[VIDEO] Rasuah RM15 juta: Hamzah mengaku diserbu SPRM Mac 2023, Dato' Stephen Sim terbukti kroni Hamzah
22:05 May 18, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Rasuah RM15 juta: Hamzah mengaku diserbu SPRM Mac 2023, Dato' Stephen Sim terbukti kroni Hamzah

Hamzah tidak mengaku kenal Dato' Stephen Sim sebagai kroni yang terlibat kes rasuah RM15 juta. Namun Hamzah mengaku diserbu SPRM bulan mac lalu susulan kes itu. Dilapor januari, reman februari dan bulan Mei Dato' Stephen Sim didakwa. Apa yang jelas..

 
Sejak pendedahan januari, reman SPRM pada Febuari hinggalah sehinggalah Hamzah diserbu SPRM
dan pendakwaan Dato’ Stephen Sim Choo Thiam pada bulan Mei  

menunjukkan Hamzah ada kaitan dengan Dato’ Stephen Sim Choo Thiam..Gambar pertemuan juga ada

Akhir dalam satu video ucapan Datuk Seri Hamzah Zainudin bekas Menteri KDN dia mengaku pejabatnya di serbu SPRM. Tiada siapa pun tahu malah media menyiarkan mengenai serbuan SPRM ke pejabat Hamzah Zainudin seminggu sebelum puasa iaitu  17 Mac 2023.

Jika media tahu tentu teruk Hamzah diserang oleh persepsi rakyat mengenai serbuan itu. Tetapi Hamzah berjaya menutup media melaporkannya.

Daripada ucapan Hamzah Zainudin itu jelas kronologi serbuan dan siasatan SPRM terhadap Dato’ Stephen Sim Choo Thiam  atau dikenali ‘Butler’ Datuk Seri Hamzah itu sepadan tentang perjalanan kes rasuah mengaitkan Hamzah itu.

 KRONOLOGI KES SIASATAN HAMZAH DAN STEPHEN SIM CHOO THIAM

27 Januari 2023: Skandal Rasuah RM15 juta Dato’ Stephen Sim Choo Thiam ‘Butler’ dan Syed Abu Zafran pau Syarikat Asia Coding Centre didedahkan.

BACA - SPRM Siasat “Butler” Hamzah Zainudin “Pau” duit RM15 juta Syarikat Asia Coding Centre

16 Februari 2023: Dato’ Stephen Sim Choo Thiam dan Syed Abu Zafran direman SPRM kes rasuah RM15 juta

BACA - Rasuah RM15 juta: SPRM reman “Butler” Hamzah Zainudin, Syed Abu Zafran dan MD Asia Coding Centre

Rasuah RM15 juta: SPRM reman “Butler” Hamzah Zainudin, Syed Abu Zafran dan MD Asia Coding Centre

17 Mac 2023 : Seminggu sebelum puasa Hamzah Zainuddin mengaku pejabatnya diserbu SPRM (Rujuk Video). Tentulah ia susulan dari siasatan dan reman Dato’ Stephen Sim Choo Thiam dan Syed Abu Zafran. Tiada yang tahu serbuan ini hanya pengakuan Hamzah mengesahkannya.

10 Mei 2023:  Dato’ Stephen Sim Choo Thiam didakwa di mahkamah satu pertuduhan meminta dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta

BACA- Stephen Sim ‘Butler’ didakwa kes rasuah RM15 juta kaitkan Hamzah Zainudin Bekas Menteri KDN

11 Mei 2023: Hamzah nafi kes rasuah RM15 juta Dato’ Stephen Sim Choo Thiam melibatkannya. Namun pada januari dan februari ketika kecoh siasatan dan reman SPRM Hamzah hanya berdiam diri. Sedangkan pejabatnya diserbu SPRM pada 17 Mac 2023.

BACA- Hamzah nafi rasuah RM15 juta tapi Datuk Stephen Sim digelar 'butler' memang kroni tegarnya di KDN

Hari ini dalam siri ucapannya terhadap kepada penyokong Perikatan Nasionalnya beliau menggunakan modal tiada kaitan dengan Dato’ Stephen Sim sedangkan semua tahu Stephen Sim merupakan ‘butler’ kesayangan Hamzah Zainuddin.

Sering minum bersama dan hatta berurusan dengan pelbagai pihak berkaitan projek di Kementerian Dalam Negeri.

Dato’ Stephen Sim merupakan kroni Hamzah di KDN. Terdapat bukti-bukti bergambar Hubungan Hamzah dan Dato’Stephen Sim Choo Thiam.

Syed Abu Zafran Syed Ahmad dari Dataprep Holding (Widad Group) yang dipanggil SPRM pun dah mengaku terima wang rasuah daripada Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Hamzah Zainuddin nak nafi apa lagi?

 

1 Comment