Tidak Benar 1600 Orang Masuk Warisan, baru sekarang datang Kota Marudu- Penduduk
12:03 Mar 26, 2018  |  By SabahKini2
Tidak Benar 1600 Orang Masuk Warisan, baru sekarang datang Kota Marudu- Penduduk

"Dia cakap kosong saja, datang waktu hujan, umpan rakyat dengan kata-kata bohong tapi lupa beliau dulu Menteri KKLW. Ada projek KKLW projek elektrik siap zaman dia menteri api pun tak ada"

KOTA MARUDU: Portal FMT melaporkan lebih 1,600 orang yang kebanyakannya dari Umno dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menyerahkan borang permohonan mereka untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Kumpulan itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tambun Laut, Ismail Diman, itu menyerahkan borang mereka kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dalam satu sesi perjumpaan dengan rakyat di sini.

Menurut penduduk di kawasan itu dakwaan itu tidak benar kerana Ismail Diman bukan lagi Pengerusi JKKK Kambung Tambun Luat. Beliau kecewa dan marah lalu berpura-pura membawa penduduk kampung kononnya menyertai Warisan.  Yang masuk sesama ahli parti Warisan sahaja.

Shafie mendakwa tindakan kumpulan itu menunjukkan mereka tidak gembira dengan BN yang kononnya mengabaikan penduduk di kawasan luar bandar sejak parti itu mengambil alih Sabah lebih 20 tahun lalu.

“Di kawasan luar bandar Sabah, rakyat dahagakan perubahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang penduduk kampung bernama Rosman mendakwa Shafie Apdal bekas menteri KKLW itu datang berjanji dengan pelbagai janji namun terlupa beliau sejak 20 tahun lalu adalah Menteri KKLW yang sepatutnya membina projek Jalan, paip air, elektrik dan rumah PPRT.

“Dia cakap kosong saja, datang waktu hujan, umpan rakyat dengan kata-kata bohong tapi lupa beliau dulu Menteri KKLW. Ada projek KKLW projek elektrik siap zaman dia menteri api pun tak ada”. katanya.

Shafie Apdal dalam ucapannya meluahkan rasa simpatinya kepada penduduk kampung.

“Saya simpati dengan anda. Saya faham situasi anda. Apabila Warisan berkuasa, semua ini akan berubah. Saya akan pastikan wakil rakyat saya berkhidmat untuk anda selayaknya.” kata Shafie

Semakan Sabahkini2 mengenai peruntukan KKLW di Sabah menunjukkan jumlah perbelanjaan projek Rancangan Malaysia ke-9 dan ke 10 adalah berjumlah RM14.9 bilion.

Dalam rekod Daerah Kota Marudu hanya menerima peruntukan RM 169.9 juta dengan pelaksanaan 19 projek sahaja.

Kemudian Shafie datang ke kawasan yang beliau tidak pernah datang ketika berkuasa sebagai Menteri dahulu sambil berjanji manis.

Ahli Parlimen Kimanis Dato’ Sri Anifah Aman sebelum ini pernah menyelar Shafie Apdal. Kenapa sekarang baru sibuk melawat kawasan sedangkan ketika berkuasa tak pernah tunjuk muka. Malah banyak projek kawasan tidak pernah dimaklumkan kepada ahli parlimen.

Semua projek diberi peruntukan dilantik kontraktor kroni Shafie Apdal sahaja.

Sabahkini2 sebelum ini pernah melaporkan projek KKLW zaman Shafie yang dilaksana puluhan juta tetapi tidak memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat. Hanya yang untung kroni.

Tidak hairan projek Parlimen seperti Paip, bekalan air, jalan luar bandar, jalan kampung, elektrik, PPRT dan lain-lain lagi tidak siap, menepati spesifikasi serta manfaat kepada rakyat.

Artikel lain [VIDEO] Paip ada air tiada : 5 tahun rakyat derita kerana projek kroni Shafie

(Video Jalan Monyet) Rakyat Derita Shafie Apdal Kroni Kaya Jalan Tenom Rm22.5 Juta

[VIDEO] Angkara Projek Kroni Penduduk Kg Kapulu Tenom Menunggu Dalam Gelap

Untuk rekod Shafie Apdal tidak pernah melepaskan jawatan Menteri peringkat persekutuan sebagaimana dakwaannya tetapi digugurkan dalam kabinet dalam rombakan kabinet pada 2015 yang mana beberapa ahli parlimen Sabah turut digugurkan seperti Ewon Ebin (Menteri Sains) dan Rahim Bakri (Timbalan Menteri Pertahanan).  

Hanya selepas Shafie digantung keahlian dalam UMNO dan Naib Presiden UMNO Shafie membuat keputusan keluar UMNO dan mengambil alih parti Pembangunan Warisan Sabah (kini Warisan). Hari ini Warisan disertai oleh pemimpin-pemimpin yang kecewa.

 

2 Comments