Selepas dimurka Sultan, SPRM dakwa Ketua Kartel 'RM3.8B' Dato' Adly 69 pertuduhan palsukan dokumen!
07:09 Sep 02, 2021  |  By SabahKini2
Selepas dimurka Sultan, SPRM dakwa Ketua Kartel 'RM3.8B' Dato' Adly 69 pertuduhan palsukan dokumen!

Seperti pahat dengan penukul akhirnya SPRM membuat kerja. Itupun selepas dimurka Sultan Selangor. Lihat saja kes kartel. 5 bulan berlalu akhirnya Dato' Adly didakwa menipu monopoli projek di Wilayah Persekutuan & Selangor

April lalu Portal Sabahkini2 telah mendedahkan siapa Dato’ Adly Kamaruddin Ketua Kartel dalang sindiket kartel penipuan projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion. SPRM ketika itu menahan tujuh individu termasuk Pegawai JKR (QS) yang bersubahat monopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan sejak tujuh tahun lalu.

Sebut saja projek 'Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti, selenggara bangunan kerajaan pastinya nama Dato’ Adly Kamaruddin dan syarikatnya seperti Jangka Prestasi Sdn Bhd, Tuah Usaha Sdn Bhd dan Ventechnologist Engineering Sdn Bhd muncul. 80 peratus projek Pengurusan Fasiliti, selenggara bangunan kerajaan di Putrajaya dan Selangor di sapu oleh Dato' Adly!. Kencinglah di tandas pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya pasti akan nampak nama syarikat Jangka Prestasi Sdn Bhd di mana-mana. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Kartel 'Dato Adly' tumpas! Projek RM3.8B, helikopter, kereta, kapal mewah disita RM100 juta akaun dibeku]

 Kartel 'Dato Adly' tumpas! Projek RM3.8B, helikopter, kereta, kapal mewah disita RM100 juta akaun dibeku

Selain Kementerian di Putrajaya, Dato’ Adly juga terlibat dengan kes-kes rasuah melibatkan pegawai-pegawai di Negeri Selangor serta negeri lain rantaian kartelnya meluas di seluruh kementerian, agensi, jabatan dan kerajaan negeri.

Julai lalu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat beberapa pegawai kerajaan di Selangor terlibat dengan kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan negeri Selangor namu tidak segera didakwa di mahkamah.

Dukacita itu jelas menunjukkan kelemahan SPRM melaksanakan tugasnya.

Susulan itu pada 5 Ogos lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki di Istana Bukit Kayangan. Itulah cara SPRM bekerja sekarang.

Ada desakan dan punya unsur tular mereka akan bertindak pantas. 


SPRM perlu diketuk

 

‘Seperti pahat dengan penukul’

Itulah yang berlaku kepada SRPM. Selepas diarah kerajaan atau raja atau mungkin selepas tular maka barulah mereka bertindak. Kerana Sultan Selangor SPRM mula beraksi. Bagaimana dengan kes bukan titah Sultan? Itu belum termasuk kes-kes tangkapan SPRM yang dihebah media besar-besaran tetapi belum didakwa. Misalnya kes ketua kartel Dato' Adly ini yang ditangkap sejak April lalu tetapi hanya didakwa pada 1 September 2021. 5 bulan untuk membuat pendakwaan. Itupun terdapat desas-desus sebelum ini kes Dato' Adly mungkin akan ditutup sahaja jika tidak dapat membuat pembuktian pertuduhan terhadapnya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kartel RM3.8b 'Dato' Adly' bebas reman, bakal didakwa atau tutup kes? ]

Dato' Adly dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas 69 pertuduhan berkaitan pemalsuan dokumen. Pemalsuan dokumen? Ini sahaja ke yang mampu SPRM buat pertuduhan? Bagaimana dengan kes memberi rasuah dan kes pengubahan wang haram? Bagaimana dengan pelbagai aset, termasuk kenderaan mewah, wang tunai, kapal layar serta dua helikopter persendirian. dirampas tapi pertuduhannya ialah dokumen palsu!

Apakah penjawat awam seperti Juruukur Bahan JKR (QS), Pengarah JKR Putrajaya, Selangor dan-lain yang diberi rasuah tdak didakwa?

Adly Kamarudin dilaporkan mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Rozilah Salleh.

Mengikut semua pertuduhan, Adly didakwa bersubahat memalsukan 69 dokumen pelbagai projek bagi tujuan menipu Jabatan Kerja Raya (JKR).Antara dokumen pertuduhan itu menyebut projek jalan, pembinaan kolej dan penghawa dingin di beberapa universiti awam, bangunan hospital, rumah kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta pemasangan mekanikal di kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur, Selangor dan Bentong di Pahang.

Adly dituduh melakukan perbuatan tersebut sekitar Jun 2019 hingga Sept 2020 di sebuah rumah banglo di Bandar Baru Bangi, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin, serta tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah. Peguam Md Yunos Shariff yang mewakili tertuduh tidak membantah dengan jumlah yang ditawarkan itu. Sebutan semula kes ditetapkan 3 Nov ini.

Apa selepas ini mengenai ketua kartel Dato' Adly Kamaruddin kita akan lihat sama-sama.

Dato' Adly Ketua Kartel 

 

Kes Rasuah JKR Sabah dan Max Chong!

Begitulah apa yang berlaku kes rasuah JKR Sabah sejak zaman Warisan dan Peter Anthony lagi konsesi RM1.5 bilion. Siasatan SPRM Bahagian Operasi Khas (BOK) dah dibuat, beratus ribu gambar projek selenggaraan jalan gagal dilaksana konsesi diberikan kepada SPRM. 'Claim' projek buat tetapi laksana kontrak tidak dibuat. Namun nampaknya SPRM perlu menunggu arahan tular atau bukti lain baru agaknya SPRM bertindak. 

Hari ini  Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya projek Senggaraan jalan di Sabah buat hal lagi apabila konsesi yang ditamatkan kontrak kerajaan GRS beliau sambung semula demi kepentingan kroni. 

[ARTIKEL BERKAITAN-Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- RM44.1 juta AK Setia Bina! Pegawai JKR bodohkan lagi rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu ]

SPRM mahu menunggu mana-mana Sultan menegur kes rasuah Sabah ke  baharu SPRM bertindak semula?

 

 

23 Comments