Hipokrasi 6: Anifah persoal ke mana Shafie belanja RM34.8B ketika Menteri KKLW? Ini jawapannya!
11:09 Sep 25, 2020  |  By SabahKini2
Hipokrasi 6: Anifah persoal ke mana Shafie belanja RM34.8B ketika Menteri KKLW? Ini jawapannya!

RM34.8B Ketika Menteri KKLW. RM14B untuk Sabah. Apa Shafie belanjakan? Apa rakyat Sabah dapat? Yang kenyang adik, keluarga dan kroni Shafie. Buktinya Peter, Michael Ubu di dakwa kerana rasuah..

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman sekali lagi mempersoalkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal didakwa gagal bukan sahaja sebagai Ketua Menteri Sabah tetapi juga ketika beliau sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar sejak tahun 2009 hingga 2015 yang menyebabkan kawasan luar bandar Sabah tetap ketinggalan berbanding kawasan bandar.

“Dari tahun 2009 hingga 2015, Datuk Seri Shafie Apdal memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

“Jumlah perbelanjaan pembangunan KKLW sepanjang dia jadi menteri ialah RM34.8 bilion, kedua terbesar selepas Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2012 hingga tahun 2015.

“Saya ingin bertanya kepada beliau, ke mana perginya dana-dana tersebut? Kenapa tidak berbuat apa-apa sepanjang memegang jawatan sebagai Menteri KKLW?

“Yang kita dapat ialah dakwaan penyelewengan dana KKLW oleh Shafie menjadi muka hadapan di setiap akhbar tempatan.

“Saya dapat bayangkan betapa kecewanya rakyat Sabah apabila mereka harapkan pagar, tetapi pagar makan padi,” ujarnya dalam satu hantara di facebook rasminya.

Anifah berkata hari ini Shafie menyalahkan pihak lain apabila kegagalan itu disuarakan terhadapnya.

“Pentadbiran Warisan bukan sahaja gagal dalam membela nasib penduduk luar bandar, mereka juga lemah dalam memastikan penduduk bandar mampu untuk membeli rumah sebagai aset jangka panjang.

“Rumah mampu milik juga telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk Sabah, akan tetapi, pentadbiran Warisan sekali lagi memekakkan telinga dalam mendengar keluhan rakyat,” katanya lagi.

Luahan tidak puas hati netizen kepada Shafie Apdal

26 bulan Shafie dan Kerajaan Warisan berkuasa netizen mempersoalkan pentadbiran Shafie. Ini termasuk pengakuannya melantik orang Semporna di jabatan dan GLC penting berbanding kaum lain di Sabah. 

Begitu banyak kegagalan Warisan termasuk tuntutan royalti 20% yang tidak diluluskan oleh Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi PM 22 bulan lalu.

Mahu tahu ke mana peruntukan berbilion lesap?

Sabahkini2 sejak beberapa tahun lalu secara konsisten mendedahkan penyelewengan Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW. Semakan menunjukkan Sabah sahaja dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan RMK10 mendapat peruntukan RM14.6 bilion. Apa Sabah dapat?  Apa Shafie Apdal buat?  Yang kenyang adalah syarikat adik beradik Shafie Apdal dan syarikat kroni.

Ada projek yang dibina seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Elektrik Luar Bandar (BELB), Air Luar Bandar (BALB) dan lain-lain 'asal bikin' untuk komisen bukan keperluan rakyat. Ada projek terbengkalai dan tidak mencapai spesifikasi ditetapkan. Sebab itu tidak hairan projek yang dibina kadang memakan masa bertahun digunakan. Paip ada tapi air tiada, tiang elektrik ada tapi elektrik tiada, Jalan dibina tapi 'Jalan monyet' ke kebun dan bermacam-macam lagi projek RM14.6B itu

Tidak menghairankan Shafie ditahan SPRM kerana penyelewengan RM1.5b KKLW yang menjadi isu tahun 2017. Malah kontrak di Jabatan Air Sabah pun melibatkan kontraktor kroni Shafie Apdal. 


Apa yang rakyat Sabah dapat? yang dapat Shafie, keluarga dan kroni sahaja. 
Sekarang Shafie dan Warisan dua tahun memerintah apa janji dia tunai? 

Laporan projek sedemikian boleh dibaca dalam link portal Sabahkini2.com. Artikel berkaitan;

 Angkara Projek Kroni Penduduk Kg Kapulu Tenom Menunggu Dalam Gelap 

Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

(VIDEO) Paip ada air tiada : 5 tahun rakyat derita kerana projek kroni Shafie 

(VIDEO JALAN MONYET) RAKYAT DERITA SHAFIE APDAL KRONI KAYA JALAN TENOM RM22.5 JUTA

Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

6 tahun tiang elektrik ‘Projek Shafie KKLW’ terpacak Kg Rungus Baru Beluran terus bergelap

RM100 juta lesap projek air Pulau Gaya:Junz Wong patut desak SPRM dedah siasatan kes Shafie Apdal!

Laporan  Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

Laporan Audit Negara membuktikan Projek Elektrik KKLW Shafie gagal. Siapa yang kenyang? Kroni yang diadu oleh Tian Chua seperti Ternama Tabah Sdn Bhd, Bumi Handal Sdn Bhd, Usaha Serimas Sdn Bhd, L&L ME Contruction dan Leadshine Sdn Bhd seperti dalam kenyataan Tian Chua sebelum ini. SPRM berani ke siasat semula?

Kes Rasuah Shafie Apdal dan Peter Anthony

Bukan itu sahaja kes-kes rasuah Risda apabila RM15.5 juta lesap, Peguam Michael P Ubu proksi Peter Anthony lari ke luar negara, kes KKLW RM1.5b yang ditutup hanya di dalam dewan negara bukan di mahkamah dan banyak lagi. Rakyat boleh membaca semua link artikel itu.

ARTIKEL BERKAITAN

14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti

Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek

Sokong Siasatan SPRM terhadap bekas Menteri KKLW khianati rakyat Sabah

Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA!

RM15.5 Juta dicuri Peter : Peguam Negara benarkan pendakwaan kes RISDA

Tahniah Utusan Malaysia lapor skandal rasuah RISDA Shafie dan Peter Anthony

Skandal curi deposit wang RISDA RM15.5 juta memalukan KDM


Terbukti Sabahkini2 tidak berbohong jauh sekali memfitnah selepas kes rasuah RISDA melibatkan Datuk Peter Anthony dan Michael Ubu peguam yang lari akhirnya didakwa di mahkamah di bawah AMLA dan pecah amanah. Peter juga didakwa menipu dokumen RM42 juta. Ia siri pendedahan yang panjang sejak 2 tahun lalu yang kini didakwa. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter didakwa: Curi Wang RISDA RM15.5 juta, jual tanah rakyat mengapa salahkan PN, UMNO PAS?

[ARTIKEL BERKAITAN-  Peter didakwa palsukan dokumen RM43 juta, dijamin RM50 ribu, sebutan kes 10 September

Peter didakwa palsukan dokumen RM43 juta, dijamin RM50 ribu, sebutan kes 10 September

 

Tuduhan Michael Ubu dan Peter melibatkan transaksi kewangan Syarikat Budiman Juta 


Terbaru Sabahkini2 telah mendedahkan lagi  skandal projek JKR RM1.5 bilion menunjukkan 5 syarikat dilantik secara lantikan terus diberi kontrak RM325 juta sehingga RM500 juta. 

  1. 14 Februari: Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

  2. 19 Februari: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

  3. 22 Februari: Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

  4. 4 Mac: Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?

  5. 3 Sep Mana SPRM? Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B Peter, projek belum laksana bayar dahulu 'pau' dana pilihanraya ]
  6. 20 Sep: Hipokrasi 4: Najib persoal lagi projek RM1.5b belum laksana Warisan Plus sudah bayar jutaan ringgit

Warisan memang terbukti Parti Rasuah. Jika sebelum ini Shafie Apdal direman SPRM kerana rasuah malah Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony sedang melalui banyak kes pendakwaan melibatkan kes AMLA, pecah amanah wang RISDA serta penipuan dokumen tuntutan bayaran kini Timbalan Wira Warisan Semporna yang juga bekas setiausaha sulit kanan menteri pelancongan, seni dan budaya Datuk Mohammadin baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada syarikat yang mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah MOTAC. 

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 29, anak bekas kepada Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah (Anak Saudara) mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad. Bukan itu sahaja Hisham menerima lagi 6 pertuduhan baru kes rasuah. Nampaknya pemimpin Warisan atau keluarga Shafie semua kaya raya. Tapi rakyat miskin.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan Parti Rasuah: Hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tapi hidup mewah bersama tunang, rembat RM3.1 juta

[ARTIKEL BERKAITAN-  Anak Bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal didakwa rasuah lagi RM106,500 ]

1 Comment