Jual Menara KL: SPRM reman Dato’ Abdul Hamid Pengarah Hydroshoppe, Datuk Tan Ser Lay BOD MyCreative Ventures
10:01 Jan 07, 2023  |  By SabahKini2
Jual Menara KL: SPRM reman Dato’ Abdul Hamid Pengarah Hydroshoppe, Datuk Tan Ser Lay BOD MyCreative Ventures

Pengarah Hydroshoppe dan Datuk Tan Ser Lay BOD MyCreative Ventures yang kononnya rapat Menteri didedah SPRM libatkan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada 'orang atasan' ambil alih Menara KL. Agaknya siapa?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd Dato’ Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh untuk siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur.

 
Dato’ Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh bangga selepas berjaya menawan projek Menara KL

 

Seorang lagi ialah Datuk Tan Ser Lay Lembaga Pengarah MyCreative Ventures syarikat di bawah kawalselia Kementerian Komunikasi dan Digital dan Kementerian Kewangan Malaysia beliau sebagai ‘orang tengah’ Hydroshoppe Sdn Bhd kepada pejabat Menteri KKMM dan TM Berhad bagi urusan jual beli saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd ditahan lewat petang Jumaat di Ibu Pejabat SPRM.

 

Datuk Tan Ser Lay orang kuat Menteri..

 

"Seorang lagi suspek pula adalah ahli perniagaan berjawatan pengarah syarikat bertindak sebagai orang tengah dalam urusan pengambilalihan syarikat tersebut bagi pihak orang atasan.

"Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada 'orang atasan' bagi membantu pengambilalihan tersebut," kata sumber SPRM.

SPRM telah menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara KL daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, milik penuh Telekom Malaysia (TM).

Beberapa saksi termasuk pegawai kanan TM, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Kementerian Komunikasi dan Digital serta syarikat-syarikat terlibat telah diambil kenyataan bagi membantu siasatan.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM serbu pegawai KKD,dakwaan TKP UKAS luluskan jual 10 juta saham TM kepada Hydroshoppe wajar disiasat]

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan dua individu terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," tegasnya.

Hari ini di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, Dato’ Abdul Hamid Pengarah Hydroshoppe, Datuk Tan Ser Lay BOD MyCreative Ventures dikenakan reman selama empat hari hingga 10 Januari ini 

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

 
Dato’ Abdul Hamid Shaikh dan Datuk Tan Ser Lay 

Isu persoalan besar bagaimana TM menjual 10 juta saham anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd bakal terjawab selepas tangkapan Dato’ Abdul Hamid Shaikh dan Datuk Tan Ser Lay  ‘orang tengah’ 

Arahan siapa saham itu dijual sebelum pelantikan syarikat konsesi mengendalikan Menara Kuala Lumpur dilantik oleh KKMM dan UKAS?

Terdapat bukti surat telah diminitkan Perdana Menteri Ismail Sabri kepada dua pembida konsesi namun Menteri KKMM Annuar Musa dilaporkan tidak memilih syarikat yang disokong oleh Perdana Menteri.

Apa peranan Dato’ Abdul Hamid Shaikh dan Datuk Tan Ser Lay  ‘Orang tengah’ kepada Menteri KKMM sebelum itu pasti bakal terjawab tidak lama lagi. 

 

 

ARTIKEL LAIN MENGENAI MENARA KL BOLEH DI BACA DI SINI

[27 Disember 2022 - Skandal KL Tower : GF siapa di Syarikat Hydroshoppe? Beli murah Menara KL Sdn Bhd RM3.8 juta dapat saham TM 10 juta!

[27 Disember 2022 - Isu jual Menara KL: Bekas Menteri nafi arah jual, Menteri KKD kata akan siasat 

[30 Disember 2022- SPRM siasat saham TM dijual murah, TM mengaku jual tanpa tender, Annuar Musa kata kuasa UKAS!

[31 Disember 2022 - Skandal Menara KL: TM Berhad dan syarikat ‘Cap Ayam’ Hydroshoppe Sdn Bhd ugut saman fitnah

[1 Januari 2023- [VIDEO] Penyewa premis, pembida persoal kredibiliti Hydroshoppe mengurus Menara KL

 

 

6 Comments