DAP perli Shafie Apdal GAGAL laksana projek infrastruktur di Tenom
17:02 Feb 16, 2018  |  By SabahKini2
DAP perli Shafie Apdal GAGAL laksana projek infrastruktur di Tenom

Projek dibina tetapi tidak berfungsi. Angkara siapa jika tidak bukan Shafie Apdal bekas Menteri KKLW yang kenyangkan Kroni

TENOM: Roketkini melalui laporan Penyelaras DAP Parlimen Tenom, Noorita Sual sebenarnya menyindir segala gerak kerja Shafie Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebelum ini yang gagal melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BEL) di Tenom.

Sabahkini2 sebelum ini telah melaporkan dokumentari Kg Kapulu Tenom Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) – Menunggu Dalam Gelap . Akhirnya projek di Kg Kapulu ini berfungsi selepas 4 tahun terbengkalai gara-gara perundingan KKLW, Sime Darby dan SESB malah skop projek tidak menepati kerja-kerja asal. Lebih RM47 juta dibelanjakan untuk projek ini yang diberi kepada kroni Shafie Apdal.

Malah Projek Bekalan Elektrik di Tenom turut dilaporkan dalam Laporan Jabatan Audit 2016 siri kedua apabila projek bernilai RM2.196 bilion KKLW  gagal menyediakan bekalan elektrik ke rumah-rumah di pedalaman Sabah, dengan banyak isi rumah sama ada tidak menerima bekalan elektrik atau bekalan ke rumah kosong. 

Apa yang berlaku di Kampung Rayoh Melalap Tenom adalah satu lagi masalah di mana terdapat projek BELB yang dibuat di Tenom tetapi masih gagal berfungsi. 

“Penduduk kecewa, lebih setahun tiang-tiang elektrik terpacak di kampung mereka tapi gagal berfungsi,” kata wakil DAP itu.

Namun projek angkara siapa? Kalau tidak bukan Shafie Apdal Presiden Warisan yang tamak projek kepada Kroni. Projek siap tapi bekalan elektrik tiada.

DAP yang berpura-pura menyediakan sistem solar sementara untuk 59 buah rumah di kampung itu hanya satu gimik dan menyindir segala usaha Shafie Apdal Presiden Warisan itu. Berapa lama projek solar kecil itu boleh bertahan? Sedangkan usaha dan tahi yang Shafie Apdal tinggalkan di KKLW untuk projek luar bandar sedang dipulihkan dan dibaiki untuk jangka panjang.

Buktinya ialah beberapa projek BELB seperti di Kg Kapulu Melalap yang Sabahkini2 laporkan kini akan berfungsi semula pada April 2018 sebagaimana ditegaskan oleh Pengurus Kawasan SESB Tenom masalah masalah bekalan elektrik di Kampung Kapulu dan sekitarnya akan bakal selesai tidak lama lagi pada pertengahan April 2018.

Tanya Shafie Apdal Presiden Warisan ketika menjadi Menteri KKLW apa lagi dia buat di Tenom? Semakan di KKLW Shafie membelanjakan lebih RM 122 juta dalam RMK9 dan RMK10 untuk melaksanakan projek Jalan,elektrik, Air dan projek infra yang lain di TENOM. Namun apa jadi?  Tidak hairan projek Parlimen seperti paip (BALB)jalan (JALB) dan elektrik (BELB) siap berjuta untuk kroni tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat

RM14.6B Rakyat Sabah untung atau Shafie kenyang? Tanya Shafie. Mengapa jumlah yang besar itu tetap tidak boleh melaksana projek luar bandar yang sepatutnya. Jika siap pun tidak berfungsi semata-mata mengejar KPI projek siap. Sebab apa? jawapannya kroni. Sebab itu Shafie Apdal disiasat SPRM kerana merompak projek KKLWRM1.5 bilion.

Rakyat mesti membuka mata kehadiran DAP hanya bermusim pada pilihan raya. 5 tahun dahulu di mana DAP?

Comment