Bocor surat SKN kepada Warisan, Pegawai KPLB Sabah khianat dikenalpasti
21:07 Jul 14, 2021  |  By SabahKini2
Bocor surat SKN kepada Warisan,  Pegawai KPLB Sabah khianat dikenalpasti

SOP telah dipatuhi tertakluk penilaian Jabatan Kesihatan namun terdapat pegawai KPLB Sabah bocorkan surat kepada blog Warisan memanipulasi surat kebenaran khas. Pegawai dilaporkan telah dikenal pasti.

Sabah adalah antara enam negeri yang telah beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 10 Julai lalu sebagaimana diumumkan oleh TPM yang juga Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob 8 julai lalu.  5 Negeri PPN Fasa 2 sebelum ini ialah Terengganu, Perak, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang,

Pengumuman itu berdasarkan kejayaan negeri Sabah mencapai sasaran tiga indikator utama PPN harian Covid-19 menurun, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi penduduk yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Sabah perlu terus memulihkan ekonomi rakyatnya. Situasi di Negeri PH seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan tidak sepatutnya mempengaruhi Negeri Sabah. Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) adalah kunci utama bagi Sabah untuk melangkah ke Fasa Tiga Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, Sabah sudah berjaya beralih ke Fasa Dua PPN berkuat kuasa pada 10 Julai justeru Kerjasama semua pihak mematuhi SOP, fasa tiga boleh dicapai tidak lama lagi.

"Saya anggap ia satu pengiktirafan kerja keras dan usaha gigih semua yang terlibat dalam pengurusan pandemik virus COVID-19 di negeri Sabah.

Begitu juga keputusan kerajaan Sabah mengekalkan keputusan membenarkan dine-in atau makan di restoran dan kedai-kedai makan termasuk restoran dalam hotel terus dipertahankan walaupun terdapat sedikit perbezaan pandangan dengan MKN Pusat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, arahan untuk membenarkan aktiviti makan di restoran yang dikuatkuasakan pada 29 Jun lalu ketika pelaksanaan Fasa 1 PPN masih berkuat kuasa hingga sekarang. Ia menegaskan sebagai Pendirian kerajaan Sabah.

Ini bermakna SOP Sabah sentiasa berubah dan tertakluk kepada Kerajaan Sabah. Beberapa sektor ekonomi dibuka, kebenaran perjalanan bagi tugasan rasmi anggota pentabiran dan juga para pegawai tertakluk kepada penilaian kerajaan. 

Lawatan Menteri KPLB ke Sabah

Hari ini terdapat beberapa pihak menularkan surat kebenaran KHAS masuk Menteri KPLB ke Sabah bersama pegawainya bermula 14 -18 Julai (5 hari) bagi tujuan kerja rasmi ke Sabah. Surat permohonan kelulusan pengecualian kuarantin wajib 14 hari juga diberikan tertakluk kepada penilaian risiko Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Menteri KPLB dan pegawainya mempunyai asas berbuat demikian berdasarkan kepatuhan SOP di Negeri Sabah yang dikeluarkan 10 Julai lalu antaranya kebenaran PDRM merentas daerah, keputusan NEGATIF Covid-19 (PCR) tempoh 5 hari sebelum perjalanan selain pengecualian kuarantin wajib tertakluk  ketetapan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri serta penilaian JKNS.


Tidak menghairankan. Pengecualian seumpama ini juga diperolehi kepada pelabur ke negeri Sabah, Menteri daripada Sabah, Ahli Parlimen Sabah, pengerusi GLC, pegawai kerajaan termasuk Ahli Parlimen Warisan dengan syarat membuat permohonan. Presiden Warisan pun mendapat pengecualian kurantin jika kembali ke Sabah.

Tidak kurang ada  pemimpin Warisan seperti Datuk Jaujan Sambakong boleh keluar dari Sabah pula menjelajah Negeri ke Negeri Sembilan dan Kelantan untuk  parti Warisan mengumpul keahlian parti walaupun bukan tugas rasmi Kerajaan. Siapa beri surat pelepasan kebenaran sedemikian?

Tindakan Pegawai kerajaan membocorkan surat dan mendedahkan kepada blog Warisan bagi memanipulasi surat kebenaran itu sebagai sesuatu yang sangat tidak wajar serta cubaan menghasut rakyat. Ini bukan 'Double Standard', Kebenaran adalah untuk bekerja bukan untuk bercuti atau suka-suka. Ini kerja untuk pembangunan dan memulihkan ekonomi negeri. Kerja menurunkan peruntukan kepada negeri.

Oleh itu sepatutnya Menteri KPLB dan rombongannya tidak perlu menangguhkan lawatan itu sekalipun kes harian mencecah 11,079 kes kerana ia hanya melibatkan kes negeri PH yang tinggi iaitu di Selangor (5263), Negeri Sembilan (1,033) dan Wilayah Persekutuan (1,521). KPLB mungkin meredakan keadaan dengan menangguhkan lawatan tetapi selepas ini lawatan ini mesti diteruskan dikemudian hari pada masa ditentukan. SOP telah dipatuhi jadi tiada masalah.

 

KANTOI Pengawai KPLB Sabah bocor surat dikenal pasti

November tahun 2020 Sabahkini2 mendedahkan tentang Pengarah KPLB Sabah 'Orang Kuat Shafie' sapu peruntukan memberi kroni Warisan PH projek KPLB.

Bagaimanapun Menteri KPLB Datuk Dr Abd Latiff Ahmad hanya menukar Pengarah KPLB Sabah Hamsha Haji Injau Gred 54 itu bulan ini dengan pegawai baharu Johari Julastri. 

Artikel pendedahan itu boleh dibaca di sini

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri KPLB digesa tukar Pengarah KPLB Sabah 'Orang Kuat Shafie' sapu peruntukan beri kroni Warisan PH]

Menteri KPLB digesa tukar Pengarah KPLB Sabah 'Orang Kuat Shafie' sapu peruntukan beri kroni Warisan PH

Ada sesuatu yang berlaku di pejabat KPLB Negeri Sabah yang dipenuhi orang-orang Warisan itu. Orang-orang Hamsha Haji Injau nampaknya masih marah bos mereka dipindahkan. Pegawai KPLB itu dikesan membocorkan surat kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri yang ditandatangani oleh Datuk Seri Panglima Hj Safar Untong.

Tidak mungkin Datuk Hj Safar SKN membocorkan surat itu dalam keadaan sekarang dengan desas-desus pertukaran SKN serta pertukaran Pengarah JKNS dan mungkin Pengarah Keselamatan Negeri dalam tempoh terdekat. Beberapa pegawai KPLB Negeri yang mempunyai Salinan surat jelas membocorkannya. Hanya beberapa orang pegawai yang mempunyai salinannya. Ada banyak kementerian mempunyai surat sedemikian rupa ketika bertugas rasmi maka mengapa pegawai KPLB membocorkannya jika tidak kerana niat menghasut rakyat.

Pada masa depan jika semua sudah mengikut peraturan dan SOP dengan kebenaran kerajaan negeri program dirancang kerajaan perlu diteruskan. Apa guna Sabah beralih ke Pelan Pemulihan Negara Fasa kedua untuk memulihkan ekonomi rakyatnya.  

Oleh itu pendedahan surat oleh blog milik Warisan itu telah membuka pekung penyokong Warisan di jabatan kerajaan. Mereka kantoi dan gagal bersembunyi degnan mendedahkan sumber mereka. Menteri menangguhkan lawatan tetapi dalam masa sama mengesan pengawai pengkhianat dalam jabatannya. Sudah lama didedahkan namun lambat bertindak itulah hasilnya sekarang. Tindakan tegas perlu diambil kepada pegawai ini. Menurut sumber Pegawai sudah dikenal pasti. Kita lihat siapa yang bakal kena. Tidak mustahil banyak surat sulit di KPLB Sabah akan didedah lagi jika pejabat KPLB Sabah tidak dibersihkan.

Bagaimana selepas ini jika ada surat kebenaran SKN kepada pemimpin Warisan didedahkan?

 

 

 

7 Comments