Taikun Pavilion bayar Yayasan Sabah RM8.4 juta, Kini PM lancar Projek Lok Kawi Resort City RM7B
02:03 Mar 23, 2021  |  By SabahKini2
Taikun Pavilion bayar Yayasan Sabah RM8.4 juta, Kini PM lancar Projek Lok Kawi Resort City RM7B

Lok Kawi Resort City di jenamakan semula bawah inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) kluster sektor pelancongan melibatkan kumpulan Yayasan Sabah dengan Syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd milik taikun Pavilion Tan Sri Desmond Lim dan isterinya.

Hari ini pemimpin Warisan, Azis Jamman, Junz Wong dan para cytronya meloncat panas apabila projek Lok Kawi Resort City dilancarkan semula oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

Berkatalah mereka projek Lok Kawi Resort mirip jelas dengan sebuah inisiatif pelaburan yang diusahakan oleh Warisan tahun lalu RM7 bilion di Lok Kawi bulan Julai 2020 sebelum PRN Sabah.

Lok Kawi Resort City Bernilai RM7 Bilion Inisiatif Sabah Maju Jaya

Mereka pun berusaha menunjukkan semua tangkap layar berita media menyiarkan berita itu tidak kurang membangkitkan semua kritikan lama mengenai projek itu.  Ghairah mereka sehingga lupa beberapa perkara asas apabila kerajaan mengambil alih projek itu.

Sebagaimana projek di Zaman BN seperti Empangan Papar RM3 bilion yang ditentang namun akhirnya diteruskan Warisan, Projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) yang dibantah keras Junz Wong Warisan akhirnya atas nama pelaburan. Tidak kurang projek PAN BORNEO yang dibatal tetapi akhirnya diteruskan dan banyak lagi projek BN terus berjalan.

Tumbangnya Kerajaan Warisan pada September tahun lalu dengan skandal memberi pinjaman 'tak masuk akal' RM300 juta kepada AirAsia bersekali penyerahan Terminal 2 KKIA walaupun Timbalan Ketua Menteri Sabah Dr Jeffrey Kitingan dan Kerajaan GRS menentang keras namun amat sukar membatalkan projek  itu selepas termeterai perjanjian mengenainya. Wang pun telah dibayar kepada AirAsia. Akhirnya ia diteruskan. SKN dan SUT yang sebelum ini Lembaga Pengarah SDB zaman Warisan membersihkan pula SDB di Zaman Kerajaan GRS. 

Jika pinjaman AirAsia itu gagal dibayar maka Kerajaan GRS juga akan terpaksa menanggungnya untuk satu penggal atau lebih pemerintahannya.

Jual Tanah- Projek RM7 Bilion Meruntum Lok Kawi

Kerajaan GRS juga tiada pilihan untuk projek yang telah ditandatangani serta dibayar kepada syarikat milik kerajaan negeri Yayasan Sabah. Apatah lagi projek itu di belakangnya dibayangi oleh kroni tegar Shafie Apdal seperti Datuk Ambrose Lee sebagaimana AirAsia. Apa yang Warisan bising. Kroni Warisan tetap untung.

Itulah apa yang berlaku pada Projek RM7 Bilion Meruntum Lok Kawi. Khabarnya dibelakang projek ini bersembunyi Datuk Ambrose Lee. 

Pada bulan julai tahun lalu kecoh Kerajaan Warisan gagal membayar gaji pekerja Yayasan Sabah dan giat membuang pekerja anak syarikat Yayasan Sabah. Selepas kantoi rakyat marah Shafie mengarahkan  SKN segera menyelesaikannya.

Tidak lama selepas itu Shafie Apdal mengumumkan pemberian projek RM7 Bilion Meruntum Lok Kawi tanah milik Yayasan Sabah dijual kepada syarikat RM2 atas nama syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd. Sebagai balasan Yayasan Sabah dapat bayaran awal RM8.4 juta jualan tanah awal pada bulan julai 2020. Yayasan Sabah bernafas ketika itu.

Kisah Yayasan Sabah tidak mampu membayar gaji anak syarikatnya, memotong 50 peratus gaji staf dan membuang pekerja itu sudah didedahkan oleh Sabahkini2 sebelum ini. Boleh baca;

[ARTIKEL BERKAITAN- Kolej Universiti Yayasan Sabah Nazak: Pilih Cuti Tanpa Gaji atau Notis letak jawatan!]

[ARTIKEL BERKAITAN- Giliran SICC Yayasan Sabah potong 50% gaji, bakal buang pekerja?]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Staf potong gaji tapi Pengerusi, Pengarah YS, Menteri pejabat baru lengkap jakuzi, perabot mewah RM6 juta ]

 

Kepada Siapa Tanah Yayasan Sabah itu dijual?

Syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd dikaitkan dengan Pavillion Real Estate Investment Trust dimiliki Taikun Tan Sri Desmond Lim dan isterinya Puan Sri Cindy yang barangnya dirampas kerana kes 1MDB sebelum ini. Pembiaya projek dibelakang Tan Sri Desmond Lim dikatakan dari China. 

Semakan SSM menunjukkan antara lembaga pengarah syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd ialah Mohd Khairuddin Bin Hj Nawawi, Mej (B) Hj Zainal Bin Bador dan Jameson Bin Pias @ Zainal Bin Pias . Orang kanan Tan Sri Desmond Lim dalam Syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd ialah Jameson Pias.

Jika itu digelar pelabur ya mereka memang pelabur kerana mereka taikun terkenal di dalam dan luar negara. 

Namun tidak ramai tahu atau menyangka Puan Sri Cindy yang kontroversi dengan barangan rampasan dikait 1MDB akhirnya syarikat milik suaminya Tan Sri Desmond Lim Siew Choon sebagai pelabur utama projek itu.

Terselamatlah Yayasan Sabah dari episod gagal membayar gaji atau membuang stafnya. RM8.4 juta sudah boleh membayar gaji pekerja anak syarikat Yayasan Sabah yang sedang mencungap ketika itu. 

Dahulupun Shafie Apdal, Warisan, PH bukan main lagi mengutuk sesiapa saja yang pernah terkait dengan dana 1MDB tetapi ok saja bila Tan Sri Desmond Lim tu melabur berbilion ringgit di Sabah.

Asasnya jika semua urusan jual beli telah dilakukan mengapa tidak kerajaan GRS meneruskannya projek Lok Kawi sebagaimana yang lain? 

 

Antara BOD Pavilion REIT  ialah Datin Sri Cindy Lim Pengarah Eksekutif Pavilion REIT & Malton Bhd
isteri kepada tycoon hartanah Tan Sri Desmond Lim Siew Choon, individu ke-27 terkaya di Malaysia.

Ketika taikun Pavilion berhadapan kontroversi 1MDB

Jika menyemak status Syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd bukan ada wang pun jauh sekali daripada layak melaksanakan projek RM7 bilion ini. Tetapi oleh kerana dibelakangnya adalah Tan Sri  Desmond Lim dan isterinya Puan Sri Cindy Lim sudah tentu dilihat lebih meyakinkan. Hal dikecohkan mengenai mereka tak penting tetapi dana pelaburan mereka. Tak mungkin Yayasan Sabah memeterai perjanjian jika syarikat tidak mampu beli tanah Yayasan Sabah.

 

Penjenamaan semula Projek RM7B

Oleh itu Pembangunan Lok Kawi Resort City di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ)  kluster sektor pelancongan melibatkan kerjasama kumpulan Yayasan Sabah dengan Syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd adalah penjenamaan semula  Projek RM7 Bilion Meruntum Lok Kawi itu. Tanah sudah dijual, RM8.4 juta pendahuluan sudah dibayar dan perjanjian sudah ditandatangani. Sebagai pemilik tanah, Yayasan Sabah akan mendapat pembayaran minimum sebanyak RM840 juta daripada nilai keseluruhan pelaburan itu. 

Oleh itu menamat atau menghentikan projek ini sesuatu yang tidak profesional.

Sebagaimana kata-kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor projek ini dibangunkan di kawasan Lok Kawi Putatan di atas tanah milik Kumpulan Yayasan Sabah melibatkan pembinaan pusat peranginan, hotel, kompleks membeli belah, taman tema, blok komersil serta pejabat perumahan dan lain-lain dengan nilai pembangunan.

“Penglibatan Kumpulan Yayasan Sabah akan berterusan melalui usahasama dalam pengurusan beberapa komponen projek yang bakal siap dibangunkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pembangunan Lok Kawi Resort City. 

Dalam masa sama bukan setakat Pelancaran Pembangunan Lok Kawi Resort City diumumkan PM tetapi  Majlis Menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan inisiatif pelaburan asing dan domestik seperti  kilang pembuatan Copper Foil oleh Syarikat SK Nexilis Company Limited, Korea RM2.3 Bilion dan Linaco Group of Companies RM200 juta dengan Kerajaan Negeri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Syarikat Korea SK Nexilis labur RM2.3 bilion buka kilang di Sabah ]

 

Pelaburan Samar di Zaman Warisan

Kerajaan GRS tidak perlu menafikan mana-mana projek atau pelaburan yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jika ia merugikan rakyat wajar dibatal. Jika ia mengandungi unsur rasuah wajar disiasat SPRM. Jika ia bagus tidak wajar dibatalkan hanya kerana sentimen politik semata. Apatah lagi jika sudah melibatkan bayaran jutaan ringgit atau perjanjian yang termeterai jika dibatal merugikan kerajaan negeri. 

Di zaman 26 bulan Kerajaan Warisan berkuasa pun ada banyak Projek pelaburan berbilion yang dilihat masih samar kerana melibatkan kelayakan syarikat. Misalnya Mac 2019 kerajaan Warisan telah ditipu oleh Syarikat Burel Industries sebuah projek bernilai RM13 bilion untuk membina loji petrokimia dengan kerjasama entiti milik negeri Sabah, POIC Sabah. Sehingga hari ini pelaburan Burel Industries menipu terus samar.

[ARTIKEL BERKAITAN- POIC: Kerajaan Warisan ditipu Burel Industries RM13B kini umum pelaburan Jepun RM100 juta ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek RM13 bilion POIC Sabah? ]

Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek  RM13 bilion POIC Sabah?

Begitu juga pada 13 Disember 2019 apabila Kerajaan Warisan ditipu lagi oleh CEO bernama Mohd Sham Mohd Yasin hanya pemilik Syarikat Nasya Maju Hardware di jalan Tuaran kini berlagak menjadi Presiden dan Pengarah Urusan Petroventure Energy menandatangani Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) bagi membina loji penapisan dan penyimpanan petroleum Sabah yang pertama dengan nilai pelaburan sebanyak US$2.3 bilion (RM9.5 bilion). Apa kaki syarikat Hardware tepi jalan Tuaran melabur RM9.5 bilion!

Orang yang sama pada 23 April 2019 Mohd Sham lebih awal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Jesselton Birost (Sabah) Sdn Bhd sebuah syarikat baru ditubuhkan 2018 bersama dengan syarikat China Zhejiang Zhou Shan Run Energy Co Ltd menandatangani perjanjian pelaburan RM16.5 bilion kononnya melabur membina serta mengendalikan terminal penapisan serta minyak bersepadu di Taman Industri Minyak dan Gas Sabah (Sogip) Sipitang. Perjanjian itu nampaknya hanya berjaya ‘pau’ syarikat Zhejiang Zhou Shan Run Energy Co Ltd. RM16.5b hanya untuk kroni kaki pau? mana untuk rakyat?

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas projek RM16.5B kini taukeh 'Hardware' meragukan diberi lagi projek RM9.5B di Sabah ]

 Selepas projek RM16.5B kini taukeh 'Hardware' meragukan diberi lagi projek RM9.5B di Sabah

Kerajaan GRS pastinya telah menyemak semula semua projek dan pelaburan negeri sebelum ini termasuk Pembangunan Lok Kawi Resort City tetapi juga lain-lain apatah lagi Datuk Seri Safar Untong masih sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang terlibat dengan Kerajaan Warisan sebelum ini.

Kamu fikir semudah itu batal atau tangguh? 

2 Comments