Peter didakwa: Curi Wang RISDA RM15.5 juta, jual tanah rakyat mengapa salahkan PN, UMNO PAS?
00:06 Jun 11, 2020  |  By SabahKini2
Peter didakwa: Curi Wang RISDA RM15.5 juta, jual tanah rakyat mengapa salahkan PN, UMNO PAS?

Sejak didedah 2017, direman SPRM 2018 kemudian Peguam Michael P Ubu lari ke luar negara akhirnya Datuk Peter Anthony didakwa di mahkamah juga. Michael kini berada di negeri Sabah sama ada bakal didakwa atau jadi saksi kes.



Pencuri wang RISDA juga ada maruah! Dia yang curi wang rakyat kemudian salahkan PN, UMNO PAS
Hanya melalui mahkamah Peter boleh membersihkan dirinya. Ia kes lama yang punya bukti kukuh
selepas Michael Ubu kembali ke Sabah

Datuk Peter Anthony selepas dipanggil SPRM sejak semalam membuat naratif baru kepada rakyat kononnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau Kerajaan Pusat sedang membuli dan memberi tekanan kepada kerajaan PH Warisan UPKO Sabah.

Dalam sidang medianya Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu menyeru rakyat Sabah untuk bangkit mempertahankan maruah negeri ini daripada terus menjadi bahan permainan politik PN terutama UMNO.

Tegasnya, beliau sendiri bersedia bergadai nyawa untuk berdepan dengan apa sahaja tekanan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membuktikan bahawa rakyat Sabah tidak lagi mudah diperbodohkan oleh UMNO.

“Apabila sahaja kita tidak bersama dengan PN ini sudah dijangka, ini adalah politik mereka cuba melemahkan semangat kita di Sabah supaya menyertai mereka tetapi saya percaya dengan semangat, maruah, kekuatan yang ada di Sabah, orang-orang Sabah bukan bodoh, orang Sabah ada maruah.

“Malaysia adalah milik kita bersama, Malaysia bukan hak UMNO, PN, Pas tetapi Sabah juga berhak di atas Malaysia bukan hanya UMNO dan Pas sebagai seorang Sabahan walaupun saya Kristian berbangsa Dusun tetapi saya juga Malaysia yang berhak,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan pejabat SPRM Sabah

Yang curi wang rakyat, mahu ambil tanah rakyat ialah Peter mengapa salahkan PN, UMNO dan PAS?

Rakyat Sabah atau sesiapa juga diluar sana harus kembali kepada cerita asas penyelewengan Datuk Peter Anthony dan peguam Michael P Ubu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Datuk Peter, Michael Ubu dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) kerana kes pecah amanah, AMLA dan pencurian wang pendahuluan RM15,545,400 berkaitan cadangan pembelian 2,428 hektar tanah di Tongod sejak 2017 lagi.

Hampir RM155.4 juta lesap jika RISDA yang ketika itu di bawah kuasa Shafie Apdal berjaya melakukan urusan jual tanah itu. Datuk Peter dan Peguamnya Michael P Ubu ketika itu hanya sempat mencuri RM15.5 juta wang deposit 

Bagaimanapun, Risda tidak jadi membeli tanah itu apabila dimaklumkan Pejabat Tanah negeri bahawa status geran tanah yang terletak di Sungai Pinangah dan Sungai Labau itu tidak boleh ditukar kerana ia adalah 'tanah pribumi' atau Tanah Adat (NCR)

Portal Sabahkini2 telah mendedahkan isu ini sejak 9 November 2017. Kerajaan PN tak wujud lagi malah UMNO dan PAS pun masih seteru.

[ARTIKEL BERKAITAN- 9 November 2017:  Pecah amanah lebih RM15 juta dana RISDA SPRM bakal panggil Peter Anthony dan Peguam ]

Malah bekas Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin melaporkan kepada pihak polis Mac tahun 2016.

Kes ini turut mendapat liputan muka hadapan Utusan Malaysia pada 29 Disember 2017 atas tajuk “Kes Jualan Tanah Risda RM15.5 juta: Bekas Menteri disiasat” berdasarkan pendedahan Sabahkini2 ketika itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- 30 Disember 2017: Tahniah Utusan Malaysia lapor skandal rasuah RISDA Shafie dan Peter Anthony]

 Tahniah Utusan Malaysia lapor skandal rasuah RISDA Shafie dan Peter Anthony

Oleh itu apa releven Datuk Peter tiba-tiba menyalahkan PN, UMNO dan PAS pula?

Sendiri curi wang rakyat, mahu rampas tanah rakyat tiba-tiba kini menjadi isu Kerajaan PN membuli kerajaan Warisan.

Peter yang kenyang, Michael Ubu yang mewah dan kini dia didakwa di mahkamah terus berkata ini serangan kepada rakyat Sabah!

Ini merupakan kes rasuah, pecah amanah tentang memasukkan wang RM15.5 juta ke dalam akaun peribadi dan milik syarikat proksi sebelum Michael Persius Ubu tiba-tiba melarikan diri ke luar negara.

Sesiapa saja kerajaan boleh membuka kes atau mendakwanya sama ada kes rasuah atau di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA). Kes boleh NFA, boleh tutup buka tertakluk kepada bukti sedia ada atau terbaru.

Peter kata kes selesai. Sejak bila selesai?  Jika benar telah selesai apa perlunya Peter direman pada januari 2018 dan peguamnya Michael P Ubu melarikan diri sehingga kes ini terpaksa tertangguh? Lawanlah di mahkamah untuk membersihkan diri.

Jika benar tak bersalah Mengapa Michael Ubu melarikan diri sejak 3 Januari 2018?

Jika tidak SPRM membuat pendakwaan sudah pasti PDRM akan menangkap Michael P Ubu kerana ketika PH berkuasa PDRM pada 3 Oktober 2019 mengumumkan 21 Peguam dikehendaki atas dakwaan pecah amanah dan salah guna wang anak guam termasuk Michael P Ubu.

Di Zaman PH berkuasa PDRM juga mengumumkan Michael P Ubu antara 21 Peguam yang dikehendaki
Apakah ini juga dikatakan membuli Kerajaan Negeri?

Michael P Ubu kembali ke Sabah dengan kontroversi baru

Kepulangan Michael Ubu ke Sabah pada 29 April lalu selepas hilang 23 bulan membuka ruang kepada SPRM membuka kes ini. Di mana Michael Ubu kekal misteri bagaimanapun terdapat maklumat menyatakan beliau kini bersama SPRM.

Terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Datuk Peter dan Michael P Ubu sejak 2018 lagi namun kini berjaya direalisasikan dengan kunci penangkapan Michael P Ubu.

Paling mengejutkan penipuan penyelesaian RM18 juta kepada RISDA oleh Peguam keluarga Michael Ubu. Bila dipanggil SPRM dengan terketar menjawab semua ini skrip anak Michael Ubu dan Peter.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Peguam mengaku Michael Ubu kini di Sabah, RM18 juta bayar kepada RISDA satu pembohongan? ]

Apakah Michael Ubu juga akan didakwa atau beliau menjadi saksi utama kes ini akan bakal terjawab.

Datuk Peter mungkin boleh menjawab isu RM15 bilion projek penyelenggaran jalan secara rundingan terus namun bagi kes RISDA beliau amat pasti akan bakal kalah kes ini. 

Oleh itu Datuk Peter perlu menukar naratif kes ini kepada pembulian kerajaan pusat kepada PH Warisan wal hal beliau dalam kes RISDA ini merupakan pencuri sebenar tanah rakyat. Peter perlu menghasut rakyat dan pengikutnya beliau dianiaya wal hal beliau dan Michael P Ubu mencuri wang RISDA RM15.5 juta. 

Kes curi wang rakyat Datuk Peter bukan kes agama atau bangsa. Ia kes manusia tamak kaya raya. Sekalipun pelaku pencurinya adalah Presiden KDM dan Naib Presiden KDM (Michael Ubu) tidak bermakna ia mewakili sikap Kadazan Dusun keseluruhannya.

BACA lagi laporan Sabahkini2;

[ARTIKEL BERKAITAN- 19 JULAI 2019:  Himpunan koleksi laporan boleh didapati 
‘SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony’]

[ARTIKEL BERKAITAN- 2 APRIL 2018: Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 3 OKT 2019: Peguam Menteri Warisan Sabah, Michael P Ubu antara 21 peguam diburu polis kes pecah amanah ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 3 JUN 2020: Michael P Ubu ditangkap, Peter Anthony Menteri Warisan diberi Notis SPRM?]

Rakyat Sabah bukan bodoh. Mereka kenal pencuri wang RISDA yang kenyang kini jadi menteri kononnya kebal pertuduhan. Peter kalau berani mohon bercuti atau letak jawatan sebagaimana mereka desak orang lain. 

 

17 Comments