Bukan 'senyap-senyap' Hajiji majukan Sabah dapat lebih perhatian kerajaan pusat
15:06 Jun 01, 2022  |  By SabahKini2
Bukan 'senyap-senyap' Hajiji majukan Sabah dapat lebih perhatian kerajaan pusat

GPS & GRS saling berbeza membuat tuntutan terhadap Kerajaan Pusat walaupun matlamatnya sama demi hak Sabah & Sarawak. Hajiji menggunakan kebijaksanaannya berunding dengan kerajaan pusat menunaikan tuntutan Kerajaan Sabah. Bukan senyap-senyap lagi...

By: Awang Batatar

Ketika Sarawak ke depan mahu menunjukkan apa yang dia mampu lakukan berbanding Sabah, Ketua pembangkang Sarawak Wong Soon Koh mencabar Premier Abang Johari Openg mendedahkan sama ada negeri itu akan menerima kenaikan geran khasnya seperti yang diperoleh Sabah daripada Putrajaya.

Wong Soon Koh  Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang juga bekas Menteri Sarawak itu mengemukakan pertanyaan itu dalam sidang DUN baru-baru ini.

“Bila Sarawak akan dapat layanan dari segi kewangan yang sama, jika bukan lebih baik, daripada kerajaan persekutuan?” katanya?. Wong Soon Koh bekas Menteri Kabinet di Negeri Sarawak antara pemimpin yang lama di  Sarawak tentunya beliau tahu apa yang berlaku di Sarawak.

 

Pada April, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa bayaran tahunan Putrajaya kepada Sabah meningkat lebih empat kali ganda – daripada RM26.7 juta sebelum ini kepada RM125.6 juta tahun ini. Jumlah ini akan meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023 hingga 2026, mengikut kadar yang dipersetujui bersama oleh Putrajaya dan kerajaan Sabah.

Pada masa yang sama, kerajaan persekutuan dan Sabah akan terus berunding mengenai tuntutan negeri sebanyak 40% hasil daripada Sabah dan mengkaji semula geran khas bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. 

Kekerapan Dato' Sri Ismail Sabri Yakob Perdana Menteri sering melawat Sabah membuktikan Kerajaan Pusat memberi perhatian terhadap tuntutan kerajaan negeri. 


Sama ada sejak kerajaan BN, PH, Warisan, PN tuntutan MA63 tidak pernah selesai.
Pendekatan Hajiji, Kerajaan GRS-BN semakin menunjukkan hasil


Cara Sarawak lawan ‘Malaya’

Ada pro dan kontra cara Sarawak membuat segala tuntutan dengan kerajaan pusat. Ketika PH memerintah Kerajaan Pusat, Sarawak dilihat menggunakan semua ruang menentang Kerajaan PH terutama isu-isu hak MA63 malah mencabar kerajaan di mahkamah berhubung isu cukai jualan petroleum. Tekanan Dr Mahathir dan Lim Guan Eng Menteri Kewangan dilihat sering menguntungkan Kerajaan GPS yang menggunakan sentimen ‘Sarawakian’.

Penubuhan syarikat minyak sendiri Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dilaungkan sebagai kejayaan besar Negeri Sarawak. 

Sabah pula ketika PH dan Warisan yang dipimpin oleh Shafie Apdal lebih pro kepada Dr Mahathir sehingga semua janji sebelum berkuasa menuntut MA63 sebagai retorik semata. Lebih sibuk menguruskan dokumentasi rakyat yang tidak punya dokumen kewarganegaraan, ‘Sempornasasi’ dan mengutamakan projek kroni. Ekonomi Sabah menjunam teruk apabila KDNK hanya 0.5% hingga 1.5% sahaja.Sabah tidak sempat bangkit dari pendemik ketika itu.

Sikap Shafie mahu menjadi abang besar kepada Sarawak memakan diri. Kononnya ‘Mahathir di tangannya’ maka Borneo akan menyokongnya. YAB Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg dilihat memenangi jiwa rakyat Sarawak berbanding Shafie di Sabah sehingga tewas teruk dalam PRN Sabah tahun 2020. Shafie yang yakin PRN Sabah menguntungkan Warisan tetapi sebaliknya melingkup!.

Shafie mahu jadi abang besar mencatur Ketua Menteri Sarawak. Tetapi menjadi
sebaliknya. 

Gabungan Parti Sarawak (GPS) bergaya mencatat kemenangan besar 76 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12, sekali gus memberi tamparan hebat ke atas Pakatan Harapan (PH) tahun lalu. DAP hanya menang 2 kerusi sahaja. PKR pula melingkup di Sarawak.

Namun ketika Perikatan Nasional (PN) berkuasa sebagai Kerajaan termasuk hari ini diketuai oleh Dato’ Sri Ismail Sabri cara Sarawak sebelum ini mungkin tidak sesuai lagi. Berperang dengan bekas rakan-rakan sendiri atau bekas kerajaan BN tidak memberi manfaat kerana kebijaksanaan membuat tuntutan menjadi strategi lebiih penting. Bukan tidak boleh keras menegur tapi keutamaan adalah hasil pencapaian. 

Sabah ‘First’ lebih praktikal

Apapun kritikan oleh Pembangkang, Warisan dan sekutunya malah dalam rakan GRS, Hajiji Ketua Menteri tidak goyah sedikitpun. Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) slogan keramat negeri dijadikan bahan ‘troll’ pembangkang tetapi Hajiji tahu Sabah Maju Jaya adalah satu misi perjalanan panjang menuju satu destinasi bersama iaitu membina negeri yang lebih maju dan berjaya. Menghina  'Sabah Maju Jaya' bererti memperlekeh pemimpin terdahulu yang mencipta Slogan Jata Negeri itu. Ia sebuah perancangan dan kerajaan mesti berusaha mencapainya. Tumpuannya tiga bidang utama iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan.

Sabah ‘First’ memperjuangkan kepentingan negeri sebagai keutamaan nombor satu tanpa menghakis kepentingan nasional.

Hajiji mengutamakan ‘Results’ bukan ‘Rhetoric’. Ada yang berkata beliau bekerja ‘senyap-senyap’ hakikatnya Hajiji lebih praktikal. Beliau melakukannya. Jika pegawai  jabatan, agensi dan GLC tidak kompeten beliau akan merombaknya. Beliau juga tidak membatalkan mana-mana projek warisan serta-merta jika ia baik untuk negeri bagi mengelak masalah perundangan sebagaimana kesan pemerintahan Warisan mempunyai saman ratusan juta kepada kerajaan.

Pencapaian Hajiji

Di kala Sarawak megah dengan syarikat petroleum sendiri Sabah sebaliknya menggunakan semula syarikat Petronas yang sudah terbukti untung berbilion setahun dan punya kepakaran. Maka Hajiji dan Kerajaan GRS merintis pencapaian awal dengan peningkatan kuasa, penyertaan dan perkongsian hasil dalam industri minyak dan gas melalui Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan PETRONAS. Ini juga membawa kepada penubuhan syarikat minyak dan gas milik penuh Sabah, dinamakan SMJ Petroleum Sdn Bhd

Menerusi CCA, Sabah akan mempunyai suara, penyertaan dan perkongsian hasil lebih besar dalam industri minyak dan gas Pelan Induk Gas Sabah juga telah dilancarkan pada 4 Jan 2022.

Bukan itu sahaja PETRONAS dan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) April lalu untuk membina kemudahan gas asli cecair (LNG) terapung pertama serta terbesar di Sabah yang dikenali sebagai ZLNG bernilai RM8.8 bilion di Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP).

Sebelum itu PETRONAS telah mula menunaikan komitmen penuh pembayaran Cukai Jualan Negeri (CJN) bermula tahun lalu. CJN gagal dilakukan Warisan sekalipun mencium tangan Dr Mahathir!

Tetapi Hajiji dapat melakukannya. Hasilnya walaupun dengan perintah kawalan pergerakan dan wabak Covid-19, kerajaan Sabah berjaya mencapai rekod pendapatan RM5.4 bilion pada 2021, tertinggi bagi negeri itu sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Tumpuan kerajaan negeri ialah meningkatkan hasil negeri melalui fokus dan ketegasan dalam memastikan semua pihak berkaitan menunaikan komitmen dan mengelakkan ketirisan.

Pegawai dan syarikat yang terlibat dengan salah laku rasuah guna kuasa seperti penipuan Cukai Jualan Negeri (CJN) segera diambil tindakan, diheret ke SPRM dan akan didakwa seperti baru-baru ini apabila kilang-kilang sawit cuba membuat penipuan cukai jualan dengan mengisytihar pendapatan palsu kepada kerajaan negeri. Cukai Jualan Minyak Sawit Mentah menyumbang sebanyak RM810 juta atau 17.2 peratus kepada Sabah. Jika ketirisan dikurangkan mampu mencecah lebih RM1 bilion setahun. 

Dari segi pelaburan Hajiji tidak lama melakukannya sebagai menjadi Ketua Menteri Sabah. Menjadikan Sabah sebuah negeri mesra pelabur telah berjaya meningkatkan kadar kemasukan pelaburan asing dan domestik sekali gus membuka peluang pekerjaan.

Tahun ini Sabah menjangka dapat menarik pelaburan langsung asing (FDI) kira-kira RM25 bilion. Setakat ini lebih RM10 bilion telah diterima di Sabah.

Antara projek yang dimulakan awal adalah kilang pembuatan kerajang tembaga bernilai RM2.3 bilion oleh SK Nexilis Korea Selatanprojek Pembangunan Lok Kawi Resort City bernilai RM7 bilionkilang pemprosesan kelapa bersepadu (Linaco-RM200 juta). Selain itu kilang memproses pasir silika dan menghasilkan panel solar RM2 bilion SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd dan projek penapisan gula, akuakultur bernilai RM235 juta. Semua ini memberi manfaat ratusan ribu pekerjaan  kepada rakyat Sabah.

Perkara yang menyebabkan Sarawak merasa tercabar ialah peningkatan 4.7 kali ganda kadar Pemberian Khas Persekutuan sebagai komitmen awal Kerajaan Persekutuan sehingga formula muktamad diputuskan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna Kerajaan Sabah akan menerima RM125.6 juta bagi tahun 2022, dan amaun akan terus meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026.

Jumlah kenaikan yang diperolehi ini akan terus dikembalikan kepada rakyat melalui pelaksanaan inisiatif baharu iaitu pembinaan 1,500 unit Rumah Mesra SMJ.

Banyak lagi yang telah dicapai oleh Hajiji dan Kerajaan GRS-BN dalam tempoh 2 tahun seperti memperolehi kuasa pengeluaran permit dan lesen bagi kapal dan peralatan penangkapan ikan laut dalam Zon C2 di perairan Sabah; peningkatan pengurusan khazanah hutan dan kelestarian hijau; dan memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu melibatkan pembangunan generasi muda seperti bantuan pendidikan, latihan kepimpinan dan lain-lain lagi.

Ketika pelancaran Gabungan Rakyat Sabah pada 28 Mei lalu Hajiji Ketua Menteri meluahkan rasa hatinya tentang kejayaan Kerajaan GRS-BN itu. Semuanya demi rakyat Sabah. Pastinya ia bukan usaha senyap-senyap memajukan Sabah. 

 

7 Comments