RM14.6B Rakyat Sabah untung atau Shafie kenyang? Teguran Anifah kepada Shafie berasas!
15:01 Jan 21, 2018  |  By SabahKini2
RM14.6B Rakyat Sabah untung atau Shafie kenyang? Teguran Anifah kepada Shafie berasas!

Presiden Warisan itu tidak mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu kerana sering mengkritik kerajaan sedia ada meskipun terlibat dengan pelbagai kontroversi termasuklah disiasat oleh pihak berkuasa ekoran skandal yang dilakukan mereka sebelum ini

KIMANIS: Pemimpin parti pembangkang di Sabah diminta untuk 'sempurnakan' diri sendiri terlebih dahulu sebelum 'sempurnakan' orang lain dan tidak bercakap bohong setiap kali menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU).

Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman melihat pihak pembangkang kerap kali melaungkan slogan 'Ubah Sabah' terutamanya pemimpin pembangkang dari daerah Semporna yang kini galak turun berkempen dengan ideologi mengarut dan bercita-cita tinggi dengan menabur sebarang janji kosong sahaja namun perihal mereka amat menyedihkan sekali.

22 Julai tahun lalu Anifah mempersoalkan Presiden Parti Warisan itu semakin rajin datang ke Kimanis itupun ketika tidak ada jawatan. Ketika menjadi menteri beliau tidak pernah pun memijak kakinya turun melawat kawasan Kimanis atau membakut. Sudah tiada kuasa baru sibuk.

Shafie berang dengan kenyataan itu dan menuduh Anifah Aman sebagai seorang pengkhianat sebenar. Malah Shafie mengaku telah menurunkan peruntukan berjuta untuk Kimanis bagi pelbagai pembangunan. Ke mana peruntukan itu? Siapa buat? Ahli Parlimen tidak pernah dimaklum malah yang dipohon Anifah RM50 juta tidak pernah diluluskan.

Cermin diri

Semalam Anifah yang juga Menteri Luar menganggap adalah menyedihkan apabila pemimpin-pemimpin berkenaan diibaratkan tidak mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu kerana sering mengkritik kerajaan sedia ada meskipun terlibat dengan pelbagai kontroversi termasuklah disiasat oleh pihak berkuasa susulan skandal-skandal yang dilakukan mereka sebelum ini.

Kes tidak lama lagi dibicarakan

"Ada orang kata ubah, apa yang dia mahu ubah, ubah diri sendiri dulu, jangan cuba mengubah orang lain kalau diri kita sama juga tidak sempurna, terutama sekali orang Semporna yang mewakili pemimpin Semporna, " katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Penyerahan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah Pekan Bongawan anjuran Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Dewan Pekan Bongawan.

Dalam majlis itu, Anifah turut menyerahkan sumbangan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada seramai 700 penerima di sekitar Bongawan.

Hanya rakyat Kimanis tahu pemimpin sebenar mereka bukan yang tak pernah datang dan kini datang menabur fitnah 

Anifah turut memberikan Beg kepada murid-murid sekolah. Shafie kata bagi beg ini hina. 

 Shafie juga baru-baru ini bukan sahaja menghina Rela tetapi program Pemberian Beg Sekolah kepada murid-murid yang susah yang dilakukan oleh BN.

"Saya tidak pernah melihat program pemberian beg sekolah di Brunei dan Singapura," katanya memperlekehkan bantuan.

Netizen turut mempersoalkan penghinaan Shafie Apdal itu dan menyelar Shafie sebagai sombong.

“Apa dia fikir semua keluarga murid adalah orang kaya seperti dia yang makan rasuah dari projek KKLW sehingga RM 1.5 bilion. Syukur kerajaan dan pemimpin BN membantu” kata Hazim seorang anak muda di Kimanis.

Semakan Sabahkini2 menunjukkan Shafie Apdal ketika sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan juga Ketua Bahagian Semporna adalah pemimpin yang banyak menganjurkan program pemberian beg percuma di Semporna dan negeri-negeri lain menggunakan peruntukan KKLW.

Anifah turut mengulangi cerita pengalamannya julai tahun lalu yang mengundang kemarahan Shafie Apdal. Anifah berkata pernah berurusan dengan 'pemimpin itu' ketika membuat permohonan peruntukan luar bandar di kawasan Parlimen Kimanis.

Jelasnya, beliau terpaksa menunggu lebih dua jam di luar pejabat menteri itu namun masih tidak diendahkan mengenai peruntukan terbabit namun sehingga ke hari ini, ianya tidak pernah diterima walau satu sen pun.

"Oleh kerana saya mahu memohon permohonan pembangunan untuk rakyat Kimanis, saya sanggup menunggu dua jam di luar pejabat beliau, kopi pun tidak ada, ini bukan fitnah dan selepas dua jam baru beliau keluar dari pejabatnya untuk berjumpa dengan saya."

"Selepas dia keluar, dia mengambil permohonan itu dari tangan saya dan saya katakan Datuk tolong pertimbangkan permohonan ini kerana ini penting untuk rakyat Kimanis kerana dia ada RM13 bilion dan saya hanya minta RM50 juta tetapi sehingga kini satu sen pun tiada diberi," katanya.

Semakan Sabahkini2 mengenai peruntukan KKLW di Sabah menunjukkan jumlah perbelanjaan projek Rancangan Malaysia ke-9 dan ke 10 adalah berjumlah RM14.9 bilion. Dalam rekod Daerah Kecil membakut hanya menerima peruntukan RM350 ribu.

SUMBER: KKLW

Selebihnya disalurkan RM 352.7 juta ke Majlis Daerah Beaufort dan RM90.6 juta disalurkan kepada Majlis Daerah Papar. Parlimen Kimanis terletak dalam dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Beaufort dan Papar.

Ahli Parlimen Kimanis tidak pernah dimaklumkan projek kawasan, semua diagihkan kepada PBT Beaufort dan Papar. Semua projek diberi peruntukan dilantik kontraktor kroni Shafie Apdal sahaja. Jadi tidak hairan permohonan Anifah Aman RM50 juta dibakul sampahkan oleh Shafie. Itu Kimanis bagaimana dengan parlimen lain. Tidak hairan projek Parlimen seperti paip (BALB)jalan (JALB) dan elektrik (BELB) siap berjuta untuk kroni tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat

Hari ini Shafie datang ke Kimanis dan Membakut dengan slogan "Sabah Ubah" tetapi lupa cermin diri apa sumbangan dia kepada rakyat Parlimen Kimanis? 

 

7 Comments