Anak-anak Lasimbang'

Pemimpin PH Warisan seperti anak Lasimbang memang jenis bermasalah di negeri Sabah. Memfitnah, cakap lepas, pemalas, samseng, bongkak malah pembohong dalam manifesto sebati dengan keluarga ini. Portal Sabahkini2 pernah melaporkan siapa adik-beradik anak Lasimbang ini. Tidak menghairankan jika dakwaannya memetik nama Anifah Aman sebagai 'diada-adakan' atau direka beliau sendiri untuk menunjukkan betapa mereka penting sedangkan semua tahu anak-anak Lasimbang sangat tegar dan 'hitam pekat' kepada PH. Boleh dibaca

[ARTIKEL BERKAITAN- “Anak-anak Lasimbang’ Pembantu Menteri pemalas, biadap dan Samseng!- Netizen Penampang ]

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Jom tonton video kencing ‘Manifesto PH Sabah’ untuk tolak DAP PRK Sandakan ]

 “Anak-anak Lasimbang’ Pembantu Menteri pemalas, biadap dan Samseng!- Netizen Penampang

YB Senator Adrian Lasimbang- Manifesto Hancing

9 Comments