(VIDEO) “PKR tahu sangat Shafie ni memang jahat” – CheguBard
06:01 Jan 23, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) “PKR tahu sangat Shafie ni memang jahat” – CheguBard

Kenyataan CheGuBard mengenai PKR tahu Shafie memang jahat pasti bakal memanaskan Shafie Apdal. Saksikan temubual CheGubard

VIDEO 1: WAWANCARA RONNIE KLASSEN BERSAMA CHEGUBARD

Isu rasuah yang membabitkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  membuktikan PKR hipokrit dalam berpolitik kata ahli PKR seumur hidup yang dipecat keahliannya, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard.

Menurutnya, ketika Shafie berstatus menteri kabinet, PKR lantang membangkitkan kes rasuah bekas Naib Presiden UMNO itu yang dikaitkan dengan seorang artis, Zahida Rafik, namun kini PKR mendiamkan diri apabila Shafie menjadi Presiden Parti Warisan Sabah dalam komponen Pakatan Harapan.

“Saya sendiri terlibat pendedahan awal kes rasuah Shafie Apdal di mana mendedahkan beliau menandatangani surat pemberian projek mengarahkan projek negeri kepada kontraktor, antaranya kontraktor yang ditahan sekarang adalah pimpinan Warisan yang keluar masuk SPRM sekarang ”.

“Yang buat busuk adalah orang Sabah sendiri, jadi musuh orang Sabah adalah orang Sabah Sendiri, kerana Menteri Luar Bandar yang jaga peruntukan dan meluluskan berbilion adalah orang Sabah”. katanya

Begitu juga isu skandal seks yang diperjuangkan oleh Zuraida Ketua Wanita PKR yang sanggup membawa pemandu Zahida Rafik melaporkan kepada polis malah PKR menyediakan khidmat peguam buat pemandu itu di mahkamah.

VIDEO 2: SIDANG MEDIA ZURAIDA KAMARUDDIN KETUA WANITA PKR TERHADAP SHAFIE APDAL
- MELIBATKAN ZAHIDA RAFIK DAN PEMANDU ZAHIDANYA 
ZURAIDA MENYEBUT SEBAGAI HUBUNGAN INTIM

“Peguam PKR dan Ketua Wanita PKR anjur sidang media dedah kekayaan luar biasa si korupsi Shafie Apdal dengan bawa saksi. Shafie beri RM1.5juta kepada artis Zahida..”

“Maknanya Parti Keadilan tahu sangat Shafie ini memang jahat, jahat jenayah politik, pentadbiran dan rasuah tetapi apabila Shafie dipecat dari UMNO dan Barisan Nasional, PKR sudah mengganggap Shafie bersih wal hal Shafielah pengkhianat rakyat Sabah”. Katanya dalam sesi temu buat bersama Ronnie Klassen.

CheguBard menyelar sikap pemimpin PKR yang hipokrit. Sekarang Parti Keadilan menyambut Shafie sebagai hero.

“Mana cerita yang tadi sampai kamu dedah skandal seks dan sebagainya. Adakah kamu menipu ketika kamu mendedah atau sekarang ini bersikap munafik kerana Shafie berada di sebelah kamu?”. katanya

Dikatakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membekukan wang dana haram Zahida Rafik ini. Ia didedahkan Sabahkini2 sebelum ini dalam artikel "RM1.5 juta akaun Zahida- Shafie dibeku: Bekas pemandu dapat rayu saman di mahkamah" dan "Zahida Rafik mengamuk dana dari Shafie Apdal dibeku LHDN!Turut terkena Wilfred Yong dan Albert Chan"

 

Turut mendedahken penyelewengan dan rasuah Shafie Apdal ialah Naib Presiden PKR iaitu Tian Chua ketika di dewan rakyat. Barangkli Shafie Apdal terlupa semua pendedahan ini dimulakan oleh PKR.



VIDEO 3: PENDEDAHAN NAIB PRESIDEN PKR TIAN CHUA MENGENAI SHAFIE APDAL

Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa bergabung dengan Warisan di Sabah untuk menuruti agenda Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Mereka terpaksa bergabung walaupun tahu penuh skandal. Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan ditahan reman SPRM berhubung skandal tanah RISDA RM155 juta, peguamnya Michael Ubu lari dan Pengerusi MPN PKR Sabah Christina Liew pernah terlibat dengan skandal penjualan tanah Bagahak yang menyebabkan Mahkamah Tinggi Tawau pada 30 September 2015 mensabitkan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah, selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29. Kes ini masih berjalan.

1 Comment