Selepas tular dan mendapat kecaman rakyat akhirnya Menteri Pelancongan dan AJK Pelaksana Majlis Rumah Terbuka Warisan akur mengalah kepada keluarga pengantin untuk menggunakan Dewan Sri Perdana Lahad Datu..
LAHAD DATU - Gara-gara bertembung tarikh majlis rumah terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Silam pada 8 Jun 2019 dengan majlis perkahwinannya, keluarga bakal pengantin 'berebut' dewan dengan AJK Pelaksana Warisan Silam dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Keluarga bakal pengantin yang telah menempah Dewan Majlis Daerah Lahad Datu dua bulan lepas marah kerana perancangannya terganggu apabila pegawai Majlis Daerah menghubunginya memaklumkan Menteri Pelancongan mahu mengadakan majlis terbuka pada tarikh perkahwinan itu.
Melalui ruangan komen di Facebook pemilik akaun yang menggunakan nama Mohamad Saiful Amin abang kepada pengantin berkata dia dan keluarga kelam kabut selepas mendapat tahu pertembungan tarikh dan lokasi tersebut.
"Kad kahwin sudah diedar, facebook event sudah dibuat, kawan-kawan sudah ambil cuti.
"Selepas tu dua minggu sebelum majlis dapat panggilan dari MDLD katanya Yang Berhormat mahu buat majlis di dewan yang sama
“Berlanggarlah tarikh majlis rakyat marhaen yang rendah darjatnya, kalau kad jemputan belum diedar, meja kerusi katering belum ditempah, biar kau mahu ambil itu dewan satu minggu pun kami tak kisah. Takkanlah tak boleh bertolak ansur? Kau wakil rakyat bah. katanya
Luahan Mohamad Saiful ini turut dikongsi oleh facebook MY Lahad Datu yang tular mengenai sikap Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Silam itu.
Bagaimanapun selepas isu dewan itu tular, AJK Pelaksana Majlis Rumah Terbuka Warisan Lya Rosniah telah membuat kenyataan dalam facebook bahawa kes dewan itu selesai.
Katanya kenyataan MY Lahad Datu dan Mohammad Saiful Ami tidak mengetahui perkara sebenar.Tarikh ditentukan oleh AJK Pelaksana dan Menteri Pelancongan hanya mencadangkannya.
"Selepas perbincangan AJK Pelaksana dan berhubung dengan YB Datuk memutuskan menunda majlis terbuka pada 9 Jun 2019. Kepada pemilik akaun mahupun pengantin baru teruskan untuk persediaan majlis perkahwinan dan edaran kad jemputan
YB Datuk menetapkan dia sanggup beri laluan demi kepentingan rakyat" katanya.
Lya Rosniah memberi pesan kepada pihak berkenaan agar jangan membuat sebarang spekulasi di luar pengetahuan kerana ada cara lain menyelesaikan masalah dan bukannya menuding jari.
Walaubagaimanapun Syamsul Amin bakal pengantin lelaki memaklumkan isu dewan selesai setelah Menteri Pelancongan itu bertolak ansur. Syamsul memohon maaf atas hantaran facebook abangnya sebagai bukan berniat menjatuhkan tetapi berkongsi kekecewaan dengan isu yang berlaku. Katanya terima kasih berkongsi masalahnya.
Komen tersebut mendapat respons netizen memuji keberanian Mohamad Saiful Amin menegur sikap Menteri Pelancongan dan AJK Warisannya. Mereka berpendapat jika tidak tular tak mungkin isu ini selesai.
“Buat dulu,kena viral kena kecam baru minta maaf ya”.
Datuk Mohammadin Ketapi Menteri Pelancongan ini memang terkenal denga sikap 'songeh' dan berlagaknya. Netizen boleh membaca isu-isu Menteri Pelancongan sebelum ini di artikel ini.
[ARTIKEL-ARTIKEL BERKAITAN-
1. Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat
2. Lepas 'joli' guna duit rakyat di Singapura, rakaman audio Menteri Pelancongan 'melalut' pula didedah
3. Disiasat SPRM: Menteri Pelancongan 'Shit, Rubbish' tuduh anaknya monopoli projek kementerian
4. Gaji RM64,483, anak isteri 'Joli' di luar negara barang mewah Menteri Pelancongan kata dia miskin
5. Doraemon TM2020: Menteri Pelancongan salahkan bekas KSU sebagai 'memandai'