Tipu Cukai Jualan: Zulfikar Khomeini Pegawai MOF Sabah didakwa 16 pertuduhan rasuah RM45,000
11:01 Jan 19, 2023  |  By SabahKini2
Tipu Cukai Jualan: Zulfikar Khomeini Pegawai MOF Sabah didakwa 16 pertuduhan rasuah RM45,000

Syarikat BELL Group dan Syarikat Dato' Salleh Malaya yang tipu cukai dan bayar rasuah kepada pegawai MOF sekian lama akhirnya Zulfikar Khomeini Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri, Bahagian Audit Dalam MOF Sabah yang didakwa

Sabahkini2 sebelum ini telah melaporkan mengenai kes penipuan cukai jualan dan mendedahkan pemilik syarikat Kilang Sawit Bell Sdn Bhd Lahad Datu anak syarikat BELL Corporation Sdn Bhd di asaskan oleh Puan Sri Dr Liana Low yang merompak jutaaan ringgit hasil Sabah kerana menipu cukai jualan Sabah. Setakat ini Puan Sri Liana tidak ditangkap SPRM kerana yakin beliau kebal SPRM. Sumber mendedahkan Puan Sri Liana sanggup membayar cukai jualan yang ditipunya kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Siasatan kes ini menyebabkan 3 ditangkap SPRM iaitu Pegawai MOF dan pesara kerajaan yang punya ‘kabel’ besar di MOF Sabah.


Antara yang direman Mei 2022

Seorang lagi individu pembayar rasuah setanding Puan Sri Dr Liana Low bergelar Dato’ Salleh ‘Malaya’ membuat penipuan yang sama menggunakan beberapa syarikat kilang sawit di Sabah. Syarikat untung jutaan ringgit tetapi membuat pengisytiharan palsu mengelak membayar cukai jualan kepada Kerajaan Sabah. Dato' Salleh Malaya ini juga tidak pernah ditangkap mungkin menjadi saksi kes.

Dato' Salleh Malaya atau Salleh Isa punya kabel besar lari cukai di Sabah

 [ARTIKEL BERKAITAN- BACA  Tipu cukai jualan: Pegawai direman, Puan Sri Dr Liana Low BELL Group diburu, Salleh ‘Malaya’ bakal ditangkap! ]

 [ARTIKEL BERKAITAN- Tipu cukai jualan: Selepas BELL Group, Datuk Salleh 'Malaya' diburu SPRM 

Dato’ Salleh Isa dilaporkan penyokong Perikatan Nasional beralamat di Jalan Cekal 2 Taman Sri Lambak Kluang Johor. Beliau mempunyai banyak syarikat antara yang terkenal Pengarah Urusan Tradelift Indopalm Industries Sdn. Bhd. Selain itu ialah Kilang Sawit Waris Selesa Sdn Bhd, Bumimas Sawit Sdn Bhd, Jeneri Palm Oil Sdn Bhd dan Ditali Sdn Bhd.

 

Syarikat Tradelift Indopalm Industries Sdn. Bhd digulung kerana banyak hutang
Kalau ikut jualan tahunan ialah RM277 juta.

 

 Salleh Isa (Salleh Malaya) Juga menggunakan  syarikat Waris Selesa Kilang Sawit Sdn Bhd

 

Sejak 2012 Dato' Salleh Malaya ini telah berhutang dan tidak membayar buah sawit yang dihantar oleh pekebun-pekebun kecil dan ladang di Sabah. Banyak pusat pengumpulan buah tidak mendapat bayaran selepas dihantar ke Kilang Sawit Waris Selesa.

Antara Kawasan-kawasan terlibat adalah Sandakan, Beluran, Telupid, Sukau, Lahad datu, Tungku, Kunak, Kg Paris, Kalabakan dan Semporna. Alasan DSM tidak membayar hutang ialah syarikat digulung dan kini dibawah kendalian liquidator.

Menurut sumber lebih RM100 juta dicuri oleh Dato’ Salleh Malaya ini di Sabah. 

Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri MOF Sabah didakwa di mahkamah

Sejak reman SPRM Mei 2022 kini seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 16 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM45,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit, antara September 2016 dan Januari 2017. Kilang sawit itu milik Dato' Salleh Malayalah! Yang dapat kesan tahun 2016 dan 2017. Bayangkan tahun-tahun yang lain terlepas.

Zulfikar Khomeini Asli, 44, Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri, Bahagian Audit Dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, dia didakwa menerima suapan wang berjumlah RM20,000 daripada pengurus sebuah syarikat kilang sawit yang dimasukkan ke dalam akaunnya di Maybank, Jalan Haji A. H. Tengah, Sipitang pada 20 Sept 2016.

Bagi pertuduhan enam hingga 16 pula, dia didakwa telah diberikan suapan berjumlah RM25,000 daripada pengurus kilang yang sama dan dimasukkan dalam bank yang sama, antara 2 hingga 7 Jan 2017.

Zulfikar didakwa gagal melaporkan pemberian itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh kenakan dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapifee, manakala Zulfikar diwakili peguam Syed Anwar Shariff Abdullah dan Wilson Chang.

Hakim Jason Juga membenarkan Zulfikar dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Kesimpulannya laporan Sabahkini2 mengenai isu tipu cukai jualan Negeri Sabah bukan diada-adakan tetapi tapi kebenaran untuk menyelamatkan duit rakyat Sabah yang ditipu orang Syarikat Malaya.

FAIL KES BOLEH DI BACA DI BAWAH

 

21 Comments