Azis Jamman lupa Warisan 'Melacurkan' Perlembagaan Sabah kerana kemaruk kuasa!
11:02 Feb 01, 2023  |  By SabahKini2
Azis Jamman lupa Warisan 'Melacurkan' Perlembagaan Sabah kerana kemaruk kuasa!

Azis kata mereka tak kemaruk kuasa. Wal hal merekalah kemaruk dari rampasan kuasa mei 2018, kes mahkamah perebutan ketua menteri, bubar dun 2020 dan kini 'Langkah Kinabalu'. Warisan lebih awal 'melacurkan' Perlembagaan Sabah

By Awang Batatar

Berang dengan dakwaan PBS, Parti Warisan Sabah (Warisan) meminta presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili supaya membetulkan andaiannya bahawa  Warisan "kemaruk kuasa". 

Ketua Penerangan Warisan mengulangi cara sombongnya seperti kempen PRU15 kalau dia jadi Menteri KDN akan ambil tindakan ugut kepada pegawai menentangnya. Namun kali ini Datuk Mohd Azis Jamman berkata sekiranya Warisan kemaruk atau gila kuasa dan membelakangkan prinsip, presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal "mungkin masih lagi Ketua Menteri hari ini".

Itu kalau.. hanya orang bodoh bercerita kalau.. dan Azis pun kalau menang hakikatnya dia kalah di Sepanggar. Itu semuanya kalau.. dan sekarang Warisan parti kalah.

Katanya, jika ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Warisan boleh menyertai kerajaan PN pada waktu itu dan seterusnya sokong Datuk Seri Ismail Sabri bagi memastikan Shafie kekal berkuasa. ITU JUGA KALAU... Nampaknya kalau buatkan Azis Jamman jadi bodoh. 

Apa dia fikir parti-parti menang PRN Sabah bodoh macam Shafie dan Warisan? Nak beri Warisan Ketua Menteri Sabah. Rakyat dah rasa 26 bulan sengsara dengan politik drakonian ‘Sempornarian’. Pejabat Kerajaan Negeri Menara Kinabalu menjadi pasar kepada 'Kaum Pilak' yang bangga dengan Warisan. Hancur negeri.

 

Rakyat Sabah tak lupa drakonian Sempornarian

Bukankah benar Warisan memang kemaruk kuasa? Mengambil kesempatan atas masalah rumah tangga orang lain. Kalau tak Warisan melayan mana jadinya episod kedua rampasan kuasanya sejak Mei 2018. Warisan tak pernah menang PRU atau PRN pun. Mereka hanya berjaya melalui rampasan kuasa melalui pembelian wakil rakyat BN. Ini fakta yang tak boleh dipadam sampai hari kiamat.

Jadi dakwaan Warisan memilih mempertahankan prinsip bukan parti katak tu hanya temberang kerana terbukti sejak mei 2018 hinggalah percubaan ‘Langkah Kinabalu’ Warisan dalang persekongkolan ini. Minta dengan Anwar PM tak dapat, jadi Menteri Persekutuan pun tak dapat maka merampas kali kedua adalah pilihan Warisan. Ini prinsip apa?

Dulu lawan Musa Aman ketika perebutan Ketua Menteri dengan hujah Perkara 6 (7) dan 6 (3) menafikan hak Musa Aman sebagai Ketua Menteri. Musa tewas di mahkamah hinggalah mahkamah rayuan. Dan kini Shafie yang kemaruk kuasa cuba menggunakan hujah sama yang digunakan Musa mengatakan Hajiji Mohd Noor tiada kuasa majoriti dan ketua parti dalam Perlembagaan Sabah maka tidak layak lagi menjadi Ketua Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Langkah Pai Ulung' Hipokritnya Shafie Apdal guna alasan Perkara 6(7) gulingkan Hajiji ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu Ketua Menteri: Polemik perkara 6 (7) dan Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sabah

'Langkah Pai Ulung' Hipokritnya Shafie Apdal guna alasan Perkara 6(7) gulingkan Hajiji

Hakikatnya Shafie dan Warisanlah yang melacurkan Perlembagaan Sabah sejak Mei 2018! Bila ada kuasa untung dia guna bila tiada kuasa tak menguntungkan dia kata ini sangat buruk melanggar Perlembagaan Sabah. Ini apa? Ini babi dan Fuck up!

Azis Jamman Warisan marah Adun Warisan dibeli dan lompat tetapi dia lupa apa dia buat Mei 2018 dan semasa menjadi Ketua Menteri. Kemudian dia marah bila adunnya keluar ikut Musa sehingga terpaksa bubar DUN. Dan sekarang dia marah lagi bila adunnya mahu keluar menyokong Hajiji Ketua Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Azis Jamman mahu SPRM siasat ‘Katak’ politik tapi lupa insiden Warisan rampas kuasa 12 Mei 2018!]

Warisan lupa dia dulu lapar kuasa dan kini cuba memulakan rampasan kuasa selepas kembali lapar. Politik sentiasa ada karma. Kamu buat orang lain, orang lain akan buat kepada kamu. Itulah apa yang Warisan dapat sekarang. Rakyat juga menolak Warisan dalam PRU-15 hanya menang 3 kerusi itupun majoriti berkurang dan paling teruk timbalan presiden Parti Warisan Darrel Leiking tumbang di Parlimen Penampang.

Hanya satu perkataan politik ekor  ‘Satu Ekor Cina’ habis semua Warisan melingkup di Sabah. 

Soal siapa gabungan GRS bekerjasama atau parti mana itu  hanya isu kerjasama politik bukan bertukar agama pun. Mekanisme untuk menang berkuasa ada macam cara sebagaimana cara bodoh Warisan untuk bertanding solo tanpa PH menganggap dia kuat dan bertanding di Semenanjung. Akhirnya semua melingkup! Di Semenanjung semua hilang deposit di Sabah gugur Azis Jamman dan Darrel Leiking!

Jadi apa Warisan peduli kerjasama PBS, STAR, PAS, BN dan lain-lain itu semua strategi pelbagai parti sebagaimana Warisan merasakan dengan Kerajaan Perpaduan maka Warisan, BN dan PH boleh menjadikannya semula Ketua Menteri Sabah.

Tetapi hakikatnya tak berlaku apabila PM Anwar Ibrahim merestui Hajiji Ketua Menteri dan Adun PH bekerjasama dengan GRS membentuk kerajaan negeri. Apa maksud? Maknanya Anwar tak mahu Shafie Ketua Menteri.

Warisan kata tidak berniat merampas kuasa pemerintahan negeri Sabah kononnya untuk membetulkan masalah perundangan melanggar peruntukan Perlembagaan Negeri Sabah. Habis yang dia langgar pada Mei 2018 bahawa Musa Aman mempunyai majoriti parti terbanyak bagaimana? Warisan jadi banyak kerana rampasan kuasa dan sokongan Adun Sabah saja ketika itu. Ya sokongan Adun terbanyak. 

Azis berkata perlanggaran peruntukan Perlembagaan Sabah akan menjadi kes duluan yang menjadi ikutan (precedent) kepada situasi serupa pada masa akan datang. Hallo dia Warisan dah langgar Mei 2018 dan kes Musa Aman vs Shafie Apdal dan sekarang orang gunakan hujah kemenangan Shafie menafikan isu yang berlaku hari ini.

Apa beza hari ini? Semua adun Sabah sokong Hajiji Ketua Menteri sebagaimana dulu semua Adun sokong dia sebagai Ketua Menteri. Jadi di mana Hajiji Ketua Menteri melanggar Perlembagaan apabila dia mendapat lebih 47 SD menyokongnya kekal Ketua Menteri? Dia Pengerusi GRS iaitu Pengerusi sebuah parti. 

Ini semua tamak kuasa! Tak payah sembang undang-undang kalau Warisan sudah lebih awal melacurkan Perlembagaan Sabah. What you give you gate back lah.

Tindakan UMNO Sabah dan PKDM ‘budak Shafie’ menarik sokongan kepada Hajiji kalau tidak menjadi kalau dalangnya bukan Warisan. Ya masing-masing mahu menjadi Ketua Menteri tapi Warisan kata dia kerusi terbanyak dialah jadi Ketua Menteri. Jadi Azis tak perlu sembang isu kerenggangan GRS dan UMNO kerana ditengahnya ada Warisan mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Pergeseran Hajiji dan Datuk Bung Moktar adalah ruang untuk Warisan merampas kuasa. Tapi jadi medan 'Pai Ulung'!

 

 

13 Comments