Loretto SUA Warisan mengaku Guan Eng, PH punca Shafie Apdal gagal Ketua Menteri
04:10 Oct 04, 2022  |  By SabahKini2
Loretto SUA Warisan mengaku Guan Eng, PH punca Shafie Apdal gagal Ketua Menteri

Perang mulut Warisan-PH melondehkan rahsia masing-masing. PH kata Warisan 'Trojan Horse' kalahkan PH sebaliknya Warisan berkata PHlah punca Shafie gagal sebagai Ketua Menteri. PH dan Warisan banyak 'mencapati' janji akhirnya ditolak rakyat

PH Sabah dan Warisan saling telanjang menelanjang antara satu sama lain selepas pengakuan Frankie Poon Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang gagal dan jadi ‘Trojan Horse’ untuk menangkan BN-GRS.

Kali ini ialah pengakuan Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua bahawa Pakatan Harapan – DAP PKR lah punca menghapuskan kepercayaan rakyat Sabah terhadap PH serta kerajaan Warisan Plus.

Ketika  Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, beliau berdolak dalik untuk menunaikan tuntutan 21 Perkara termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Tuntutan ini sebenarnya merupakan inisiatif bekas Pengerusi Tetap Warisan, mendiang Liew Vui Keong dimana 17 daripada 21 isu ini telah dipersetujui manakala baki empat pula tertunda kerana Guan Eng berdolak-dalih mengenainya.

“Guan Eng sendiri mengumumkan kepada rakyat Sabah ketika Kongres DAP Sabah bahawa royalti minyak 20 peratus yang telah dijanjikan oleh PH dan pemberian hak cukai 40 peratus kepada Sabah tidak dapat dilaksanakan walhal perkara ini amat diperlukan oleh Datuk Seri Shafie ketika itu untuk membasmi kemiskinan dan kemunduran yang begitu teruk sekali di negeri Sabah,” katanya

BUKTI LIM GUAN ENG, DAP DAN PH MENGENCING

Kerana kebodohan Lim Guan Eng, PH maka Shafie Apdal dan Warisan terpaksa  menanggung beban kemarahan rakyat Sabah kerana janjji-janji PH tidak ditunaikan ialah Datuk Seri Shafie walaupun Warisan bukannya komponen dalam PH.

Bukan itu sahaja Loretto mengutuk perangai pemimpin-pemimpin seperti Anwar Ibrahim dan Guan Eng yang sanggup bersekongkol menandatangi MoU dengan kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri atas alasan-alasan untuk mengekalkan kestabilan politik dan pandemik Covid-19.

Jadi katanya siapa lebih Trojan Horse?

Dr Mahathir dan Shafie Perdana Menteri

Kenyataan Loretto menyebut Langkah Sheraton namun tidak menyebut sokongan Dr Mahathir bekas bos Shafie menggerakkan rancangan menjadikan Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri baharu menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri PH.

Umum mengetahui Shafie obses mahu menjadi  PM dengan sokongan Dr Mahathir atas alasan dialah calon PM terbaik  luar Semenanjung kerana tidak pernah sebelum ini wakil dari Sabah atau Sarawak yang memegang jawatan tersebut.


Shafie ketika mahu melobi menjadi PM PH beliau memuji-muji Lim Guan Eng dan DAP...

“Saya lihat ini satu cadangan baik dan tidak jadi masalah kerana sudah 63 tahun negara kita merdeka tetapi tidak ada satu pun PM dari Sabah atau Sarawak. Beliaulah orangnya paling sesuai.

“Takkanlah selama ini pemimpin negara hanya berada di Kedah, Johor, Pulau Pinang atau Pahang sahaja,” katanya

 

Lagi..

ARTIKEL BERKAITAN - PH tidak dapat tunai janji beri 40 peratus hasil pendapatan negeri Sabah- Guan Eng

ARTIKEL BERKAITAN - Bila berkuasa ‘kencing’ rakyat, semakan kehakiman MA63 40% hasil Sabah belum selesai tapi semua berlagak hero

ARTIKEL BERKAITAN - Lupa Warisan-PH paling teruk, kini Guan Eng mengencing di Sabah lagi 

 

 

3 Comments