Berang dengan Shafie Apdal Bumburing buktikan terlebih dahulu lawan BN
13:03 Mar 15, 2018  |  By SabahKini2
Berang dengan Shafie Apdal Bumburing buktikan terlebih dahulu lawan BN

Kata Bumburing dia terlebih dahulu menjadi pembangkang berbanding Shafie Apdal. Dia siapa?

Benarkah kata Shafie Apdal Wilfred Bumburing tidak pernah melawan BN?

Bumburing Presiden PCS berang dituduh Shafie tidak pernah melawan BN malah bersekongkol dengan BN. Jika disemak pada tahun 2008 ketika Bumburing dalam BN sebagai Timbalan Presiden UPKO lagi sudah bersuara mengenai hak anak negeri Sabah terutama hal Kad Pengenalan (IC).

Bumburing pernah menyelar pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menangani nasib seorang wanita Cina-Kadazan berusia 78 tahun, Yong Lee Hua yang diberikan kad pengenalan (IC) merah dengan status pemastautin tetap bila beliau memohon menggantikan IC birunya yang hilang di sebuah pasar raya di Penampang tahun 2018.

Wilfred Bumburing berkata ia sebagai merampas kewarganegaraan daripada seorang bumiputera dan memaksanya menerima status pemastautin tetap. Bumburing juga mengecam uriJPN mengeluarkan IC yang meragukan kepada imigran haram menerusi Deklarasi Berkanun palsu.

“Tindakan ini oleh JPN melanggar hak asasi warga Malaysia di Sabah dan jika ia tidak diperbetulkan, UPKO mesti mengkaji dengan serius kedudukannya dalam Barisan,” kata Bumburing, ketika Ahli Parlimen Tuaran.

Wawancara Ketua Editor Sabahkini

Pada 16 Disember 2010 Bumburing telah menyampaikan Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files’ kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri. Satu Wawancara Bumburing dengan Ketua Editor Sabahkini.net pertama iaitu arwah Mutalib M.D di Bangunan Parlimen Malaysia turut dilakukan.

Pada Julai 2012 Wilfred Bumburing secara rasmi mengisytihar keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekaligus  melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat menawan Sabah dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Pada tahun 2013 ketika Panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan Wilfred Mojilip Bumburing muncul ahli politik kedua mencadangkan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah supaya kad pengenalan (IC) ditarik balik dan yang baru dikeluarkan.  

"Selepas IC ditarik balik (oleh Jabatan Pendaftaran Negara), orang-orang berkenaan perlu memohon semula dengan menggunakan sijil kelahiran mereka yang dapat membuktikan sama ada mereka pribumi Sabah,"

Berbeza dengan Shafie Apdal bantu untuk RCI melalui KKLW

Selepas bergabung dalam Parti tempatan melalui Gabungan Sabah (GS) dan tidak sehaluan, Bumburing pada 28 April 2017 mengumumkan Parti Cinta Sabah (PCS) keluar daripada Gabungan Sabah (USA) dan mengadakan pakatan dengan Pakatan Harapan bersama Parti Warisan. Bumburing mengecam gabungan itu sebagai Mesra BN.

Jadi Bumburing menyifatkan serangan Shafie Apdal Presiden Warisan sebagai satu tikam belakang terhadap kerjasama Warisan dengan PCS. 

Bumburing Presiden Parti Cinta Sabah turut mendedahkan bukti video ceramah Datuk Shafie di Kg Kituau Penampang pada 10hb March 2018 lalu.

Amat jelas Shafie Apdal menuduh PCS ada hubungan dengan BN serta berjumpa dengan pemimpin BN seperti Najib.

Bumburing mencabar Shafie Apdal membuktikan di mana dia berjumpa Najib dan orang-orang UMNO. Bumbring turut mendedahkan usaha dia menyerang UMNO dan BN lebih awal berbanding Shafie. Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kabinet pada 28 Julai 2015, digantung UMNO pada 24 Jun 2016 dan keluar parti UMNO pada 4 Julai 2016. Baru saja ambil alih parti pada September 2016.

Katanya dia terlebih dahulu menjadi pembangkang berbanding Shafie Apdal.

Sabahkini2 pernah mendedahkan Bumburing menerima RM 1juta dari Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun Bumburing menafikan dakwaan itu dan akan menyaman portal Sabahkini2

 

 

 

2 Comments