Pemuda Upko selar kerajaan Warisan halalkan pemberian dokumen PTI
14:10 Oct 13, 2018  |  By SabahKini2
Pemuda Upko selar kerajaan Warisan halalkan pemberian dokumen PTI

Sekian lama berdepan dengan masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang sehingga saat ini belum mampu diselesaikan lagi; kini dengan Kerajaan baharu diketuai Warisan jelas ada pihak tertentu menangkuk di air yang jernih, mengambil kesempatan untuk menghalalka

KOTA KINABALU: Pemuda Upko meminta pimpinan parti membawa secara berterusan hal pemberian dokumen kepada warga asing dan juga masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah kepada pimpinan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, kata pemangku ketua pergerakan Kennedy John.

“Sekian lama kita berdepan dengan masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang sehingga saat ini belum mampu diselesaikan lagi; kini dengan Kerajaan baharu diketuai Warisan jelas ada pihak tertentu menangkuk di air yang jernih, mengambil kesempatan untuk menghalalkan pemberian dokumen kepada sesetengah pihak.

“Salah siapakah semuanya ini?” soal Kennedy.

“Kita tidak rela dan kita tidak mahu perkara seumpama ini tidak dibendung dan dibiar berleluasa. Cukup-cukuplah isu ini dimainkan sekian lama, dengan Kerajaan baharu yang ada, kita mohon penyelesaian yang tuntas dan berkesan.

“Kerajaan juga mesti siap siaga dan tegas dalam mematahkan ancaman yang masih wujud dari Selatan Filipina,” katanya dalam ucapan dasar Ketua Pemuda Upko di perasmian serentak Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Pemuda, Upko Wanita dan Upko Komulakan di Ming Garden di sini hari ini.

Menurut Kennedy, kes-kes penculikan yang berlaku menjadi peringatan bahawa masih wujud musuh di luar dan terdapat pihak yang membantu mereka pula dari dalam negara.

“Pemuda menyokong segala usaha supaya tidak lagi berlaku pencerobohan walau seincipun di negara kita. Ini adalah tanah tumpah darah kita dan biar apapun terjadi, kita sanggup berputih tulang hingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan maruah dan kesucian tanah air tercinta ini,” katanya.

Kebimbangan Pemuda Upko itu disuarakan memandangkan terdapat usaha pihak tertentu termasuk dari pemimpin Warisan secara terbuka menggalakkan pemberian dokumen kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI).

[ARTIKEL BERKAITAN PROJEK IC 2.0 - SILA KLIK

(VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan
Selepas dikecam permohonan IMM13 dihentikan serta-merta
Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan
Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing
Projek IC: Menteri Warisan tuduh pembangkang tapi progam Warisan anjur
Kerajaan Warisan janji mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan
Mengapa kaunter JPN dikerah untuk Projek IC?- Dr. Jeffrey
12 Comments