Seperti Dr Yusof, Adun Kukusan, Kunak pula nafi tinggalkan Warisan
17:10 Oct 19, 2021  |  By SabahKini2
Seperti Dr Yusof,  Adun Kukusan, Kunak pula nafi tinggalkan Warisan

Seperti satu trend penafian dikalangan Adun keluar Warisan namun akhirnya mereka benar-benar mengumumkan keluar parti. Apakah trend ini berterusan? Warisan dilihat goyang. Mereka tak akan bertahan lama sehingga PRN atau PRU nanti

KOTA KINABALU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Warisan (Warisan) meninggalkan parti itu.

Dua ADUN itu ialah ADUN Kukusan Rina Jainal dan ADUN Kunak Norazlinah Arif.

Sabahkini2 sebelum ini melaporkan dari sumber rapat di Kalabakan Adun Kukusan Rina Jainal bakal meninggalkan Warisan kerana amat sukar berkhidmat sebagai adun pembangkang.

[ARTIKEL BERKIATAN- Rina Adun Kukusan bakal keluar Parti Warisan? ]

Bagaimanapun dalam satu kenyataan media Rina menyangkal dan menafikan dakwaan beliau akan meninggalkan Warisan.

"Saya masih lagi bersama Warisan dan akan terus menjadi wakil rakyat di bawah payung Warisan.

"Malah dakwaan kononnya saya keluar parti disebabkan kecewa dengan perjuangan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang semakin hilang arah juga adalah palsu dan bersifat fitnah," katanya

Sebelum ini Adun Sindumin Dr Yusof Yacob turut menafikan keluar parti Warisan namun sebaliknya mengesahkan dirinya keluar parti seminggu selepas itu. Terdapat desas-desus 15 Adun Warisan bakal menyertai Dr Yusof keluar Warisan namun dinafikan Warisan.

Turut menafikan sekali lagi keluar Warisan ialah Adun Kunak Norazlinah yang juga sebelum ini dilaporkan mengadakan pelbagai rundingan dengan pelbagai pihak keluar parti.

Katanya beliau masih kekal berjuang bersama Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Afdal menghormati mandat Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya masih menjadi wakil rakyat di bawah payung Parti Warisan Sabah… dakwaan itu hanya berbentuk propaganda politik sahaja. Katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya.

Bagaimanapun penafian Adun Warisan keluar parti dilihat perkara biasa. Adun Sebatik dan Sindumin juga sebelum ini membuat penafian namun akhirnya mengesahkan keluar parti menyebabkan Shafie Apdal terpaksa membuat sidang media memfitnah adun yang keluar kononnya mendapat habuan jutaan ringgit.

Dr  Yusof mendedahkan Adun Warisan keluar parti kerana Datuk Seri Shafie hanya memberi harapan palsu dan berangan menjadi Perdana Menteri dari fokus kepada rakyat

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie beri harapan palsu kepada YB Warisan, pujuk YB GRS sertai Warisan- Dr Yusof ]

Menjadi persoalan apakah adun-adun Warisan yang membuat penafian ini akhirnya keluar parti? mungkin masa akan menentukannya. 'Pokok tidak bergoyang jika tiada anginnya' kata Firdaus seorang pengguna facebook

 

 

5 Comments