Madius Tangau tuduh SPRM ugut Ahli Parlimen katanya lebih 70 Pegawai SPRM KL serbu Sabah
21:03 Mar 14, 2021  |  By SabahKini2
Madius Tangau tuduh SPRM ugut Ahli Parlimen katanya lebih 70 Pegawai SPRM KL serbu Sabah

Selepas dakwaan bakal melompat, Madius kini menuduh lebih 70 pegawai SPRM dikerah ke Sabah untuk mengugut MP Sabah. Ini tuduhan berat wal hal SPRM menyiasat pelbagai kes di Sabah. Mengapa Tangau dan Warisan Plus takut SPRM?

KOTA KINABALU: Selepas menuduh ada pihak sedang membeli beliau keluar Upko kini Presiden Upko Wilfred Madius Tangau turut menuduh parti pemerintah Perikatan Nasional (PN) menggunakan SPRM mendapat sokongan Ahli Parlimen pembangkang

Dalam satu kenyataan Madius Tangau di portal Free Malaysiatoday beliau mendakwa “lebih 70 anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Kuala Lumpur telah dikerahkan ke Sabah”.

Susulan tindakan naib presiden PKR Dr Xavier Jayakumar keluar PKR, Tangau berkata pegawai SPRM yang berada di Sabah pasti akan mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen PH.  

“Saya rasa mereka juga mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen. Itu saja yang saya tahu.

“Jadi memang ada tekanan terhadap Ahli Parlimen, lebih kurang apa dikatakan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini,” katanya.

Tuduhan berat Madius Tangau

Ditanya sama ada SPRM menyiasatnya setakat ini beliau mengakui belum dihampiri dan menyifatkan dirinya ‘orang kampung’ yang tiada nilai.

Tangau, Presiden Upko pada awal minggu ini menafikan beliau antara dua Ahli Parlimen Sabah yang mahu menyokong PN walaupun tiada sesiapa berunding dengannya.

Pakatan Harapan sebelum ini menuduh PN menggunakan agensi kerajaan seperti SPRM, Polis dan LHDN memberi tekanan kepada ahli parlimen bagaimanapun SPRM menafikan dakwaan itu.

Bagi PH peletakan Dr Xavier serta-merta sebagai Naib Presiden PKR dan menjadi calon bebas bersama dua lagi Ahli Parlimen PKR, Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) sebagai bukti para MP PKR dipaksa atau ditawarkan habuan.

Isu rasuah Dr Xavier bukan baharu aduan rasuah mengenainya sudah bermula sejak januari 2019 berkaitan isu AP Pasir. Hanya 16 februari 2021 Pegawai Khasnya ditahan SPRM, RM77 juta dibeku, RM1.2 juta dirampas selain Fazly Razally bekas SUPOL turut direman.

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas Pegawai Khas, Setiausaha Politik direman SPRM, Dr Xavier Jayakumar keluar PKR]

Selepas Pegawai Khas, Setiausaha Politik direman SPRM, Dr Xavier Jayakumar keluar PKR

Sekalipun  Dr Xavier keluar PKR bukanlah alasan siasatan SPRM terhadap bekas Naib Presiden PKR itu akan dihentikan atau kes ditutup. SPRM bebas bertindak.

Oleh itu tuduhan Madius Tangau kononnya SPRM yang kini berada di Sabah mengugut Ahli Parlimen Warisan sangat keterlaluan.

Logik ke lebih 70 pegawai dari Putrajya dikerah ke Sabah semata-mata untuk mengugut MP Sabah? 

Siasatan Rasuah di Sabah

Sumber melaporkan Bahagian Operasi Khas (BOK) sejak semalam sudah berada di Kota Kinabalu bagi menyelesaikan beberapa kes tertangguh. Minggu lalu SPRM telah menyerbu JKR dan juga pejabat Jurutera Daerah yang menguruskan projek jalan konsesi melibatkan kontrak RM1.5b kepada kontraktor kroni Peter Anthony.

Dilaporkan sudah RM200 juta dibayar konsesi sejak sebelum PRN Sabah.  Dan majoriti kerja konsesi itu semua tidak dilaksanakan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM serbu JKR Daerah, Konsesi ‘Peter’ Gagal di Jalan Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu pula terbongkar!]

[ARTIKEL BERKAITAN- Dalang Pegawai JKR bayar konsesi ‘kroni’ ratusan juta terbongkar! SPRM digesa siasat ]

SPRM serbu JKR Daerah, Konsesi ‘Peter’  Gagal di Jalan Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu pula terbongkar!

Begitu juga skandal rasuah Projek BALB Kawasan Semporna Sabah Secara Tender KPLB.T.17/2019 bernilai RM142 juta ketika Pakatan Harapan berkuasa melibatkan Lim Guan Eng Menteri Kewangan, KSU KPLB dan Datuk Izhar Idrus Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah ketika itu Shafie Apdal yang akhirnya beberapa pengarah syarikat terlibat ditahan SPRM untuk siasatan baru-baru ini. 

Dokumen tersebar jelas menunjukkan syarikat disyorkan berbeza dengan apa yang diputuskan oleh Lim Guan Eng ketika menjadi Menteri Kewangan. 

[ARTIKEL BERKAITAN-Projek bekalan air Semporna RM142 juta milik Pegawai Khas Shafie Apdal, SPRM reman 4 individu ]

 

Malah banyak lagi kes rasuah di Sabah yang belum selesai disiasat oleh SPRM.

5 Februari lalu Bekas pengerusi MARA Incorporated (Mara Inc), Mohammad Lan Allani 'Orang Kuat Warisan' Shafie Apdal mengaku tidak bersalah atas 20 tuduhan rasuah dan dua tuduhan pengubahan wang berjumlah RM20.45 juta, membabitkan hartanah di Melbourne, Australia. Kes sejak Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW ini akhirnya didakwa di mahkamah. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran Pejabat Peguam Negara bagi mendakwa Mohammad Lan Allani, dengan 22 pertuduhan mengikut Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; dan Seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan.

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Orang Kuat Shafie' Datuk Lan Allani didakwa 20 tuduhan rasuah, 2 kes ubah wang haram ]

'Orang Kuat Shafie' Datuk Lan Allani didakwa 20 tuduhan rasuah, 2 kes ubah wang haram

Mohammad Lan Allani didakwa atas 17 pertuduhan menerima suapan, tiga pertuduhan cuba menerima suapan, dan dua pertuduhan pengubahan wang haram, antaranya bagi meluluskan kertas cadangan “Proposed Acquisition of a Student Accommodation Building and a Commercial Retail Block known as Dudley International House, 7-13 Dudley Street, Caulfield East, Victoria 3145, Melbourne, Australia” antara 2012 dan 2013. Mahkamah menetapkan 8 April sebagai tarikh sebutan semula kes, dan membenarkan ikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin, iaitu anak Lan sendiri. Pasportnya diserahkan kepada mahkamah, sehingga kes selesai.

Oleh itu mengapa Madius Tangau menuduh SPRM? Sejak zaman Warisan Plus berkuasa SPRM sentiasa melaksanakan kerja. Madius Tangau terlupa beliau dan pemimpin UPKO serta beberapa pemimpin BN melompat parti pada 12 Mei 2018 juga adalah kerana habuan jawatan. 

Atau alang-alang menyeluk pekasam jika kes Peter Anthony, Michael Ubu dan Lim Guan Eng telah didakwa di mahkamah mengapa tidak Shafie Apdal yang terlibat kes rasuah KKLW RM1.5B sejak 2017 dibuka semula. Dakwa Shafie Apdal di mahkamah. Biarkah mahkamah tentukan salah atau tidak. Bukankah lebih baik begitu?

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes Rasuah Shafie RM1.5B: Menteri JPM, AG, SPRM perlu buka kes dan dakwa Shafie! ]

9 Comments