Tidak layak pampasan: Peguam Negara, SPRM digesa dakwa kes rasuah Shafie Apdal RM1.5B
16:06 Jun 11, 2023  |  By SabahKini2
Tidak layak pampasan:  Peguam Negara, SPRM digesa dakwa kes rasuah Shafie Apdal RM1.5B

Jika kuda Shafie, Peter Anthony boleh didakwa dan sabit bersalah di mahkamah, selain kes RISDA dengan Michael P Ubu mengapa pula Shafie Apdal tidak boleh dakwa? Shafie hanya dibantu bekas Menteri Warisan (Undang-undang) untuk NFA sebelum ini.

5 Jun lalu Bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh menyarankan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bekas Ketua Menteri perlu diberi pampasan kerana dituduh secara salah kes rasuah tahun 2017. Katanya RM6 bilion peruntukan yang hilang untuk luar pembangunan luar bendar itu perlu dikembalikan.

Melonjak girang penyokong Warisan siaran artikel Harian Ekpres itu.Kononnya Shafie tidak bersalah. Sejak bila Shafie dan Azis zaman dituduh di mahkamah?

Ada dua maksud artikel itu sama ada Harris Salleh tidak tahu pun isu itu atau memang sengaja membangkitkan kembali agar rakyat mengingati isu salahguna kuasa dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion ketika itu yang menyebabkan semua keluarga Shafie Apdal ditahan reman bersama kontraktor kroni. SPRM tidak akan menangkap seseorang tanpa sebab. Sama ada seseorang itu dituduh di mahkamah atau tidak itu hak Peguam Negara ketika itu. Mereka cuma bernasib baik hanya ditahan dan reman SPRM belum dituduh lagi.

Apa yang perlu Harris dan rakyat renung kembali?

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW/KPLB) ketika itu. Sejak 2009 hingga 2015 sebagai menteri sejumlah RM34.8 bilion perbelanjaan pembangunan KKLW di bawah seliaannya. 

Mahu tahu ke mana peruntukan berbilion lesap?

Sabahkini2 sejak beberapa tahun lalu  secara konsisten mendedahkan penyelewengan Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW. Semakan menunjukkan Sabah sahaja dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan RMK10 mendapat peruntukan RM14.6 bilion. Apa Sabah dapat?  Apa Shafie Apdal buat?  Harapkan pagar, tetapi pagar makan padi. Yang kenyang adalah syarikat adik beradik Shafie Apdal dan syarikat kroni. Masalah pembangunan luar bandar sekarang adalah berpunca dari kegagalannya sebagai Menteri KKLW.

Semua kontraktor tahu Shafie Apdal dan Azis Jamman kaki pau. 

 

Ada projek yang dibina seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Elektrik Luar Bandar (BELB), Air Luar Bandar (BALB) dan lain-lain 'asal bikin' untuk komisen bukan keperluan rakyat. Ada projek terbengkalai dan tidak mencapai spesifikasi ditetapkan. Sebab itu tidak hairan projek yang dibina kadang memakan masa bertahun digunakan. Paip ada tapi air tiada, tiang elektrik ada tapi elektrik tiada, Jalan dibina tapi 'Jalan monyet' ke kebun dan bermacam-macam lagi projek RM14.6B itu

Tidak menghairankan Shafie ditahan SPRM kerana penyelewengan RM1.5b KKLW yang menjadi isu tahun 2017. Malah kontrak di Jabatan Air Sabah pun melibatkan kontraktor kroni Shafie Apdal. Sekalipun yang dibicarakan adalah bekas Pengarah Jabatan Air Sabah dan para jurutera air yang mencuri dari duit Kerajaan Negeri dan KKLW. Pegawai JANS hanyalah satu dari elemen itu sedangkan yang meluluskan projek seperti seperti Shafie Apdal berapa banyak dia rembat?


Apa yang rakyat Sabah dapat? yang dapat Shafie, keluarga dan kroni sahaja. 
Sekarang Shafie dan Warisan dua tahun memerintah apa janji dia tunai? 


Laporan projek sedemikian boleh dibaca dalam link portal Sabahkini2.com. Artikel berkaitan;

 Angkara Projek Kroni Penduduk Kg Kapulu Tenom Menunggu Dalam Gelap 

Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

(VIDEO) Paip ada air tiada : 5 tahun rakyat derita kerana projek kroni Shafie 

(VIDEO JALAN MONYET) RAKYAT DERITA SHAFIE APDAL KRONI KAYA JALAN TENOM RM22.5 JUTA

Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

6 tahun tiang elektrik ‘Projek Shafie KKLW’ terpacak Kg Rungus Baru Beluran terus bergelap

RM100 juta lesap projek air Pulau Gaya:Junz Wong patut desak SPRM dedah siasatan kes Shafie Apdal!

 

Laporan  Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

Laporan Audit Negara membuktikan Projek Elektrik KKLW Shafie gagal. Siapa yang kenyang? Kroni yang diadu oleh Tian Chua seperti Ternama Tabah Sdn Bhd, Bumi Handal Sdn Bhd, Usaha Serimas Sdn Bhd, L&L ME Contruction dan Leadshine Sdn Bhd seperti dalam kenyataan Tian Chua mendesak siasatan SPRM.

Kes Rasuah Shafie Apdal dan Peter Anthony

Shafie Apdal sebenarnya hampir didakwa di mahkamah. Kes rasuah Risda RM15.5 juta lesap, Peguam Michael P Ubu proksi Peter Anthony lari ke luar negara namun ditangkap sekembalinya ke Sabah.  Peter Anthony adalah rakan jenayah utama Shafie Apdal. Namun yang hanya didakwa ialah Peter dan Micheal P Ubu. Maknanya Shafie Apdal boleh didakwa!

ARTIKEL BERKAITAN- 

14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti

Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek

Sokong Siasatan SPRM terhadap bekas Menteri KKLW khianati rakyat Sabah

 

 

Apa yang berlaku kepada Shafie Apdal tidak didakwa?

Rakyat mempersoalkan apa jadi kes rasuah RM1.5 bilion  Shafie Apdal? Sabahkini2 pada 28 Ogos 2018 melaporkan penutupan kes rasuah ketika itu adalah konspirasi yang sangat memalukan daripada Peguam Negara Tommy Thomas, Menteri Undang-undang Warisan VK Liew dan KP SPRM legasi Dato’ Sri Shukri Abdull. 

[BACA ARTIKEL - Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM ]

Tutup kes Rasuah Shafie: Kerjasama memalukan Peguam Negara, Menteri Warisan dan SPRM

Datuk VK Liew mengumumkannya sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan ‘kes untuk simpan’ (KUS). Tommy jadi Peguam negara Jun 2018 dan pada bulan itu juga dia telah putuskan bukti tak cukup (bukan tak ada bukti). Tapi tak mahu cari dan nak bebaskan Shafie Apdal.

 

 

Peter Anthony bersalah kes palsukan dokumen UMS dan Kes RISDA bakal dibuka semula?

April lalu Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Warisan Datuk Peter Anthony kerana memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Rayuan kes ini masih berjalan.

Pada 11 Jun 2020, Peter dibicarakan atas lima pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM8.75 juta kes  RISDA antara 2014 dan 2016.

Bagaimanapun pada 9 Ogos 2022 Peter membuat representasi kepada peguam negara melepaskan kesnya. Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu mahkamah, pihaknya menerima representasi Peter. 

Haresh meminta mahkamah untuk melepaskan Peter tanpa dibebaskan daripada keenam-enam pertuduhan. Ini bermakna kes ini masih boleh dibuka.

Menteri Undang-undang JPM, Peguam Negara dan SPRM perlu bersihkan nama buka kes rasuah Shafie semula

Memandangkan Tommy Thomas, VK Liew dan Dato’ Sri Shukri Abdul menutup kes rasuah Shafie sebagai satu konspirasi adalah wajar SPRM di bawah Tan Sri  Azam Baki dan Tan Sri Idrus Peguam Negara sekarang membuka semula kes ini.

Anwar Ibrahim wajar menggunakan pendakwaan mahkamah sebagai tekanan buat Presiden Warisan dan pengikutnya jika Shafie menentang Anwar Ibrahim.

Azam Baki SPRM dan Tan Sri Idrus Harun Peguam Negara perlu membersihkan nama jabatan mereka dari konspirasi ini.

Disarankan Menteri Undang-undang Dato’  Seri Azalina Othman memulakan arahan membuka siasatan dan jika boleh mengumumkannya semula didalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara siasatan kes dibuka semula. Ia memulakan persepsi kes dibuka sebagai mana VK Liew mengumumkan kes ditutup.

Bagaimana Datuk Peter Anthony boleh didakwa bersama Michael Ubu sedangkan arahan dibuat oleh Shafie Apdal selaku Menteri KKLW ketika itu?

Tidak mendakwa Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW

Tan Sri Azam Baki harus harus membuka kes ini kerana ketika di zaman Dato’ Shukri Abdull beliau akur arahan VK Liew tidak mahu mendakwa Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW. Ia keputusan yang sangat memusykilkan. Jika Norhartaty Rahmat perlu dijadikan saksi utama maka Shafie Apdal perlu didakwa dahulu.

Penahanan bekas Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW gred 54 dengan membeku akaun miliknya RM29 juta juga adalah jelas ada berlaku rasuah. Paling tidak Sinkung, Hartaty akan didakwa jika tidak memberi kerjasama.

 

[ARTIKEL BERKAITAN: PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal? ]

‘Money Trail’ yang didedah oleh SPRM kepada The Star pada Oktober 2017 jelas menunjukkan adanya unsur rasuah dan salah guna kuasa oleh Shafie Apdal kerana memberi projek kepada adik atau sekutunya. Dari 23 syarikat 14 dikenal pasti membuat pengakuan memberi wang rasuah kepada Shafie dan adiknya. Shafie kemudianya menyaman The Star agar menarik balik laporannya. Turut mendedahkan laporan SPRM itu ialah portal The MalaysianInsight. 

 

5 Comments