SD Bank: Terbongkar Shafie luluskan Sukuk RM10B, lupus RM178 juta hutang CASH Bhd milik Datuk Ambrose Lee, peminjam NPL diberi hutang baru!
00:07 Jul 11, 2024  |  By SabahKini2
SD Bank: Terbongkar Shafie luluskan  Sukuk RM10B, lupus RM178 juta hutang CASH Bhd milik Datuk Ambrose Lee,  peminjam NPL diberi hutang baru!

Bermacam tuduhan isu Sukuk RM900 juta. Rupanya ketika Shafie Ketua Menteri luluskan Sukuk 10b tetapi gagal. Hutang NPL tinggi, lupuskan pula hutang syarikat kroni RM178 juta. Syarikat NPL diberi hutang lagi.

 
Jawapan Masidi Manjun mengenai isu SD Bank

Tuduhan Shafie Apdal berkait SMJE tidak berasas – Masidi

Awal jun lalu Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan beberapa pemimpin UMNO Sabah bermain dengan isu Sabah Development Bank Berhad (SD Bank) dan Sukuk dana SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) seperti skandal 1MDB.

Orang kata jika Shafie Apdal buka mulut pasti akan ‘menampakkan sisi bodohnya’. Buka mulut mengenai Jabatan Air Sabah semua tahu bagaimana teruknya Shafie dan kerajaan Warisan mengendalikan isu air, buka mulut mengenai Pan Borneo berdegar dia lupa punca sebenar tertangguhnya  projek Pan Borneo.  Buka mulut mengenai SFI dialah punca mengapa SFI digulung sehingga pekerja SFI terpaksa tidak bergaji kerana kebodohannya menamatkan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari. Dan sekarang beliau bermain isu hutang SD Bank dan sukuk RM900 juta.

Apa jawapan Masidi?

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dengan tegas menolak tuduhan tidak berasas disebarkan secara dalam talian dan mengelirukan mengenai pemerolehan Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) oleh SMJE dan penyusunan semula pinjaman dengan Sabah Development Bank Berhad (SD Bank).

Menurut Masidi, Pemerolehan SIP oleh SMJ Energy Sdn Bhd dan Penggunaan Sukuk RM900 juta telah pun disahkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada November 2023 diikuti dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah pada 29 Mei 2024 bahawa SIP akan menjimatkan lebih RM60 juta setahun dalam faedah kerana kadar faedah Sukuk lebih rendah berbanding kadar SD Bank.

“Bon tertunggak SD Bank dikurangkan sebanyak RM700 juta, membolehkannya meneruskan operasi terasnya.

“SMJE menerima RM397 juta daripada pemilikan 10% SIP dalam Petronas LNG9 Sdn Bhd (PLNG9), dijangka menjana RM150 juta setahun untuk 13 tahun akan datang.

“Operasi dan aset lain SIP telah menjana RM271 juta dalam pendapatan untuk SMJE sejak pemerolehan tersebut,” katanya

Beliau turut menjelaskan bahawa program Sukuk Wakalah mematuhi kovenan ketat dan prinsip patuh Syariah, membiayai perbelanjaan modal, pembiayaan semula pembiayaan Islam sedia ada, dan menampung perbelanjaan berkaitan.

Masidi berkata, kesan Kewangan dan Ekonomi Kejayaan program Sukuk Wakalah, terlebih langganan sebanyak 3.9 kali, menunjukkan keyakinan pelabur yang kuat, diiktiraf oleh penerbitan The Edge sebagai urus niaga pengumpulan dana bukan IPO terbaik 2023.

“Manakala RAM, sebuah agensi penarafan yang dipercayai, telah memberikan penarafan AAA kepada program ini.

“Pembiayaan semula mengukuhkan lembaran imbangan SD Bank, membolehkan ia membiayai projek pembangunan di Sabah, merangsang pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.

 Tapi Shafie Apdal dan puak benak Warisan tidak menerima penjelasan ini. Dialah kononnya terpaling pandai wal hal jika diselongkar terkena kepada diri sendiri.


Bagaimana dengan isu peminjam Semenanjung?

Masidi menjelaskan tuduhan mengenai kemudahan yang diberikan kepada Semenanjung Malaysia terdapat 20 akaun berjumlah kira-kira RM3.3bil yang dilanjutkan oleh SD Bank kepada peminjam Semenanjung Malaysia sejak tahun 2001, di mana daripada 20 akaun ini, 19 akaun tidak berbayar berjumlah kira-kira RM3.1bil. Sebanyak RM3.2bil kemudahan ke Semenanjung Malaysia telah diluluskan dalam tempoh 2001-2019.

Baki RM100 juta telah diberikan dalam tempoh 2020 – Mei 2024.

Siapa jadi kerajaan pada Mei 2018 hingga September 2020? Semua tahu hutang-hutang SD Bank banyak dilakukan ketika Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.

Apakah tujuan serangan isu SD Bank dan pemimpin politik BN Sabah yang memainkan isu ini untuk menyerang bekas bos mereka Tan Sri Musa Aman? Mengorek kisah hutang syarikat kepada SD Bank pasti akan mengorek Ketua Menteri terdahulu.

Hutang syarikat swasta dan GLC kepada SD Bank adalah hutang sedia ada. Hanya sekarang kerajaan mana yang memulihkan semua hutang-hutang ini. Shafie tidak pernah memulihkan semua hutang-hutang ini.

Apa yang Shafie Apdal lakukan  sebagai Ketua Menteri Sabah menangani hutang SD Bank dulu? Beliau sepatutnya melakukan ketika berkuasa tetapi sebaliknya hampir melingkupkan SD Bank. 

Apa yang pasti tiada pinjaman baharu diberikan oleh SD Bank kepada peminjam Semenanjung Malaysia sejak Kerajaan Negeri GRS sekarang mengambil alih.

Sabahkini2 akan dedahkan satu persatu wajah pembohong Shafie Apdal ketika dia berkuasa dan bagaimana dia menguruskan SD Bank serta melantik seorang CEO Pro Warisan Mohamad Hassanel Jarai yang tak pandai menguruskan bank dan hanya taat membuta tuli kepada Shafie Apdal

Isu – isu SDB Bank

SD Bank tidak pernah surut dengan isu terutama melibatkan pengurusan dan rasuah. Diharap pengurusan SD Bank baharu ini tiada isu pengurusan dan rasuah yang menyebabkan  SD Bank hampir lingkup.

Kemuncaknya 19 Julai 2022 Sunhylla Kaur Kler bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) SDB Asset Management Sdn Bhd anak syarikat kepada Sabah Development Bank Berhad (SDB) bersama Datuk Peter Lim Siong Eng bekas Pengarah Urusan dan CEO Sabah Development Bank Berhad. Mereka menerima rasuah RM24 juta kerana meluluskan pinjaman RM294 juta. Sunhylla Kaur Kler ketika ditangkap merupakan Lembaga Pengarah Asia Digital Engineering Sdn Bhd anak syarikat Capital A (dulu AirAsia).

ARTIKEL BERKAITAN- Bekas CEO SDB, Pengarah anak Syarikat Capital A di reman SPRM rasuah RM24 juta pinjaman RM294 juta!


Sunhylla Kaur Kler dan Datuk Peter Lim Siong Eng

Aduan rasuah mengenai Datuk Peter Lim Siong Eng bukan baharu tahun 2016 beliau pernah disiasat SPRMIsu pinjaman tidak berbayar ini banyak melibatkan arahan kepimpinan terdahulu dan Pengarah Urusan SD Bank serta lembaga pengarahnya

Ada banyak syarikat daripada semenanjung yang membuat pinjaman daripada SD Bank yang diluluskan sebelum dan selepas zaman Tan Sri Musa menggunakan taikun-taikun Sabah sebagai restu kerjasama projek.

Dalam satu kes pemaju yang telah digulung TSA  Land Sdn Bhd yang pernah JV dengan sebuah syarikat senarai awam membuat pinjaman di SDB Bank melebihi RM130 juta mendedahkan mengenai rasuah Datuk Peter Lim Seong Eng. Kedua-duanya mengaku dalam afidavit mahkamah berlakunya rasuah di SD Bank. Perkara mahkamah bukanlah sesuatu yang boleh disorok-sorok rakyat akan tahu juga.

Pengakuan rasuah itu dicatatkan dalam afidavit mahkamah 

."..Pengarah TSA Land Sdn Bhd menyatakan bahawa kebanyakan wang diambil daripada kemudahan Sabah Development Bank Bhd telah digunakan untuk membayar  Pengarah SDB Bank sebagai “KOMISEN dan/atau GRATUITI” bagi kelulusan kemudahan tersebut. Responden Kedua atau SD Bank diletakkan atas beban bukti yang kukuh bagi aktiviti rasuah ini yang telah berlaku dalam SD Bank.Kami juga bertanya sama ada SD Bank telah menjalankan semakan dalaman dan mana-mana pegawai kanan SD Bank telah dikeluarkan atau digantung tugas terutama merujuk kepada Datuk Peter Lim Siong Eng bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SD Bank dan perlu juga diingatkan bahawa beliau melaksanakan dokumen pinjaman dengan SD Bank..." 

 

Media sebelum ini mengumumkan TSA Land Sdn Bhd  pemaju projek MM Residency, terletak di Taman Melawati dan mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM483 juta.

 

 

Apa kesudahan TSA Land Sdn Bhd kita serahkan kepada mahkamah dan siasatan SPRM. Syarikat 'winding up' dan ditabdir oleh Receiver. Prosiding undang-undang terhadap TSA Land dan digulung di Mahkamah Tinggi pada 19 September 2022.

Semua asetnya dinilai untuk membayar hutang. 


TSA Land Sdn Bhd mendapat kelulusan hutang SD Bank pada 5 September 2012 dan kedua 11 Jun 2018 sebulan selepas Kerajaan Warisan memerintah berjumlah RM138 juta. Bagaimana Shafie Apdal membenarkan CEO SD Bank menambah hutang wal hal sebelum ini gagal membayar hutangnya?

Datuk Peter Lim Siong Eng juga telah pernah direman SPRM jadi tentu SPRM lebih maklum.  Tidak diketahui status siasatan SPRM Sabah. Semoga TSA Land membayar hutangnya dengan segala aset yang mereka ada. Mesej yang disampaikan ialah rasuah memang berlaku di SD Bank dan pengurusan baharu SD Bank memang berusaha menyelesaikan semua kutipan hutang dan gejala rasuah dilaporkan kepada SPRM.

 

Tiada pinjaman syarikat Semenanjung tetapi luluskan RM300 juta kepada Air Asia

Pada September 2019 Shafie Apdal berlagak mengarahkan CEO SDB agar menghentikan pinjaman luar tetapi apa berlaku sejak beliau sebagai Ketua Menteri? 

 

Laporan media drama Shafie Apdal

 

Beliau hanya cakap tapi tak serupa bikin kerana sebelum PRN Sabah September tahun 2020 meluluskan pinjaman kepada Air Asia Group Berhad. Kelulusannya secara tiba-tiba walau tahu kedudukan Air Asia diambang muflis. Hutang Airasia ketika itu sangat tidak relevan memandangkan SD Bank juga bergelut ketika itu. Semua artikel itu boleh dibaca di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN- 

2 Oktober 2020- Projek OurFarm Junz Wong lulus pinjaman RM300 juta Bank Sabah selamatkan Air Asia?

29 Oktober 2020- Shafie mengaku selamatkan AirAsia cuma pinjaman RM300 juta SDB rakyat Sabah tidak perlu tahu! 

18 Nov 2020-  Prudent for SDB to loan AirAsia RM300m? 

17 Mac 2021 – Skandal pinjaman 'tak masuk akal' SDB - Air Asia RM300 juta, mana pengesahan SPRM?

 

Namun penemuan terpenting ialah dalang kelulusan pinjaman RM300 juta itu ialah Datuk Ambrose Lee seorang taikun balak dan kroni tegar Shafie Apdal di Sabah. Dulu Yayasan Sabah hampir digadai Shafie Apdal bersama Datuk Ambrose Lee.  Bersekongkol dengan CEO SD Bank  Mohammad Hassanel Jarai hutang Air Asia diluluskan dan hutang lapuk syarikat Datuk Ambrose Lee dilupuskan. 

 27 Oktober 2020 - Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan! 

 

 

Sejak dari dulu hingga Shafie menjadi Ketua Menteri Shafie Apdal dan Datuk Ambrose Lee tidak boleh dipisahkan. Ambrose Lee menjadi pembiaya politik Shafie dan Warisan. Banyak siri projek pelaburan 'scammer' di Sabah di belakangnya adalah Datuk Ambrose Lee. 

 

 

Datuk Ambrose Lee adalah kunci kerosakan kepada Shafie Apdal. Shafie Apdal memberikan keistimewaan kepada Datuk Ambrose Lee khususnya bab hutang di SD Bank.

 

APA SHAFIE APDAL BUAT KEPADA SD BANK DALAM TEMPOH BELIAU KETUA MENTERI (MEI 2018 - SEPT 2020)?

Dua watak penting Shafie Apdal mengurus SD Bank. Pertama Peranan Datuk Ambrose Lee dan kedua pelantikan MOHAMAD HASSANEL JARAI Pengarah Urusan / CEO SD Bank. 

 

Mohd Hassanel Jarai CEO kesayangan Warisan- Lembaga Pengarah ketika itu
memang hanya untuk taat kepada Shafie Apdal

 

Portal ini menyimpulkan  LIMA perkara  bagaimana Shafie Apdal mengurus hutang dan cuba melingkupkan SD Bank. 

 

1) PERTAMA: PINJAMAN TIDAK BERBAYAR  (NPL)

Sejumlah hampir RM200 juta pinjaman yang diberikan kepada empat syarikat dalam tempoh tersebut kini telah menjadi Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) dalam tempoh 2018 hingga 7 September 2020. Syarikat yang membuat pinjaman terdiri daripada syarikat dalam industri petroleum, pertanian, perkilangan dan pembinaan.

Paling tragis pinjaman kepada Sabah Forest Industries Sdn Bhd hampir RM 100 juta bermula 9 Julai 2019. Dua bulan sebelum itu Shafie Apdal menamatkan lesen konsesi Syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar yang menyebabkan SFI diheret ke mahkamah. Akhirnya gaji tidak dibayar. Grant Thornton (GTC) receiver bersekongkal dengan Shafie tidak menunaikan tanggungjawabnya sehingga SFI digulungGTC terbukti bersalah dan dituduh pecah amanah menyeleweng dana 10%  atau RM120 juta wang Syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd. Dikejar syarikat China tetapi SFI berkubur dalam negara.

Persoalan siapa bayar hutang hampir RM200 juta SFI itu sekarang?  Akhirnya RM93.8 juta itu burn begitu saja.

 

2) KEDUA: PINJAMAN DIHAPUS KIRA WALAUPUN MENJADI NPL KURANG 10 TAHUN

Asasnya pinjaman sepatutnya dihapus kira dari buku apabila dianggap tidak dapat dikutip, iaitu semua tindakan pemulihan telah dijalankan atau tidak lagi berbaloi pada masa hadapan, biasanya selepas 10 tahun ia menjadi NPL. 

Pada 29 November 2019, Lembaga atas arahan Shafie Apdal Ketua Menteri meluluskan penghapusan sebanyak 40 "Pinjaman Legasi" berjumlah RM408 juta. Kesannya adalah pengurangan dalam peratusan NPL daripada 16.19% kepada 11.01%.

Semakan juruaudit mendapati, beberapa peminjam telah dihapus kira walaupun menjadi NPL kurang dari 10 tahun. Daripada lima peminjam utama Tahap 3 yang dihapus kira, dua telah dihapus kira dalam masa kurang dari 10 tahun.

Siapakah syarikat hutangnya dihapus kira itu?

CASH Bhd kroni tegar Shafie Apdal- Datuk Ambrose Lee


Untuk rekod Ahli Lembaga Pengarah yang hadir dalam mesyuarat pada 29 November 2019 ialah Datuk Peter Siau (Pengerusi); Datuk Kevin How, Petrus Gimbad, En Mohd Hassanel Jarai (CEO). Sementara Datuk Pg Hassanel bin Pg Mohd Tahir (SUT MOF ketika itu) dilaporkan tidak hadir

Maklumat menunjukkan 5 syarikat senarai awam mendapat manfaat. Semakan menunjukkan Dua syarikat senarai awam sudah dinyah senarai dari Bursa Malaysia. 3 syarikat lagi bertukar nama. Semua syarikat ini di belakangnya taikun perniagaan. Satu syarikat senarai awam ini CONSTRUCTION AND SUPPLIES HOUSE BHD (CASH) diasaskan oleh Datuk Joseph Lee Yok Min @Ambrose Lee.  Lembaga Pengarah CASH ialah Datuk Abdul Mulok, Pius Lee Fu Min, Darmendran Kunaretnam, Juhari Janan dan Looi Tuck Meng. 

 CASH akhirnya diambil oleh Dato' Abdul Aziz bin Sheikh Fadzir sebelum
ditutup dan nyah senarai Bursa Malaysa.


 

CASH meminjam RM178 juta. Namun desakannya kepada Datuk Seri Shafie Apdal agar pinjamannya di lupus atau dihapus kira. Datuk Ambrose Lee meminta CEO SD Bank Mohd Hassanel Jarai membawa dalam lembaga pengarah bagi membatalkan pinjaman itu. Ada banyak anak syarikat CASH. Satu darinya ialah CASH BUILDERS SDN BHD pengarahnya ialah Georgia Suzanne Lingam kesayangan Datuk Ambrose Lee.

 

Pinjaman RM178 juta. Bakinya dalam anak-anak syarikat CASH yang lain


Seperti biasa cara Datuk Ambrose Lee selepas dia membuka sesuatu, menjual dan melingkupkan sebuah syarikat beliau akan ke tempat baru pula.

Datuk Ambrose Lee sekarang ialah Pengarah Urusan dan pemegang saham terbesar Borneo Oil Berhad.  Georgia Suzanne Lingam merupakan Pengarah Eksekutif Borneo Oil Berhad. Sebelum ini mengendalikan Sugarbun destination Centres di Kota Kinabalu milik Datuk Ambrose Lee.


Di mana ada Datuk Ambrose Lee disitu ada Georgia Suzanne Lingam

 

 

Bayangkan 40 "Pinjaman Legasi"  hutang dilupuskan. Bagaimana dengan CONSTRUCTION AND SUPPLIES HOUSE BHD (CASH) yang mendapat pinjaman RM178 juta milik Datuk Ambroe Lee ini? Menurut sumber juga 4 syarikat senarai awam itu juga menggunakan Datuk Ambrose Lee untuk melupuskan hutang mereka. Besar kabel Datuk Ambrose Lee ni.

Apakah ini satu cara yang Shafie Apdal nyatakan sebagai terbaik mengatasi hutang SD Bank itu? Apa yang dia bisingkan dan bersemangat dalam Dewan Undangan Negeri dan majlis Keamatan mengenai sukuk dan hutang syarikat SD Bank sebenarnya ialah melupuskan hutang kroni dan kawan baiknya?

 

3) KETIGA: PEMBIAYAAN PINJAMAN BARU YANG SIGNIFIKAN UNTUK MENYEMBUNYIKAN PINJAMAN TIDAK BERBAYAR  (NPL)

A) SYARIKAT 'E'

Dalam sidang DUN Sabah hari ini Datuk Masidi Manjun membongkar perkara ini. Sebuah syarikat 'E' dari Johor Bahru yang ada kaitan dengan pemimpin kanan Negeri Johor. Akaun ini telah disebut dua kali oleh Datuk Seri Shafie Apdal di Dewan Undangan Negeri pada tahun 2024. Dalam dewan tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan CEO SDB (Mohd Hassanel Jarai) pada masa itu untuk membawa peminjam ke mahkamah kerana gagal membayar balik RM500 juta. Beliau berkata bahawa beliau telah mengambil langkah tegas untuk menunjukkan keseriusannya terhadap peminjam NPL di SDB semasa beliau menjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah.

Namun apa yang sebenarnya berlaku?

Peminjam atau syarikat 'E' itu  tidak pernah pun dibawa ke mahkamah. Akaun tersebut berada dalam NPL dan status peminjam sebaliknya telah ditukar daripada NPL kepada Pinjaman Berbayar. Ini dilakukan dengan memberikan Pinjaman Baru sebanyak RM172 juta untuk menampung faedah tertunggak sebanyak RM172 juta pada 23 Ogos 2019. Ogos 2019 ini kerajaan siapa jika bukan Warisan.

Selepas modal sebanyak RM172 juta melalui penciptaan Pinjaman Baru,  syarikat 'E'  kembali menjadi NPL 6 bulan kemudian. Dari rekod, tiada tindakan undang-undang pernah diambil terhadap Syarikat 'E'  antara tahun 2019 hingga 2020. Ini sangat bertentangan dengan apa yang didakwa oleh Shafie di dewan undangan, majlis parti politik dan laman sosial seperti Tiktok.

Tindakan Undang-undang hanya dimulakan oleh Kerajaan GRS di zaman Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri dan Datuk Seri Masidi Menteri Kewangan. 

Tindakan undang-undang telah dimulakan pada Oktober 2023 tetapi ditangguhkan pada Mac 2024 apabila peminjam syarikat 'E' telah mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan pinjaman melalui penjualan baki aset jaminan. Penilaian terkini aset jaminan pada Jun 2024 adalah kira-kira lebih RM300 juta. Sudah tentu cadangan yang dikemukakan bakal di bawa ke Lembaga SD Bank.

Video di atas menjelaskan jawapan Datuk Seri Masidi mengenai isu Syarikat 'E' dari Johor. Bukan saja Syarikat 'E' berstatus NPL tapi ditambah lagi hutang RM172juta!

 

B) SYARIKAT 'M' 

Seperti yang dikatakan sebelum ini Shafie Apdal hanya manis dimulut. Seumpama dia seakan-akan bersikap anti Malaya tetapi sangat sayangkan Tun M yang tidak menunaikan semua kehendak Sabah. Cakap lain buat lain itulah Shafie Apdal.

Hari ini  Shafie Apdal menunjukkan beliau menentang keras SD Bank memberikan pinjaman ke Semenanjung Malaysia dan mendesak kerajaan negeri sekarang  mengambil tindakan tegas untuk memulihkan semua pinjaman dari Semenanjung Malaysia, tetapi hakikatnya semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan Sabah dan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal tidak "melaksanakan apa yang dikatakannya" apabila SYARIKAT M sebagai peminjam terbesar di Semenanjung Malaysia gagal diburu dan digegar. 

Syarikat 'M' merupakan  syarikat pemaju diketuai oleh dua dato' taikun cina Selangor. Dato' S dan Dato' T. Group syarikat ini terlibat dalam pembangunan kediaman, komersial, hospitaliti, institusi pendidikan, dan kemudahan penjagaan kesihatan, Kelab Eksekutif, Pengedar dan perkhidmatan kereta, pedagangan, pergudangan dan logistik. Portfolio hartanahnya digambarkan berjumlah GDV  RM3.8 bilion hingga RM8.8 bilion. Namun semakan menunjukkan syarikat M rugi hampir RM80 juta setiap tahun. Syarikat yang bercakap berbilion telah rugi terkumpul lebih RM300 juta! Mengapa Shafie Apdal terus menyelamatkan dua dato' adik beradik ini? 

Apa yang Shafie Apdal lakukan bersama CEO SD Bank Hassanel kesayangannya? Bukan mengejar peminjam atau tindakan undang-undang. Sebaliknya menarik balik pinjaman dan mengklasifikasikan akaun tersebut sebagai NPL, SD Bank pada 21 Julai 2020 telah mencipta hutang baharu buat Syarikat 'M' untuk menampung jumlah tertunggak lebih RM700 juta untuk Syarikat 'M' dan dijadikan 'penyamar' sebagai Pinjaman Berbayar semula. Ini bukan gali lubang tutup lubang lagi tetapi gali lubang dan terus menggali lubang...

Selain itu, di bawah pengawasannya, SD Bank pada tahun 2020 telah menyerahkan aset jaminan bank yang bernilai kira-kira RM600 juta kepada Syarikat M (peminjam)  tanpa sebarang pembayaran untuk aset tersebut.

Salah siapa? Semua  dilakukan di bawah pengawasan Shafie Apdal sebagai Menteri Kewangan dan Ketua Menteri Sabah apabila beliau sepatutnya dapat menghalangnya dan memulihkan pinjaman terbesar yang diberikan kepada Syarikat 'M' di Semenanjung Malaysia. 

Apakah Dato' S dan Dato' T pemilik syarikat 'M' telah membiayai kempen Shafie Apdal? 

Hakikatnya walaupun status tertunggaknya begitu lama berstatus pinjaman tidak berbayar (NPL) tiada tindakan undang-undang pernah diambil terhadap Syarikat 'M' sehingga November 2023. Pada April 2024, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak injunksi Syarikat 'M' terhadap SD Bank daripada melantik Liquidator & Receiver. Syarikat 'M' telah membuat rayuan terhadap keputusan ini. Mahkamah Tinggi Shah Alam akan membuat keputusan mengenai rayuan Syarikat 'M' pada 12 Julai 2024.

 Apakah keputusannya pada 12 Julai (Esok)? kita tunggu sama-sama. 

4) KEEMPAT: HUTANG TIDAK BERBAYAR (NPL) KEKAL SEHINGGA TEMPOH SHAFIE APDAL KETUA MENTERI & MENTERI KEWANGAN- NPL DILIHAT BERKURANGAN SELEPAS PEMBIAYAAN HUTANG BARU MENYEMBUNYIKAN NPL DAN HAPUS KIRA HUTANG. NAMUN TIADA TINDAKAN TANGANI HUTANG TIDAK BERBAYAR (NPL) UNTUK GLC

Menutup hutang tidak berbayar dan mencipta hutang baru untuk syarikat berhutang dengan SD Bank adalah langkah kebanggaan Shafie Apdal. Perangai lanun asal dapat duit tak kisah kesan di kemudian hari. Maka NPL kekal berterusan namun kelihatan pulih selepas  pelupusan hutang dan menciptakan hutang baru kepada peminjam berstatus NPL. Bencana akan muncul jika hutang yang baru itu tidak dapat dibayar oleh peminjam. ia sudah berlaku sebagaimana huraian di atas. Malah ia menambah hutang peminjam kepada SD Bank. 

Bagaimana hutang tidak berbayar GLC kepada SD Bank? Shafie tidak pernah fokus mengenainya namun Kerajaan GRS berusaha keras menangan hutang syarikat kerajaan kepada SD Bank  NPL GLC berjaya dikurangkan kepada RM700 juta sehingga Mei 2024 berbanding RM2 bilion pada penghujung september 2020.

Kamu fikir Shafie Apdal benar-benar mahu menyelamatkan hutang SIP dan syarikat GLC Sabah kepada SD Bank? Kurang bercakap banyak tapi buat kerja  Datuk Seri Hajiji dan Masidi melakukan penyelesaian hutang GLC Sabah. 

Apa Shafie Apdal buat untuk Syarikat Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) yang dulu lembaga pengarahnya CEO SD Bank Mohd Hassanel Jarai pencinta Warisan?

Hari ini hutang berstatus NPL swasta terus meningkat kesan sejak mei 2018 dari langkah pelupusan hutang dan penciptaan hutang baharu buat peminjam lama. Penyamaran hutang ini akan terus memburukkan kedudukan SD Bank jika peminjam gagal membayar pinjaman. Kesan tindakan Shafie Apdal dan SD Bank di zamannya sedang dihadapi kerajaan hari ini. 

Kamu tidak panas tiba-tiba Shafie Apdal pencetus masalah ini bercakap macam pandai wal hal dialah punca kerosakan semua ini. 

 

5) PELANCARAN SUKUK RM10 BILION OLEH SABAH DEVELOPMENT BANK BERHAD UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG BESAR SABAH INTERNATIONAL PETROLEUM SDN BHD (SIP) KEPADA SD BANK

Sumber maklumat diperolehi menunjukkan dalam Mesyuarat Lembaga SIP pada 13 Januari 2020 yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri- Menteri Kewangan sendiri bersama Mohd Hassanel Jarai (Pengarah SIP dan CEO SD Bank), Lembaga dimaklumkan bahawa jumlah pinjaman tertunggak SIP adalah RM1.949 bilion, di mana RM1.16 bilion kepada SDBank dan RM222 juta lagi kepada Sabah Development Berhad.

Apa berlaku?

Pada Januari 2020, Lembaga Pengarah SD Berhad meluluskan Program Sukuk RM10 bilion yang bertujuan untuk tujuan pembiayaan semula, pemberian pinjaman kepada anak syarikat/syarikat berkaitan/kerajaan negeri Sabah/syarikat yang dikawal negeri atau pelaburan.

RM10 bilion! RM 10 bilion bukan RM900 juta sebagaimana Sukuk dana SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE)  yang Shafie Apdal melalak setiap hari.

Malangnya Sukuk tidak berjalan, tidak mendapat sambutan dan kemudiannya dibatalkan kerana kurang keyakinan pasaran terhadap Sukuk SD Berhad yang dikaitkan dengan kebimbangan serius mengenai penggunaan hasil dan pembayaran balik dana.

Kenapa isu Sukuk RM10 bilion ini tidak pernah didedahkan kepada umum? ini Langkah Sukuk Shafie Apdal! Mengapa Shafie Apdal tidak bercakap dan bangga mengenai Sukuk RM10 bilion ini? Bayangkan jika RM10bilion ini berjaya menarik pelabur membelinya? bukankah Shafie Apdal boleh melalak 'Ini produk saya!'. Tapi hakikatnya tidak berlaku.

Pada Oktober 2023, Lembaga Pengarah SD Berhad meluluskan pembatalan Sukuk. Hanya RM1 juta yang dikeluarkan dan kemudian ditebus balik.

Apa yang dilakukan Shafie Apdal ini  adalah mencipta pinjaman oleh SD Berhad untuk membayar balik pinjaman SIP, yang merupakan apa yang beliau serang Kerajaan Sabah sekarang dalam hal Sukuk SMJE digunakan untuk membayar balik pinjaman SIP dengan SD Bank.

Jadi mengapa Shafie Apdal bising-bising mengenai Sukuk sedangkan ia bagus untuk memulihkan SD Bank?

Cukuplah kegembiraan Shafie dapat menyelamatkan taikun-taikun kaya terutama Datuk Ambrose Lee kroni kesayangannya dengan melupuskan RM178 juta syarikat CONSTRUCTION AND SUPPLIES HOUSE BHD (CASH). Jika mereka disaman dan muflis oleh SD Bank mana mungkin mereka boleh menjadi lembaga pengarah Borneo Oil Berhad. 

Rakyat Sabah lihat sendiri pembohongan Shafie. Jika dia melalak dan bising lagi kita dedah satu persatu secara terperinci semua syarikat yang mendapat manfaat dalam SD Bank.

Sekarang Pengurusan SD Bank sangat praktik bertindak lapor kepada SPRM apa yang salah pengurusan terdahulu sekalipun tidak diumum media. Semua syarikat berhutang diambil tindakan mahkamah tiada lagi tolak ansur. Lu ada hutang lu bayar!

 

11.7.2024

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

136 Comments