Noraini Perlu Bersihkan KPT: Buang Pengkhianat IKRAM, ABIM, Geng PH di Universiti Awam
04:04 Apr 27, 2020  |  By SabahKini2
Noraini Perlu Bersihkan KPT: Buang Pengkhianat IKRAM, ABIM, Geng PH di Universiti Awam

Selepas beberapa Menteri seperti MOA, MOT, MOHR, MPIC, KWP, KPWPM dan beberapa lagi bertindak kini KPT juga mula bertindak.Selama ini KPT dikuasai IKRAM bermula dari TKP PT, LPU, Naib Canselor & pengurusan UA. Halang pengkhianat. Buang mereka!

Tahniah Menteri Pendidikan Tinggi sudah memulakan langkahnya untuk menstruktur KPT dengan melantik Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak bekas naib Canselor UUM sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu sekaligus menyingkirkan kumpulan IKRAM yang sangat berkuasa di KPT dan Universiti Awam sekarang.

Sekalipun Menteri KPT sedikit terlewat bertindak tetapi belum terlambat untuk mengubah cepat KPT dan Universiti Awam.

Portal Sabahkini2 pernah mendedahkan siapa Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar ‘Geng IKRAM’ sebelum ini yang menjadi dalang kerosakan pentadbiran UPM sehingga adinda Raja Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail itu pun PH singkir sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UPM dengan menggantikan pengikut Anwar Ibrahim totok iaitu Tan Sri Ghauth Jasmon bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM).

Terdesak jawatan NC UPM, tutup kes rasuah, Dr Saleh TKP dalang Pengerusi LPU UPM dipecat Menteri

Tidak diketahui status siasatan kes Dr. Mohd Saleh Jaafar bekas CEO UPM Holdings Sdn. Bhd yang pernah terlibat salahlaku rasuah di UPM. Membuang Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi LPU adalah sebahagian cara menghalang siasatan skandal itu.  

Koleksi artikel Sabahkini2 itu boleh dibaca seperti berikut;

[ARTIKEL BERKAITAN - Terdesak jawatan NC UPM, tutup kes rasuah, Dr Saleh TKP dalang Pengerusi LPU UPM dipecat Menteri

[ARTIKEL BERKAITAN - Terbukti Naib Canselor UPM, Dr Saleh dalang pemecatan Pengerusi LPU tutup kes rasuah UPM Holdings

[ARTIKEL BERKAITAN - PAUPM sahkan UPM Holdings disiasat SPRM serta bantah penamatan kontrak Syed Razlan

[ARTIKEL BERKAITAN - Alumni UPM minta tangguh LPU UPM, Dr Saleh TKP cuba nafi tutup skandal

Dengan pelantikan Dr Mohamed Mustafa itu bermakna Timbalan Ketua Pengarah KPT Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar yang memangku KPPT melobi jawatan itu dapat dihalang.

22 bulan PH memerintah Dr Maszlee selaku Menteri Pendidikan hanya memasukkan kumpulan IKRAM, ABIM dan PH di KPT dan Universiti Awam. Bagaimanapun IKRAM lebih memonopoli kerana Dr. Mohd Saleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi adalah pemimpin IKRAM yang bertindak menyusun semuanya dari dalam. Dana geran penyelidikan habis mereka sapu untuk geng IKRAM Akademia. 

Banyak sangat kontroversi apabila kumpulan IKRAM mula mencatur semua UA memasukkan Pengerusi, Naib Canselor dan pengurusan universiti. Pengerusi LPU dan Naib Canselor mereka tamatkan atau pendekkan kontrak serta-merta. Dr Maszlee ketika itu seolah-olah terpukau dengan nasihat geng IKRAM ini. 

Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) mereka pendekkan kontrak Prof Dr D Kamaruddin D Mudin dan melantik Prof Dr Taufiq Yap Hun Hin sebagai Naib Canselor UMS berkuatkuasa 30 Julai 2019 hingga 2022. Kerajaan Negeri tidak berpuas hati, Pengerusinya KY Mustapa meletak jawatan tanda protes. Dan hari ini Prof Dr Taufiq Yap Hun Hin ini banyak melakukan kesilapan di UMS dengan melantik pegawai serta profesor luar berasaskan perkauman. 

Dr Taufiq merupakan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan dikaitkan dengan kumpulan NGO Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

[ARTIKEL BERKAITAN- Pelantikan Presiden MACMA 'orang kuat' IKRAM sebagai Naib Canselor UMS ditentang Warisan? ]

Pelantikan Presiden MACMA 'orang kuat' IKRAM sebagai Naib Canselor UMS ditentang Warisan?


Di USM pelantikan Prof Faisal Rafiq Mahamd Adikan sebagai naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkuat kuasa 4 Okt 2019 hingga 3 Okt 2022 turut dikaitkan sebagai geng IKRAM. Prof Faisal Rafiq dari UM adalah sahabat Dr Maszlee.

 

Pensyarah kontroversi UUM seperti Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff menggelarkannya fenomena IKRAM ini sebagai ‘Ikramisasi’

[BACA- Awas: Gelombang ‘Ikramisasi’ IPTA di Malaysia ]

Dr Ridhuan Tee menulisnya sebagai ‘Strategi Ikram begitu licik, divide and rule, pecah dan perintah. Masuk dalam UMNO, PAS, ABIM lain-lain organisasi, pecahkan, kemudian perintahkan.’ 

Katanya lantikan-lantikan Ikram ini mesti diputuskan seperti mana kita mahukan putuskan jangkitan COVID19, bagi memastikan ia tidak merebak. 

[BACA- Ikramisasi Ketika Wabak Covid19 Melanda ]

Bagaimanapun Dr Musa Nordin seorang doktor kontroversi yang sering menyerang KKM yang juga ahli IKRAM menafikan IKRAM menguasai jawatan Naib Canselor Universiti Awam tetapi mengaku 1/5 yang dilantik Dr Maszlee atau 6 orang merupakan ahli Ikram yang berdaftar. Siapa enam individu itu? Dan lantikan mereka  dari satu pertubuhan yang sama jelasnya bukan satu kebetulan, ia dirancang. Sebenarnya mereka lebih ramai dari itu termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang memutuskan dasar serta memberi nasihat kepada menteri mengenai Dasar Pendidikan Tinggi Negara. 


Dua bulan lalu ketika Dato' Dr Saleh diumum sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, IKRAM meloncat tinggi dan megah. Semua jawatankuasa pelantikan Naib Canselor dibawah AUKU diselaras oleh Ketua Pengarah.
Nama-nama Pengerusi LPU, Naib Canselor dan pengurusan kanan UA dibuat oleh Ketua Pengarah.
Dana geran juga sapu kepada geng IKRAM. Siapa tak gembira?

Dr Maszlee ketika menjadi Menteri menjadi rosak akibat nasihat IKRAM ini. Isu pengiktirafan UEC misalnya digerakkan oleh Dr Saleh Jaafar sebagai AJK IKRAM Akademia selain Hj Zaid Kamarudin, dulu Timbalan Presiden IKRAM (Presiden JIM) dan Prof. Dr. Omar bin Yaakob Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM.

Pada 14 Julai 2018 IKRAM diarahkan oleh Dr Maszlee menjadi penganjur perbincangan meja bulat mengenai isu pengiktirafan UEC sebagai syarat am kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Jika kerajaan meluluskan UEC sebenarnya adalah diambil dari IKRAM ini.

Iktiraf UEC: Dr Saleh TKP, IKRAM berunding dengan Dong Zong Rasis

10 orang wakil IKRAM hadir dan 16 orang mewakili pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina (Dong Zong, Jiao Zong, LLG Centre, Centre for Malaysian Chinese Studies, KLSCAH dan Gabungan Lembaga-lembaga Sekolah-sekolah Cina Selangor & Kuala Lumpur).

[ARTIKEL BERKAITAN- Iktiraf UEC: Dr Saleh TKP, IKRAM berunding dengan Dong Zong Rasis ]


Bila ABIM, Pendokong Anwar Ibrahim dan budak 'Atok' dapat kuasa

Bagi mengelakkan IKRAM terlalu ketara mereka naikkan geng ABIM atau penyokong Anwar Ibrahim yang pro IKRAM sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti seperti di UPM, UM, Unisza, USIM dan beberapa universiti lagi.

 Siapa tidak kenal Dr Siddig Fadzil bekas Presiden ABIM orang kepercayaan Anwar Ibrahim ini




Dr Nur Manuty bekas Pengerusi PKR Perak dilantik sebagai Pengerusi LPU Unisza. Turut dilantik
Dato' Dr Mohammad Abu Bakar dan Geng PAN

Dr Zaharuddin Abd Rahman yang juga dilantik BOD TH antara yang kuat pertahankan PAN-PH

 



Tengku Azman budak Atok, Nazri Abdullah pula kroni Anwar totok. Toreh keluar darah pun tetap Anwar Ibrahim

 
Siapa tak kenal Tan Sri Halim pengasas Halim Mazmin Berhad budak Atok. Sebut saja apa yang ada di Kedah dan Langkawi bukan miliknya.
Sejak jadi Pengerusi UMT apakah agaknya pencapaian UMT. Manakala Profesor Dato' Dr Aieni Haji Mokhtar ditamatkan kontrak oleh Dr Maszlee kerana dilaporkan mahu digantikan dengan IKRAM namun dikekalkan selepas Dr Mahathir menjadi pemangku Menteri Pendidikan.
Flip Flopnya PH ketika itu

Ingat lagi fitnah Malaysiakini kehadiran Menteri KPT ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini
yang kononnya dibuat bagi menyambut lawatan menteri? UPSI menafikannya. Apakah budak-budak
Mahmood Zuhdi lantikan PH ini terlibat? Mahmood Zuhdi kan lantikan Dr Maszlee dan PH

 Dr Maszlee dan Mahmood Zuhdi


UiTM Shah Alam juga tidak lepas dari kontroversi sejak Dr Maszlee melantik Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Semua jawatan dia sapu termasuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Dagangan Bhd. Lebih kontroversi lagi selepas pelantikan Vivy Yusof pemilik Syarikat Fashion Valet Sdn Bhd anak Dato’ Yusof Jusoh yang dibawa oleh Syed Zainal Abidin. Terbaru Vivy menghina golongan B40 kerana menerima bantuan kerajaan ketika krisis COVID-19. Vivy digesa meletak jawatan namun sehingga kini kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Kontroversi ini boleh dibaca;

[ARTIKEL BERKAITAN- Dato' Yusof Jusoh kroni Anwar 'Pelobi' anaknya Vivy Yusof dilantik Lembaga Pengarah UiTM ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Pecat Vivy Yusof BOD UiTM: Dapat berjuta dana Khazanah Nasional tapi hina rakyat susah dibantu kerajaan ]

Berani bertindak

Kini sudah tiba masanya Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak membantu Dato' Dr. Noraini Ahmad Menteri KPT memulihkan semula kementerian dan membersihkan semua Universiti Awam dari anasir PH yang kotor. Menteri harus berani melakukannya  ketika krisis COVID-19 ini bagi mengurangkan impak mainan persepsi PH.

Tugas pertamanya ialah menyenarai dan menyediakan senarai pendek Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan pengurusan Universiti Awam. Beliau perlu memberi nasihat kepada Menteri KPT untuk menyingkir individu tidak perlu.

Sama ada Dato’ Dr Noraini menjadi bahan PH isu ‘Tiktok’ atau isu PPE ketika lawatannya ke Hospital UiTM, Sungai Buloh bawah KPT baru-baru ini yang pasti Pakatan Harapan sedang berusaha ‘memaszleekan’ dua Menteri iaitu Dr Adham dan Dr Noraini. Sekalipun banyak usaha baik dilakukan oleh dua Menteri baharu itu.

Program lawatan Kerja Menteri ke Universiti Awam, hospital atau pusat perubatan milik universiti, bilik Gerakan COVID-19 24 jam UA, makmal universiti, bantuan makanan pelajar universiti, UA membantu frontliners, peruntukan beratus juta untuk UA, penciptaan PPE oleh UA dan pelbagai lagi adalah gerak kerja di bawah Menteri Pengajian Tinggi perlu dihebahkan berterusan dengan cara menarik. Biasalah PH semua perkara mereka jadikan bahan ‘troll’ politik. 

Bagaimanapun Menteri KPT perlu tegas dan memantau gerak kerja Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi ini. Rekod beliau sebagai Naib Canselor UUM tidaklah sebagus mana namun buat masa ini bagi tujuan pembersihan KPT, Dr Mohamed Mustafa Ishak adalah sesuai dengan sifat beraninya. Jangan beliau pula lebih sudu dari kuah atau KPPT pula nampak macam Menteri KPT. Ini perlu diperhatikan oleh Setiausaha Politik Dato' Dr Noraini dan pegawainya. Perhalusi setiap program seperti 'Tiktok' yang sebenarnya baik tapi cara penyampaian kurang baik atau apa cara medium sekalipun.

Buat pembersihan sekarang ketika COVID-19 melanda. Ini masa terbaik orang sibuk mengenai krisis ini bukan kerana sibuk pemimpin PH dibuang dalam agensi, badan berkanun atau GLC. Pengkhianat jangan biar, jika biar banyak benda bocor bakal digunakan untuk 'memaszleekan' Dato' Dr Noraini Ahmad.


Dato' Dr Noraini Menteri KPT perlu terus bertindak. Kini ada KSU dan juga Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi baharu

 

 

26 Comments