[VIDEO] 5 Adun UMNO keluar parti, silap Bung bersekongkol Shafie salah langkah guling Hajiji
14:02 Feb 26, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] 5 Adun UMNO keluar parti, silap Bung bersekongkol Shafie salah langkah guling Hajiji

Mengapa Bung marah Adun lompat? Bukankah sebelum ini Salleh, James, Dr Yusof lompat disambut semula oleh Bung. Bung juga bersekongkol Shafie menggulling Hajiji tapi ternyata silap makan diri. Jadi semua ini salah siapa? Demi nak kuasa buat langkah sendiri

 


By Awang Batatar

Tak ramai pemimpin UMNO termasuk Ketua Bahagian di Sabah berani menegur kesilapan dan Langkah Bung Moktar Pengerusi BN/UMNO Sabah itu. Malah UMNO Pusat juga tidak mungkin berbuat demikian menjelang pemilihan UMNO ini.

Mungkin kerana dia selalu menampaknya hubungan akrabnya dengan Presiden UMNO maka semua berandaian semuanya atas arahan Presiden. Hakikatnya Bung juga melakukan banyak kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukannya. Ibarat yang dikejar tak dapat dikendong berciciran. Bung seorang yang gelojoh, gopoh dan tidak cermat dalam mengatur strategi. Penasihatnya menasihatkannya dengan cara yang tidak betul. Duit banyak saja tak guna kalau cara dan strategi tak betul.

Presiden Zahid Hamidi, Ketua Bahagian dan Adun tidak diberi maklumat betul mengenai Langkah Kinabalu yang tempang dan memakan diri. Malah itu tidak perlu pun buat masa ini sehingga PRN seterusnya.

Bung dan gelaran monyet

21 Februari lalu (selasa) Bung Moktar Radin  yang juga Ahli Parlimen BN-Kinabatangan marah-marah di dewan rakyat menyelar lima Adun Umno Sabah yang keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat Sabah (GRS) serta menyamakan tindakan mereka itu seperti monyet.

Ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat, Bung menyalahkan punca Adun berpaling tadah itu kerana undang-undang antilompat parti belum dilaksanakan di Sabah.

“Ada Adun di Sabah ini suka lompat sana lompat sini macam monyet sehingga terlupa (bahawa) sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Asal jadi pengkhianat, dapat jawatan, jadi pengkhianat lompat, jadi menteri walaupun tidak layak (kerana) tidak ada pendidikan.

“Sebab kerajaan negeri tidak memikirkan hala tuju dan masa depan rakyat Sabah. Mereka memikirkan bagaimana mahu mempertahankan kuasa, memperlihatkan kepada orang ramai bahawa GRS kuat,” kata Bung yang juga Pengerusi Umno Sabah.

Lima Adun yang keluar parti itu adalah Yusof Yacob (Sindumin), Jasni Daya (Pantai Dalit), Arsad Bistari (Tempasuk), Hamid Awang (Balung) dan James Ratib (Sugut).

Hanya satu tak lompat dalam kepala Bung, pemimpin yang lompat ke UMNO bukan katak! itu demokrasi.

Mengapa agaknya semua ini berlaku?

Dikala desas-desus kononnya Kerajaan GRS-BN berantakan Bung sejak November tahun lalu, Bung sendiri menafikan kerajaan GRS-BN berpecah dan kekal seperti biasa. Katanya tiada perang. Perkara biasa dalam politik dan sentiasa berjiwa besar. Maka legalah ramai pihak.

 
Sehingga sekitar bulan disember 2022 terdapat desas-desus 4 Adun BN memberikan SD atau Akuan Bersumpah kepada Shafie Apdal Presiden Warisan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Bung juga menafikan dakwaan tentang SD itu sebagai mengarut bagi menggantikan kerajaan yang ditadbir oleh parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kerajaan BN-Parti Warisan (Warisan).

“Merujuk cakap-cakap yang mengatakan ada wakil rakyat atau ADUN BN terlibat dengan usaha menggantikan kerajaan sedia ada, ia adalah palsu dan sengaja disensasikan oleh pihak tertentu.

“BN Sabah menafikan perkara ini dan saya selaku Ketua BN Sabah, kita terus akan berkerjasama dengan GRS untuk mentadbir kerajaan negeri Sabah,” ujar Bung

[ARTIKEL BERKAITAN- 4 Adun BN Sabah dalang SD cubaan tukar kerajaan negeri sokong Shafie Ketua Menteri Sabah Baharu?

[ARTIKEL BERKAITAN- Bung nafi dakwaan ADUN BN dalang SD tukar kerajaan sokong Warisan

Rakyat lega sekali lagi. Itu pada masa itu sebagaimana kata Bung politik ini semua boleh berlaku.

Sehinggalah Bung Moktar dan beberapa pemimpin UMNO menunjukkan wajah mereka untuk menggulingkan Hajiji Ketua Menteri dengan mengumumkan menarik sokongan kepada Hajiji atas alasan Salleh dipecat Pengerusi Qhazanah sedangkan secara terang-terangan Salleh duduk disebelah Bung menggerakkan Langkah Kinabalu itu. Ramai melihat Salleh Said yang menghasut Bung ketika ini. 

Apa pilihan Hajiji ada? Hajiji tidak jatuh sebaliknya mendapat sokongan adun GRS, bebas dan UMNO BN sendiri. Kemelut itu meleret sehingga PM Anwar dan TPM turun ke Sabah menyelesaikan isu tetapi Hajiji mendapat restu oleh PM sebagai Ketua Menteri dan 7 Adun PH menyokong Hajiji. Mengapa agaknya Adun PH tak mahu Bung?Tentu mereka ada alasan sendiri yang sepatutnya Bung faham mesej itu.  Maknanya juga Anwar dan Adun PH pun tak suka Bung Moktar sama ada dia jadi Ketua Menteri atau Shafie Apdal jadi ketua menteri. Tapi Bung masih bercakap 'Game Still On'. 

Hajiji sebaliknya berani merombak kabinet negeri dan memecat Bung Moktar serta beberapa Menteri UMNO/BN dan menggantikannya dengan Datuk Ir Shahelmy sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah III dan Menteri JKR yang baharu. Di JKR pegawai Ir Max Chong yang kaki rasuah tidak pernah dibuang dan kini Shahelmy memindahkannya ke Jabatan Pembentungan. Mudah je.

 44 ADUN sokong Hajiji kekal KM, Bung Moktar kata 'Game still on”

 

Demi kestabilan kerajaan negeri  lima ADUN UMNO Sabah kekal pendirian menyokong Hajiji dan Bung pula tidak sesekali mengiktiraf pelantikan mereka sebagai wakil BN dalam kabinet. Tekanan demi tekanan diberikan sehingga kepada tindakan penggantungan dan pemecatan. Malah Adun dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti.

Hajiji pula terus mengukuhkan kedudukan dengan mengambil alih parti Gagasan Rakyat Sabah yang menjadi teras dalam Gabungan Rakyat Sabah. Gagasan menjadi parti tempatan baru sekaligus menolak hujah-hujah lama membelakangkan Perlembagaan Sabah Perkara 6 (7) yang sering dijadikan alasan oleh Warisan. 

Hajiji sah Presiden Gagasan Rakyat parti tempatan Sabah
Parti Gagasan Rakyat Sabah

 

Belum pun tindakan gantung atau pecat berlaku 5 Adun UMNO telah mengisyhtihar keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). 

Mereka ialah ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob; Datuk James Ratib (Sugut); Datuk Jasni Daya (Pantai Dalit); Datuk Arshad Bistari (Tampasuk) dan Datuk Hamild @ Hamid Awang (Balung).

Selain itu, tiga ADUN yang sebelum ini mengumumkan keluar Parti Warisan (WARISAN) iaitu Mohammad Mohamarin (Banggi); Norazlinah Ariff (Kunak) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) turut menyertai Gagasan Rakyat.

5 Adun Umno Sabah keluar parti sertai Gagasan Rakyat bersama 3 Adun Warisan

 

BN akhirnya hilang 5 Adun. Warisan pula hilang Adun. Jika dua adun atau MP BN iaitu Datuk Ir Shahelmy MP Putatan dan Andi Muhammad Suryady bin Bandy MP Kalabakan diambil tindakan Lembaga Disiplin UMNO kerana laporan engkar arahan Bung maka UMNO BN akan kehilangan dua lagi MP mereka. Jadi UMNO makin kuat di Sabah? 

Apakah ini bagus untuk Presiden UMNO Zahid Hamidi dan Perdana Menteri kerajaan perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Hanya kerana mengikut apa yang Bung mahu maka UMNO hilang semua wakil rakyatnya? Ini bukan situasi 2018 ini tahun 2023 strategi perlu berubah. Bung telah menjadi Pengerusi UMNO BN Sabah selepas PRU 2018 dan kini beliau nampak tidak sesuai lagi memimpin UMNO Sabah. Presiden Zahid mesti berani mengubahnya sebelum UMNO Sabah berkubur.

Presiden UMNO dan Bung akan lebih banyak kehilangan pemimpin UMNO jika perkara ini tidak ditangani. Ini termasuk Datuk Juhari Janan bekas pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri (Zahid Hamidi),  bekas calon BN DUN Kuamut yang juga pemimpin bahagian UMNO Kinabatangan.

Ini termasuk dua orang kuat Bahagian UMNO Kinabatangan iaitu Abu Bakar Gapar bekas Pemimpin Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan N.58 Lamag yang ditamatkan kontrak baru-baru ini dan AJK Pemuda UMNO Kinabatangan, Fazli Kubin mengumumkan keluar UMNO dan menyertai Gagasan Rakyat

Abu Bakar Gapar bekas UPPM Lamag



Retorik lompat parti

Mengapa Bung Moktar marah 5 adunnya keluar? semua itu berpunca dari sikapnya juga. Lompat parti ni hanya retorik. Bukankah sejak tahun 2019 pemimpin seperti Datuk Seri Panglima Salleh Said keruak, Datuk James Ratib, Jamari Jaafar, Dr Yusof Yakub malah pemimpin parti Warisan melompat semula kepada UMNO BN? malah Jamawi Jaafar daripada parti Warisan turut diberi kepercayaan sebagai calon BN di Parlimen Tenom sebagai pilihan Bung Moktar menafikan Datuk Raime Unggi yang tak pernah pun lompat parti.  Apakah lompatan mereka halal untuk UMNO dan lompatan adun UMNO ke parti lain sebagai haram dan katak untuk UMNO BN? Bukankah ini double standard? jika untung dipuji jika rugi dicaci.

 
Kemasukan Dr Yusof, Salleh disambut oleh Bung Moktar

 

Bung melabelkan James dan Yusof sebagai “pelompat bersiri yang melompat ke semua parti politik di negara ini” Tapi mereka melompat ke UMNO semula bukankah Bung sendiri yang menerima dan mempelawanya? Bukan Pengerusi BN Sabah yang lain. Tapi Bung! Maka jika mereka menikam Bung semula mengapa nak marahkan pula? salah siapa? 

Ya Bung dulu Timbalan Ketua Menteri mereka ikut tapi bila tiada jawatan lagi tiada siapa nak ikut melainkan para penyokong sendiri sahaja. Inilah politik yang Bung sebut sebagai 'Politik macam-macam boleh jadi'. 

Hakikatnya langkah Bung dan tindakannya salah menjerat diri sendiri. Dah elok sebagai Timbalan Ketua Menteri orang nombor dua negeri sibuk menjatuhkan orang lain. Bung bertindak terburu-buru tanpa  melihat sokongan semua adun dan ketua bahagian. Beliau dan beberapa penasihatnya melakukan sendiri tapi gagal. Apabila Adun UMNO tak mengikuti arahannya dia marah dan bertindak menghukum Adun-adun itu. Marah kepada ketidakstabilan tetapi melakukan usaha menggulingkan Ketua Menteri melalui pintu belakang.

Mengapa bersekongkol dengan Shafie Warisan yang UMNO sangat dibenci sebelum ini? Ini juga satu lompatan yang tak wajar memakan diri Lompat cara ini pun seperti tupai jatuh ke tanah juga

 

 Nota: Artikel ini dihantar melalui emel

 

58 Comments