Jaujan Naib Presiden Warisan salah guna permit rentas negeri langgar SOP lancar Warisan 'Malaya'
13:07 Jul 18, 2021  |  By SabahKini2
Jaujan Naib Presiden Warisan salah guna permit rentas negeri langgar SOP lancar Warisan 'Malaya'

Pemimpin Warisan Plus sibuk mendakwa pihak lain melanggar SOP tetapi terlupa Naib Presiden Warisan Jaujan Sambakong juga melanggar SOP dan salahguna permit rentas negeri tujuan kecemasan kematian kepada jelajah penubuhan Warisan 'Malaya'

Baru-baru ini Warisan sibuk mendedahkan surat kebenaran khas pengecualian kuarantin rombongan lawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan pegawainya selama 5 hari. Blog dan juga pegawai Warisan bersekongkol mendedahkan surat dengan tujuan menghasut rakyat sekalipun kebenaran itu berasas dan tidak menyalahi SOP.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bocor surat SKN kepada Warisan, Pegawai KPLB Sabah khianat dikenalpasti ]

Namun mereka terlupa Naib Presiden Warisan Datuk Jaujan Sambakong yang juda Adun Sulabayan menyalahgunakan surat kebenaran dan permit merentas negeri kerana kecemasan kematian isteri di Kuala Pilah Negeri Sembilan dengan membuat jelajah Warisan melancarkan penubuhan warisan Semenanjung di Negeri Sembilan dan Kelantan.

Untuk rekod kebenaran rentas negeri dan daerah hanya diberikan atas tujuan kecemasan, kematian dan juga vaksinasi.

23 jun lalu isteri Jaujan bekas Timbalan Ketua Menteri itu, Datin Hjh Rohaya bt Mansor isteri meninggal dunia di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Takziah atas pemergian isterinya

Dalam tempoh itu beliau masih berada di Semenanjung dan mengambil kesempatan pada 9 dan 10 julai lalu mengadakan majlis penerimaan borang keahlian Warisan Negeri Kelantan dan Negeri Sembilan sebagaimana tular dalam laman sosial facebook.

Ia jelas melanggar SOP dengan menyalahgunakan permitnya di Semenanjung untuk program politik. 


Program secara bersemuka, tidak memakai penutup mulut malah terdapat jamuan makan minum

Orang kanan Shafie Apdal Warisan dalam facebook dan aplikasi whatapps Datuk Ismaily Bungsu pada 10 julai lalu memuji usaha itu sebagai pengembangan Warisan di Malaya.  Penyokong Warisan rata-rata mengecam Warisan agar memfokuskan negeri Sabah selain tindakan Naib Presiden itu jelas melanggar SOP

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebelum ini memberi amaran supaya orang ramai jangan sesekali menyalahgunakan permit kebenaran merentas daerah dan negeri selain dari perkara yang yang telah ditetapkan dalam permohonan merentas negeri.

Namun sebaliknya Naib Presiden Warisan itu mengambil kesempatan menyalahgunakan permitnya.

Datuk Jaujan ketika berada di Kuala Pilah sibuk mengarahkan AJKnya memberikan sumbangan di Negeri Sembilan ketika PKP tetapi dalam masa sama beliau dan Presiden Warisan Shafie Apdal mengabaikan bantuan di Semporna. Rakyat Semporna pun tiada bantuan bakul makanan daripada Warisan tetapi Malaya boleh pula diberi.


Langgar SOP tiada 'mask'

Bagi rakyat biasa dan terdapat para Menteri atau wakil rakyat dikompaun melanggar SOP sehingga RM5000. Tak mungkin Datuk Jaujan Sambakong selamat dengan surat rentas negeri yang mungkin di keluarkan SKN serta permit polis Kota Kinabalu. PDRM wajar menyiasat perlanggaran SOP ini.

RAKYAT SEMPORNA MISKIN TETAPI ADA HATI MAHU TOLONG 'MALAYA'

Rakyatnya di Parlimen Semporna miskin dan susah sekalipun Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ahli Parlimen 5 penggal sejak 1995 di Kawasan itu. Tiga dunnya DUN Senalang, Sulabayan dan Bugaya tetap rakyatnya miskin meskipun Shafie pernah menjadi Ketua Menteri Sabah 26 bulan berkuasa dan Datuk Jaujan Timbalan Ketua Menteri.

Apa Shafie, Jaujan buat di Semporna? Rakyat tetap miskin juga. Malah Daerah Semporna dinobat sebagai daerah ‘Shithole’ oleh pelancong antarabangsa pada tahun 2018. Negeri Ketua Menteri ketika itu. 

[ARTIKEL BERKAITAN] Video Antarabangsa nobatkan Semporna Kawasan Shafie sebagai ‘Biggest Shithole’ In Malaysia ]

 

Tidak cukup itu pada tahun 2020 Semporna dinobat juara Kolera di negara ini.

Ketika Warisan hilang kuasa lawatan Ebit Lew mendedahkan lagi betapa miskinnya rakyat Semporna sejak Shafie 5 penggal sebagai MP dan 26 bulan sebagai Ketua Menteri. Isu-isu kontroversi lawatan Ebit Lew hanya memalukan Shafie dan Jaujan sebagai wakil rakyat. Tindakan Ebit Lew mengislamkan kaum Bajau Laut Palaau juga menunjukkan betapa bermasalahnya wakil rakyat Semporna.


Sejak lawatan Ebit Lew itu banyak lagi pendedahan video rakyat miskin rakyat Semporna dipaparkan. Tapi semua ini macam biasa akan kembali seperti biasa. Rakyat susah terus menjalani hidup miskin dan mengharap sumbangan.

Tapi Shafie Ahli Parlimen dan Adun Sulabayan, Jaujan Sambakong bebas bebas bergaya mewah dengan Range Rover di  Semenanjung meninggalkan pengundinya di Semporna. Sibuk berpolitik sehingga jenazah bayi terbiar semalaman pun tidak diketahui oleh Wakil rakyat Semporna. Yang Warisan mahu ialah PRK segera di buat di Parlimen Batu Sapi dan Dun Bugaya.

Bagi Warisan kalau pemimpinya rentas negeri dan langgar SOP tak apa. Mereka semua demi rakyat. Malah mereka balik dari Kuala Lumpur pun mana ada kuarantin 14 hari. Persoalannya siapa beri pemimpin Warisan pelepasan kuarantin 14 hari? SKN juga ke?

 

 

27 Comments