[VIDEO] Shafie pilih adiknya Yusof Apdal calon Parlimen Lahad Datu punya wang berjuta hasil projek KKLW!
18:11 Nov 11, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Shafie pilih adiknya Yusof Apdal calon Parlimen Lahad Datu punya wang berjuta hasil projek KKLW!

PRN Sabah Yusof hampir calon namun ditentang pemimpin Warisan Lahad Datu. Kini PRU15 Yusof terpilih kerana Shafie tahu adiknya mempunyai wang berjuta membiayai kempen. Yusof jutawan hasil projek KKLW yang menyebabkan mereka ditahan SPRM kes RM1.5b

PRU-15 kali  ini Warisan bertanding 25 kerusi di Sabah dan 27 kerusi di Semenanjung. Warisan mahu menjadi 'King Maker' kononnya kerajaan yang bakal memerintah nanti tidak mempunyai cukup kerusi majoriti maka Warisanlah menjadi pilihan sekutu itu. Namun ramalan pelbagai pihak Warisan mungkin hanya akan mampu perolehi kerusi 6 hingga 7 sahaja berdasarkan keadaaan sekarang.

Shafie Presiden Warisan juga tiada pilihan kerana terpaksa membawa adiknya Datuk Yusof Apdal di Parlimen Lahad Datu dan Dato' Azis Jamman di Sepanggar. Kedua-duanya orang luar dari Semporna namun bertapak di negeri lain. Dia perlu memilih adik dan anak buahnya kerana adik-adiknya memiliki dana berjuta hasil projek KKLW dan ketika sebagai Ketua Menteri Sabah sebelum ini. 

Sangat ironik kerana Shafie, Warisan dan penyokongnya berkata pemimpin yang pernah disiasat SPRM tidak wajar diberi kerusi bertanding namun bagi dirinya dan keluarga bukan satu masalah. Jika Peter Anthony bekas Naib Presiden Warisan itu tidak keluar parti menyerti KDM pastinya Warisan seperti juga Zahid Hamidi, Lim Guan Eng dan Syed Saddiq terus berdepan dengan kes mahkamah.

Namun orang Semporna harus sedar mengapa mereka memilih adik Shafie Apdal? Sedangkan sejak dia jadi Adun dan kini bertanding Ahli Parlimen rakyat Lahad Datu kekal miskin di bawah Warisan tetapi pemimpin Warisan termasuk Datuk Yusof kaya raya hasil duit sapu. Bagi generasi pengundi baru wajar mereka tahu bahawa Datuk Yusof Apdal pernah bersekongkol mencuri duit rakyat di KKLW yang disiasat SPRM berjumlah RM1.5 bilion. 

Pengundi muda Lahad Datu wajar tahu ke mana peruntukan berbilion lesap disapu Yusof Apdal dan keluarganya?

Sabahkini2 sejak beberapa tahun lalu secara konsisten mendedahkan penyelewengan Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW. Di Sabah sahaja dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan RMK10 mendapat peruntukan RM14.6 bilion. Apa Sabah dapat?  Apa Shafie Apdal buat?  Yang kenyang adalah syarikat adik beradik Shafie Apdal dan syarikat kroni.

Ada projek yang dibina seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Elektrik Luar Bandar (BELB), Air Luar Bandar (BALB) dan lain-lain 'asal bikin' untuk komisen bukan keperluan rakyat. Ada projek terbengkalai dan tidak mencapai spesifikasi ditetapkan. Sebab itu tidak hairan projek yang dibina kadang memakan masa bertahun digunakan. Paip ada tapi air tiada, tiang elektrik ada tapi elektrik tiada, Jalan dibina tapi 'Jalan monyet' ke kebun dan bermacam-macam lagi projek RM14.6B itu

Tidak menghairankan Shafie ditahan SPRM kerana penyelewengan RM1.5b KKLW yang menjadi isu tahun 2017. Malah kontrak di Jabatan Air Sabah pun melibatkan kontraktor kroni Shafie Apdal. 


Apa yang rakyat Sabah dapat? yang dapat Shafie, keluarga dan kroni sahaja. 
Sekarang Shafie dan Warisan dua tahun memerintah apa janji dia tunai? 

Syarikat Yusof Apdal dan adik -beradik disiasat SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 14 syarikat Sabah disyaki terlibat menyeleweng dana kerajaan RM48 juta. Akhbar The Star yang memetik sumber melaporkan pegawai SPRM menyiasat aliran dana sepanjang lebih tujuh tahun melalui laman sesawang syarikat yang rumit. Jumlah berkenaan adalah sebahagian dana RM1.5 bilion yang disalah guna sedang disiasat SPRM.

'MONEY TRAIL': RM 48 JUTA DUIT SHAFIE APDAL DITEMUI, 14 SYARIKAT MENGAKU BERI DUIT KEPADA ADIKNYA

 [ARTIKEL BERKAITAN- 14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti

 
SPRM dikatakan telah menjejak wang RM48 juta dari 14 syarikat yang yang dikawal oleh adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof, Hamid Apdal dan beberapa kontraktor proksi Shafie Apdal. 9 lagi masih disiasat. SPRM juga telah membekukan RM180 juta akaun dari beberapa syarikat dan individu. 
 The Star dan The MalaysianInsight turut melaporkan berita 14 syarikat ini. 
 
Shafie Apdal selaku menteri mempunyai ramai 'player' yang boleh diarahkannya untuk menguruskan dana projek. Proksi dikalangan kontraktor juga ramai. Bagaimanapun dikenal pasti ialah Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal dan Datuk Peter Anthony. Kontraktor utama akan berjumpa adik Shafie Apdal membawa 10 syarikat untuk tender terhad bagi setiap projek. Setiap syarikat pula akan dibayar sewa lesen serta token sekitar RM30k hingga RM100k untuk lakonan tender terhad. 
 
 
 

 

Laporan  Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

Laporan Audit Negara membuktikan Projek Elektrik KKLW Shafie gagal. Siapa yang kenyang? Kroni yang diadu oleh Tian Chua seperti Ternama Tabah Sdn Bhd, Bumi Handal Sdn Bhd, Usaha Serimas Sdn Bhd, L&L ME Contruction dan Leadshine Sdn Bhd seperti dalam kenyataan Tian Chua yang dibuat aduan sebelum ini.

Warisan memang terbukti Parti Rasuah. Jika sebelum ini Shafie Apdal direman SPRM kerana rasuah malah bekas Naib Presiden Warisan Peter dituduh  kes AMLA, pecah amanah wang RISDA serta penipuan dokumen tuntutan bayaran anak saudara Shafie Apdal Timbalan Wira Warisan Semporna yang juga bekas setiausaha sulit kanan menteri pelancongan, seni dan budaya Datuk Mohammadin turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada syarikat yang mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah MOTAC. 

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 29, anak bekas kepada Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah (Anak Saudara) mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad. Bukan itu sahaja Hisham menerima lagi 6 pertuduhan baru kes rasuah. Nampaknya pemimpin Warisan atau keluarga Shafie semua kaya raya. Tapi rakyat miskin.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan Parti Rasuah: Hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tapi hidup mewah bersama tunang, rembat RM3.1 juta

[ARTIKEL BERKAITAN-  Anak Bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal didakwa rasuah lagi RM106,500 ]

 

 

Bukan itu sahaja sebelum ini kes-kes rasuah Risda apabila RM15.5 juta lesap, Peguam Michael P Ubu proksi Peter Anthony lari ke luar negara, kes KKLW RM1.5b yang ditutup hanya di dalam dewan negara bukan di mahkamah dan banyak lagi. Rakyat boleh membaca semua link artikel itu.

ARTIKEL BERKAITAN

Sokong Siasatan SPRM terhadap bekas Menteri KKLW khianati rakyat Sabah

Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA!

RM15.5 Juta dicuri Peter : Peguam Negara benarkan pendakwaan kes RISDA

Tahniah Utusan Malaysia lapor skandal rasuah RISDA Shafie dan Peter Anthony

Skandal curi deposit wang RISDA RM15.5 juta memalukan KDM

 Angkara Projek Kroni Penduduk Kg Kapulu Tenom Menunggu Dalam Gelap 

Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

(VIDEO) Paip ada air tiada : 5 tahun rakyat derita kerana projek kroni Shafie 

(VIDEO JALAN MONYET) RAKYAT DERITA SHAFIE APDAL KRONI KAYA JALAN TENOM RM22.5 JUTA

Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

6 tahun tiang elektrik ‘Projek Shafie KKLW’ terpacak Kg Rungus Baru Beluran terus bergelap

RM100 juta lesap projek air Pulau Gaya:Junz Wong patut desak SPRM dedah siasatan kes Shafie Apdal!

Terbukti Sabahkini2 tidak berbohong jauh sekali memfitnah selepas kes rasuah RISDA melibatkan Datuk Peter Anthony dan Michael Ubu peguam yang lari akhirnya didakwa di mahkamah di bawah AMLA dan pecah amanah. Peter juga didakwa menipu dokumen RM42 juta. Ia siri pendedahan yang panjang sejak 2 tahun lalu yang kini didakwa. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter didakwa: Curi Wang RISDA RM15.5 juta, jual tanah rakyat mengapa salahkan PN, UMNO PAS?

[ARTIKEL BERKAITAN-  Peter didakwa palsukan dokumen RM43 juta, dijamin RM50 ribu, sebutan kes 10 September

Peter didakwa palsukan dokumen RM43 juta, dijamin RM50 ribu, sebutan kes 10 September

 

Tuduhan Michael Ubu dan Peter melibatkan transaksi kewangan Syarikat Budiman Juta 

Sekalipun kes RISDA Peter Anthony berjaya mendapat pelepasan mahkamah namun Peter tetap bersalah dalam kes menipu dokumen UMS. Kes ini menyebabkan Peter tidak layak bertanding dalam PRU-15.

 

 

6 Comments