Shafie Ketua Menteri ekonomi Sabah menjunam, jadi Menteri KKLW RM14.6B Sabah mundur!
02:09 Sep 21, 2021  |  By SabahKini2
Shafie Ketua Menteri ekonomi Sabah menjunam, jadi Menteri KKLW RM14.6B Sabah mundur!

Shafie Menteri KKLW belanja RM34.8B, RM14.6B untuk Sabah tapi mundur. Jadi Ketua Menteri KDNK Sabah menjunam 0.5%-1.5%. Terendah di Malaysia. Kemiskinan tertinggi

Fakta terburuk ketika Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) realiti yang tidak dapat disembunyikan oleh pendokong Warisan. Rakyat Sabah tidak  buta melihatnya sehingga Warisan Plus tewas dalam PRN Sabah yang Shafie sendiri bubarkan.

Data statistik Jabatan Perangkaan Malaysia membuktikan pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Malaysia tahun 2019 jelas menunjukkan kedudukan teruk ekonomi Negeri Sabah di bawah pimpinan Kerajaan Warisan. Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling rendah antara semua  negeri di Malaysia.

Pertumbuhan KDNK Sabah tahun 2019 hanya  0.5%. Selepas Kerajaan Warisan PH mengambil alih pemerintahan Sabah 12 Mei 2018, pencapaian tahun 2018 hanya 1.5%. Namun Shafie dalam kempennya menggunakan  alasan ekonomi dunia lembap selain pandemik COVID-19 menyebabkan pertumbuhan KDNK Sabah menjunam.

Sebagai rekod sejak 8 tahun lalu kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara. Pada tahun 2017, KDNK Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia.

Terbukti Kerajaan Warisan cipta rekod junamkan ekonomi Sabah terendah di Malaysia 2019

 

Kemiskinan

Bukan itu sahaja statistik 2019  Sabah mencatatkan jumlah kemiskinan mutlak tertinggi di Malaysia (19.5%), jauh lebih tinggi dari jumlah kemiskinan mutlak Malaysia (5.6%). 1 daripada 5 isi rumah Sabah adalah miskin! Kemiskinan Mutlak adalah keadaan di mana pendapatan isi rumah tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup asas iaitu makanan, perlindungan dan pakaian. Pada masa yang sama, 8 daripada 26 daerah pentadbiran Sabah mencatatkan jumlah kemiskinan mutlak melebihi 30%. Manakala daerah Tongod dan Pitas mencatatkan jumlah kemiskinan mutlak melebihi 50%! Kisah pelajar Veveonah Mosibin bermalam di atas pokok untuk mendapat capaian internet laju pada Jun 2020 berlaku di Pitas bukti kegagalan Shafie memerintah

[ARTIKEL BERKAITAN- 26 bulan Warisan: Realiti rakyat Sabah miskin, pengangguran tinggi, jurang pendapatan melebar, ekonomi lembap]

[ARTIKEL BERKAITAN- Teruknya Warisan! Ekonomi Menjunam, kos hidup tinggi, 1 daripada 2 orang miskin di Pitas ]

Keluarga Shafie dan Sempornarian

Kejayaan terbesar Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan hanyalah melantik orang Semporna dan keluarga suku sakatnya dalam jabatan kerajaan dan GLC negeri. Senarai nama yang tular dikaitkan beserta video pengakuan Shafie melantik keluarganya dan orang Semporna dalam PRN Sabah telah memakan diri dan menyebabkan Warisan kalah di luar bandar terutama di kawasan kerusi KDMR.

[VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa? ]

Menteri KKLW gagal!: Ke mana Shafie Apdal belanja RM34.8B ketika Menteri KKLW?

Semua maklum Shafie menjadi Ahli Parlimen 5 penggal BN, menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar sejak tahun 2009 hingga 2015. Selepas keluar UMNO beliau menyalahkan parti yang memilihnya sedangkan dia pemimpin yang teruk. Ketika menjadi Menteri KKLW kawasan luar bandar Sabah jauh ketinggalan berbanding kawasan bandar.

Dari tahun 2009 hingga 2015, Shafie sebagai Menteri KKLW beliau membelanjakan  RM34.8 bilion, kedua terbesar selepas Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2012 hingga tahun 2015.



Dua Rancangan Malaysia RMK9 dan RM10 sudah merekodkan RM14.6B..

Lihat video Shafie BN vs Shafie Warisan..

 

Persoalannya ke mana semua dana itu dibelanjakan?

Sabahkini2 sejak beberapa tahun lalu secara konsisten mendedahkan penyelewengan Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW. Berbilion Shafie belanjakan. Apa Sabah dapat?  Apa Shafie Apdal buat? Yang kenyang adalah syarikat adik beradik Shafie Apdal dan syarikat kroni.

Ada projek yang dibina seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Elektrik Luar Bandar (BELB), Air Luar Bandar (BALB) dan lain-lain 'asal bikin' untuk komisen bukan keperluan rakyat. Ada projek terbengkalai dan tidak mencapai spesifikasi ditetapkan. Sebab itu tidak hairan projek yang dibina kadang memakan masa bertahun digunakan. Paip ada tapi air tiada, tiang elektrik ada tapi elektrik tiada, Jalan dibina tapi 'Jalan monyet' ke kebun dan bermacam-macam lagi projek RM14.6B itu. Tidak menghairankan Shafie ditahan SPRM kerana penyelewengan RM1.5b KKLW yang menjadi isu tahun 2017 tetapi diselamatkan oleh Peguam Negara lantikan PH.

Laporan projek sedemikian boleh dibaca dalam link portal Sabahkini2.com. Artikel berkaitan;

 Angkara Projek Kroni Penduduk Kg Kapulu Tenom Menunggu Dalam Gelap 

Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

(VIDEO) Paip ada air tiada : 5 tahun rakyat derita kerana projek kroni Shafie 

(VIDEO JALAN MONYET) RAKYAT DERITA SHAFIE APDAL KRONI KAYA JALAN TENOM RM22.5 JUTA

Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

6 tahun tiang elektrik ‘Projek Shafie KKLW’ terpacak Kg Rungus Baru Beluran terus bergelap

RM100 juta lesap projek air Pulau Gaya:Junz Wong patut desak SPRM dedah siasatan kes Shafie Apdal!

Laporan Audit Negara membuktikan Projek Elektrik KKLW Shafie gagal. Siapa yang kenyang? Kroni yang diadu oleh Tian Chua seperti Ternama Tabah Sdn Bhd, Usaha Serimas Sdn Bhd, L&L ME Contruction dan Leadshine Sdn Bhd seperti dalam kenyataan Tian Chua sebelum ini. SPRM berani ke siasat semula?

Laporan  Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

 

Kes Rasuah Shafie Apdal dan Peter Anthony

Bukan itu sahaja kes-kes rasuah Risda apabila RM15.5 juta lesap, Peguam Michael P Ubu proksi Peter Anthony lari ke luar negara, kes KKLW RM1.5b yang ditutup hanya di dalam dewan negara bukan di mahkamah dan banyak lagi. Rakyat boleh membaca semua link artikel itu.

ARTIKEL BERKAITAN

14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti

Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek

Sokong Siasatan SPRM terhadap bekas Menteri KKLW khianati rakyat Sabah

Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA!

RM15.5 Juta dicuri Peter : Peguam Negara benarkan pendakwaan kes RISDA

Tahniah Utusan Malaysia lapor skandal rasuah RISDA Shafie dan Peter Anthony

Skandal curi deposit wang RISDA RM15.5 juta memalukan KDM


Terbukti Sabahkini2 tidak berbohong jauh sekali memfitnah selepas kes rasuah RISDA melibatkan Datuk Peter Anthony dan Michael Ubu peguam yang lari keluar negara akhirnya didakwa di mahkamah di bawah AMLA dan pecah amanah. Peter juga didakwa menipu dokumen palsu di UMS. Ia siri pendedahan yang panjang sejak 2 tahun lalu yang kini didakwa di mahkamah

[ARTIKEL BERKAITAN- 

Peter didakwa: Curi Wang RISDA RM15.5 juta, jual tanah rakyat mengapa salahkan PN, UMNO PAS?

UMS tak pernah lantik Syarikat Asli Jati milik Peter secara rundingan terus- Bekas NC UMS

Tun Zaki buktikan Peter Anthony bolot projek sistem Mekanikal Elektrikal, tipu tuntutan selenggaraan UMS

Peter guna surat sokongan palsu TNC UMS perdaya Najib minta projek UMS

Najib sahkan diperdaya surat palsu Peter Anthony guna minit sokongan Shafie Apdal Menteri KKLW

Peter marah NC UMS gagalkan projek, 2 pegawai kanan UMS kena tindakan tatatertib surat palsu

Begitu juga Sabahkini2 telah mendedahkan lagi  skandal projek JKR RM1.5 bilion menunjukkan 5 syarikat dilantik secara lantikan terus diberi kontrak RM325 juta sehingga RM500 juta. 

  1. 14 Februari: Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

  2. 19 Februari: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

  3. 22 Februari: Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

  4. 4 Mac: Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?

  5. 3 Sep Mana SPRM? Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B Peter, projek belum laksana bayar dahulu 'pau' dana pilihanraya ]
  6. 20 Sep: Hipokrasi 4: Najib persoal lagi projek RM1.5b belum laksana Warisan Plus sudah bayar jutaan ringgit

  7.  2 Ogos 2021:   Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM? 

  8.  2 Ogos 2021:   RM44.1 juta AK Setia Bina! Pegawai JKR bodohkan lagi rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu

Shafie dan Warisan memang terbukti Parti Rasuah. Jika sebelum ini Shafie Apdal direman SPRM kerana rasuah malah Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony sedang melalui banyak kes pendakwaan melibatkan kes AMLA, pecah amanah wang RISDA serta penipuan dokumen palsu tahun lalu Timbalan Wira Warisan Semporna yang juga bekas setiausaha sulit kanan menteri pelancongan, seni dan budaya Datuk Mohammadin baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada syarikat yang mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah MOTAC. 

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 29, anak bekas kepada Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah (Anak Saudara) mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad. Bukan itu sahaja Hisham menerima lagi 6 pertuduhan baru kes rasuah. Nampaknya pemimpin Warisan atau keluarga Shafie semua kaya raya. Tapi rakyat miskin. Kes ini masih berjalan hingga kini dan dikatakan bakal mengheret Muhamaddn Ketapi sebagai saksi

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan Parti Rasuah: Hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tapi hidup mewah bersama tunang, rembat RM3.1 juta

[ARTIKEL BERKAITAN-  Anak Bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal didakwa rasuah lagi RM106,500 ]

 

Hari ini Shafie Apdal sibuk berbicara mengenai MA63, royalti minyak, pengangguran anak muda dan bermacam-macam lagi tetapi ketika dia berkuasa 26 bulan Warisan gagal menyelesaikannya. Warisan sibuk dengan projek IC dan Pas Sementara Sabah (PSS) yang akhirnyanya membenamkan Warisan dalam PRN Sabah. 

Rakyat Sabah tidak bodoh dan kenal siapa Shafie Apdal Warisan. 

27 Comments